Suatu Pagi Di Kafe. Haru. Haru.

Pintu bilik dikuaknya laju-laju sehingga melanggar rak kasut. Bising. Sengaja, nak ganggu tidur teman-teman sebilik. Namun ketiga-tiganya tetap terus terlena. Dibiarkannya mereka dengan mimpi masing-masing. Dia mula mengorak langkah keluar. Ah, perut sudah mula berpancaragam!

Langkahnya terhenti seketika di hadapan kiosk yang berkunci. Tutup. Kiosk tutup masa ni. Aih, ke mana pulak la abang kiosk ni? Masa emerjensi macam ni jugak la dia nak ghaib.

Degumdegumdegum!

Perut berpancaragam lagi. Aih. Dah pukul 9 pagi. Kejap je lagi kelas ganti nak mula dah. Ye, kelas ganti pada hari cuti umum sempena Thaipusam.

"You don't celebrate Thaipusam, do you? So, cuti tu bukan untuk awaklah." Terngiang-ngiang ayat lecturer di telinganya.

Tak kiralah cuti ke tak, yang penting sekarang dia lapar. Sebelum kelas bermula, wajib makan. Lapar amat! Faqih tiada pilihan lain. Dia melangkahkan kaki menuju ke kafe, walaupun sedikit berat hati.

Kafe agak lengang pada pagi itu, tak seperti biasa. Seperti biasa? Entah bilalah agaknya dia biasa turun ke kafe ni, dia sendiri pun tak tahu. Tapi, serius, memang lengang. Sebab hari cuti, ramai lagi yang sedang 'beribadah' di atas katil selepas Subuh. Err, selepas Subuh ke, Subuh pun belum lagi? Entahlah. Dia sendiri pun tak tahu.

Pinggan yang berisi nasi goreng diletaknya ke atas meja sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi. Sudu di tangan kanan mula menyodok-nyodok nasi lalu disuapkan ke mulut. Satu persatu. Setiap kunyahan dinikmati betul-betul. Mencuba untuk bersyukur dengan setiap butir nasi yang ada di dalam mulut. Sudu berulang-alik dari pinggan ke mulut, dan dari mulut ke pinggan. Walaupun mata sedang terpaku pada televisyen, ditakdirkan Tuhan, Faqih perasan juga kelibat di atas meja.

Dari hujung matanya, kelihatan seekor lipas kecil sedang merangkak laju di berdekatan pinggannya menuju ke seberang meja. Lipas? Lipas?? LIPAS???

Otot-otot yang sedang melakukan proses mengunyah nasi di dalam mulut terhenti serta merta. Kaku. Mungkin juga kejang otot. Faqih pandang lipas tersebut yang sedang berlalu pergi dengan penuh selamba. Lalu, dipandangnya pula nasi di dalam pinggan. Dipandangnya lama-lama. Seminit. Dua minit. Dia teringkatkan nasi yang di dalam mulut. Dia teringatkan nasi yang sudah dikunyah, sudah ditelan. Dia teringkatkan nasi yang berada di tekak. Dia teringatkan nasi yang entah-entah sudah sampai ke usus. Dan, Faqih teringatkan lipas tadi. Lipas.

Celaka.


by Lotonero


***

6 comments:

January 30, 2011 at 6:51 PM may0nis said...

Hahaha...sian faqih..next tym bli lar r0ti...wat spare 1...

January 31, 2011 at 9:59 AM Farhan said...

mayonis : bekalan roti dah habis. tu yang terpaksa tu.

asri : tekaan yang amat tepat! >_<

February 3, 2011 at 12:08 AM ♥sugArplum♥ said...

yea! aku pnah nmpk juga~~~ hahaha..

February 3, 2011 at 12:24 AM Farhan said...

Ye? Berapa ekor? Satu famili ke? Hahaha

February 8, 2011 at 7:31 PM Anonymous said...

lipas dengan tikus, mana lagi gerun?

-kudozu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...