"Sebab Dia Awek Aku"

Pilot Super Grip 5.0 di tangannya berhenti berlari-lari di atas kertas. Dipandangnya Syuk di atas katil. Dah acap kali dia datang lepak kat bilik ni waktu malam. Tengah leka berwebcam. Dengan aweklah kot. Fakhrul cuba menjengah tengok.

"Eit! Tak boley la der." Dipusingngnya laptop di atas riba 180 darjah, menyembunyikan skrin dari pandangan Fakhrul. Amboi. Rahsia sungguh.

"Laa. Apa pulak tak boleh. Aku nak tengok jugak. Awek kau pun aku tak kenal." Tak boleh?

"Awek aku kat rumah dia la ni. Dia tak pakai tudung. Kalau dia pakai tudung, aku bagi la jugak kau tengok."

"Tak pakai tudung? Dah tu kau tengok boleh pulak?"

"Yela. Sebab dia awek aku."

"Awek? Kau bukan suami dia pun. Dia pun bukan isteri kau." Ape ke bezanya? Tak ke haram jugak?

Dia diam, tak menjawab, sebelum leka semula dengan laptopnya itu.

Pandangan Fakhrul kembali pada kertas di hadapannya. Bunyi hingar-bingar brothers di  basketball court masih lagi kedengaran walaupun jam menunjukkan sudah tengah malam. Biasalah tu. Esok kuiz Math. Ah, mengantuknya!

***



UNIC - Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

2 comments:

January 19, 2011 at 6:51 PM mayonis said...

cIter ni cIter t0l kerr kaU cIpter sdirik??

January 19, 2011 at 7:17 PM Farhan said...

Cerita betullah. Tak ada rekanyee.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...