Yang Ketiga Ketika Pekat Malam

Mouse di tangan masih lagi rancak ditekan-tekan walau sebelah tangan lagi menahan kuap. Jam di sudut monitor laptop dipandang sekilas. Dah nak pukul dua pagi, 30 November. Task subjek Komputer punya pasal, dia bersengkang mata sebegini lewat. Kena buat presentation slide menggunakan Open Office Impress. Guna komputer punya pasal, berjaga sampai pukul 4 pagi pun dia sanggup. Kalau subjek lain, kirim salam awal-awal lagilah. Confirm tersungkur di tengah jalan punya.

Mouse ditekan-tekan lagi di meja study itu, nak pilih animation yang sesuai. Sunyi. Semua roommates dah tidur. Dalam sepi malam itu, hanya kedengaran kipas berkeriut dan speaker laptop sedang mendendangkan entah lagu nasyid apa yang ada dalam playlist. Tiba-tiba aje entah macam mana mood nasyid datang. Sekurang-kurangnya rasa dekat sikit dengan Tuhan sejak dua tiga hari dah tak dengar lagu orang putih yang terang-terangan bukan Islam tu. Kerja diteruskan lagi. Esok dah nak kena hantar.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!"

Astaghfirullah. Tersentak Farhan dari khusyuk kerjanya. Kepalanya terus berpusing ke arah Izad yang menjerit terlompat-lompat 3 meter darinya. Tidur Izad terganggu lagi. Dia meracau lagi. Dia akan datang ke sini dan gangguannya tu akan berhenti, sama seperti sebelum ni.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!" jeritan Izad kedengaran pula di compartment Farhan. Sangkaannya meleset. Salah!

Ha, sudah! Ape kena budak ni malam ni? Tangannya kelihatan cuba membuang sesuatu yang berada di badannya sedang mulut pula tak berhenti-henti berteriak sedari tadi. Izad cuba dipegang namun berkali-kali bolos. Dia terus meracau-racau, melakukan perkara yang sama di hadapan Farhan.

"Aizad!" Farhan cuba memanggil rakannya itu yang entah sedar entah tidak. Panggilannya itu hanya dijawab dengan jeritan yang berlarutan dari tadi.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!" sekilas, muka Izad memandang Farhan, mata bertentang. Mukanya pucat. Matanya terbuka luas. Dia terus menjerit. Seolah-olah ketakutan. Berderau rasanya darah melihat.

Sudah! Apakehal ni? Kena rasuk ke? Nak kena picit ibu jari kaki ke? Ah, tak mungkin, dengan dia meracau-racau macam tu! Nak kena baca ayat apa ni? Terlintas di fikiran untuk melaungkan azan namun mulutnya lebih pantas.

"Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!"

Sepi, tiba-tiba. Jeritan Izad lenyap terus. Diam.

Dipandangnya sahabat yang kini berdiri dengan kepala bertunduk ke bawah. Badannya kaku, tak bergerak.

"Aizad? Kau okey?" Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Izad. Takut-takut meracau lagi.

Tiada jawapan. Senyap.

"Aizad? Okey ke? Jawab."

Dia mengangguk perlahan, lalu duduk di birai katil. Senyap lagi.

"Macam orang nak perang je." Erol datang menjenguk, dengan mata sedikit kuyu. Tidur dia terganggu nampaknya.

"A'ah. Bising je." Is pula menyusul. Terjaga juga.

Kini ketiga-tiga pasang tertumpu pada Izad yang duduk tertunduk di birai katil dengan penuh tanda tanya. Masih lagi diam. Dia sengih sendiri, menggeleng kepala. Haru rasanya bila difikirkan benda yang baru jadi sekejap tadi. Haru. Dia bingkas bangun, menuju ke compartmentnya tanpa sepatah kata. Entah boleh tidur balik ke tak lepas ni.

Farhan, Is dan Erol mengekori langkahnya dengan pandangan mata. Dua pasang beralih pula kepada Farhan yang masih lagi duduk di kerusinya. Dia memandang balik, mengangkat bahu. Kedua-duanya berlalu dari situ.

Farhan menghadap balik laptop kesayangannya, menyambung kerja yang hampir siap. Kejap lagi bolehlah tidur.

***

E-Cafe kelihatan sesak seperti biasa menjelang waktu Maghrib hari Isnin. Ada yang nak berbuka puasa. Ada yang menjadi peneman kepada yang berpuasa. Ada juga yang langsung tak puasa. Saja je nak makan waktu tu. Sekali sekala kedengaran suara makcik pakcik kafe melaungkan order yang sudah siap dimasak. Bingit.

"Weh, ko apehal semalam?" Tanya Farhan membuka bicara, sambil-sambil menunggu order siap. "Kau nampak apa pulak semalam? Dengar apa?"

"Semalam?" Izad ketawa tawar. "Takdelah nampak apa, dengar apa. Tapi semalam aku rasa macam ada orang pegang aku waktu aku tidur. Macam ada tangan pegang aku."

"Eh? Habis, semalam yang tangan kau macam tengah cuba buang benda dari badan kau tu sambil menjerit-jerit, tangan tu la?"

"Oh, aku buat macam tu ke? Aku pun tak perasan." Dia pun tak sedarlah apa yang dia buat semalam. "Dah ada tangan tiba-tiba pegang aku, maunya tak menjerit-jerit, cuak. Serius, seram gila!"

"Ceyh, kau ni. Kau ada nampak tak aku semalam time meracau-racau tu?" Farhan teringat kembali muka Izad yang pucat habis dengan mata terbeliak luas memandangnya. Macam nampak hantu.

"Err, tak pulak. Maybe aku tak sedar kot masa tu. Tak ingat."

"Kau dengar tak aku takbir semalam? Yang sampai si Erol tu kata macam nak perang je bunyinye." Dia belum habis menyoal.

"Ada ke? Rasanya yang aku ingat, aku dengar kau panggil nama aku je. Lepas tu kau suruh aku jawab and aku angguk."

"Ah, pulak! Kau ni, memanglah." Nampak sangat memang tak sedar langsung member dia ni semalam.

"By the way, kau ingat lagi kan yang 1st case hari tu? Yang aku nampak tangan macam nak pegang aku kat tingkap tu." Izad membuka cerita lama.

"Eh, kau nampak benda tu kat tingkap ke? Tak tahu la pulak aku."

"Kat tingkaplah. Aku dengar cerita, RMDD (Residential, Management and Discipline Department) sebelum ni pun memang pernah dapat report ada orang nampak tangan kat tingkap."

via tumblr

2 comments:

December 30, 2010 at 2:24 AM miss nureen said...

cis. baco goni pagi2 buto..
mujur langsir kemah kemim tutup.

December 30, 2010 at 11:54 AM Unknown said...

ala mex. ape la sangat pun. bukan ada apa-apa.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...