Halaman terakhirnya dibelek perlahan, slow motion habis memang sampai berjela-jela frame takde penamat dalam Sony Vegas kalau nak buat video. Puas hati, teruja rasanya. Novel [tunas] Hlovate tu dihempasnya perlahan ke atas katil. Dia rasa menyesal pulak pinjam novel tu daripada Zulhelmi. Kalau sendiri beli, bolehlah buat koleksi macam novel Harry Potter yang ada kat rumah tu, dari yang first sampai nombor tujuh. Time rasa nak baca lagi, bolehlah belek je. Kalau dah pinjam orang punya, susah.
Ah, tak apa. Kalau nak sangat beli je la kan? Getus hatinya sambil otak pula sedang mencerna ending kisah tu. Satisfied.
Dipandangnya kembali cover novel tu yang membuatkannya terkenang kembali zaman sekolah menengah dulu. A'ah, sappy kot. Dari tingkatan satu sampailah tingkatan enam, kisah dengan kawan-kawan lagi pun dah berapa banyak. Tu tak kira cerita-cerita yang tak masuk syllabus lagi. Nak ingat satu-satu, memang tak habis! Dari dulu dia yang pernah skema tahap tak habis, sampai dah transformed jadi lain.
Ceh, nostalgic la pulak kau Farhan wey. Bisik hatinya lagi.
Ya, nostalgia yang indah. Teringat pula dulu Nabil pernah quote ayat abang or kakak dia yang entahlah keberapa. Hehe.
"Korang nanti kalau dah masuk U ke, keluar U ke, kerja ke, pencen ke, konfem akan miss ah nanti time sekolah"
And yeah, he was right. Dia pun sedikit merasainya hasil penangan [tunas]. Satu zaman yang indah, juga satu zaman yang buat dia rasa tak puas hati amat dengan diri sendiri. Dia tahu bahawa jalannya sekarang bakal membuat sejarah hitam berulang kembali.
"Bukalah wahai mata, sedarlah wahai hati.."
by Valimar |
5 comments:
pandai mengarang ayat.. boleh jadi novelis. hehe
eh? haha. tak pandai ah. main redah saje. :D
haha. layan novel Hlovate. :p
yeah. rindu zaman skola~
rindu nok baco novel jugok~
hahaa
eh? awat? rilek ja layan novel. haha. siap dah ready buat harung midbreak lagi. eheh
haha..quote tu daripada kakak ipar sulung..sekarang kerja sebagai ketua undang2 mpkb...hoho
Post a Comment