"Kau je la jadi imam." Seorang bersuara, mencadangkan.
"Ler, aku ke?" Bertanya pula yang disuruh tadi.
"Ye la, kau la. Kat sekolah kau dah jadi ketua, kat sini pun apa salahnya." Seorang yang membisu sedari tadi menjawab.
Jam dah pukul lapan malam lebih. Sembahyang maghrib pun belum lagi. Maklumlah, diorang baru sampai di chalet Pantai Pasir Hitam, Langkawi tu, baru sign in. Letih pun masih lagi mencengkam diri. Penat.. penat.. Cikgu pun, kenapa la tak buat slot solat jemaah. Haisy..
"Ye lah, ye lah. Aku je." Acuh tak acuh saja gayanya.
"Orait." Tiga yang lain serentak membalas.
Masing-masing berdiri di bucu katil dengan sejadah terbentang di hadapan. Seorang di depan, tiga di belakang. Iqamat dibacakan cepat-cepat. Lambat karang, melepas maghrib.
"Allahuakbar"
Tiga di belakang mengikut. Doa iftitah dibaca dari awal sampailah habis, masing-masing. Tunggu bacaan imam pula. Tunggu. Dan terus tunggu..
Diam, sepi tak berbunyi sejak takbir pertama lagi terus mengisi ruang.
Mak ai.. Tak habis-habis lagi ke baca doa iftitah imam ni. Takkanlah panjang berjela punya doa iftitah. Sunat je pun. Resah si makmums.
"Allahuakbar" Imam di depan melaungkan takbir sambil membongkok rukuk. Aik? Mana al-Fatihahnya? Mana surah lazimnya?
Ketawa berderai di belakang, mau pecah perut ketiga-tiga orang. Nak terguling pun ada rasanya kot. Imam pula entah ke mana rukuknya tadi, turut tergelak. Batal semua punya solat.
"Okay, okay. Kita semayang sendiri-sendirilah." Cadang seorang dengan sisa tawa, memandang yang lain yang sedang pegang perut.
Memori itu terhenti di situ. Entahlah angin mana yang datang menyampuk, membawa memori waktu sekolah rendah itu menerjah fikiran Farhan. Datang tak bersalam pulak tu. Masa tu, budak-budak lagi. Muda-muda belaka. UPSR tak lagi. Tak fikir apa pun lagi pasal dunia ni. Mentah.
Alang-alang pintu dah berketuk, melayang pula fikiran ke ruang masa yang lain.
Teringat pula dia sewaktu darjah satu, classmatenya dihentak muka ke meja oleh teacher English. Masih awal tahun lagi masa tu. Entahlah sebab salah apa. Kesian juga tengok. Satu kelas membisu, sekadar melihat. Nak bersuara pun takut. Teacher garang!
Masuk darjah tiga, entah nasib macam manalah dia boleh dijodohkan lagi dengan teacher English darjah satu. Masalah... masalah.. Tapi, mujurlah taring teacher dah tumpul, agaknya. Paling teruk pun, dia sendiri pernah kena denda berdiri di depan kelas je; bersama lima lagi jejaka berumur 10 tahun. Berdiri je. Nasib baik. Maunya kena buka baju.. buka..
Fikiran melayang pula ke waktu darjah lima. Subjek bahasa Inggeris kali ni dah dapat teacher lain. Yes! Subjek yang diminati pula tu. Heaven. Tapi, heaven tak heaven pun, pernah juga merasa berbaring di koridor; tak siap homework vocabulary punya pasal. Padahal berapa patah perkataan sangatlah yang tinggal tu. Bau lantai koridor yang berhabuk tu kembali terasa menusuk hidungnya.
Ai, mahu saja kucium-cium dikau wahai lantai. Ah, takpe. Bila buat benda macam ni secara berjemaah, tak terasa sangatlah bebannya.
Layang fikiran berhenti lagi. Jauh sangat dilayan karang, entah sampai ke mana la jawabnya.
"Kau dah besar, Farhan. Dah besar.." Dia berbisik sendiri.
Namun, katanya itu bagaikan sekadar mimpi. Esok lusa dilupakan lagi. Hidupnya dia di alam mimpi. Sehari dua ini, mula lari dari realiti. Sampai bila nak jadi begini? Sampai bila wahai diri?
by Magnesina |
4 comments:
pear~
jadi novelist ah.
sdap bangat!
:D
novelist? ish, mengarut! haha. kalau buang part 'bangat' tu boleh la nak percaya. ecece.
bes2...sme2..aq p0wn aderr m0ment cani..=)
memang kena ade lah punyee
Post a Comment