Sabarlah Akak Wey. Tak Professional Sungguhlah.

Hari ni hari Jumaat. Hari ni takde kelas tapi ada study circle, tu pun sebelum solat Jumaat je. Hujung minggu ni wajib keluar sebab hujung minggu lepas tak boleh keluar; kena hadiri Leadtrain. Oh, aku tak taip lagi pasal Leadtrain. Kena tunggu mood datanglah nampaknya. Bukan senang-senang je boleh seru dengan mantera ke apa.

Lepas Jumaat, bertolaklah aku dengan dua orang roommate ke MidValley - nak tengok Narnia. Cerita tu agak bestlah; walaupun aku tak faham siapa sebenarnya King Narnia tu ape sume disebabkan aku tak tengok pun movies-nya yang sebelum ni, tambah-tambah singa pulak jadi King apa jadah tu, enjoy sudey. Yang annoying-nya, aku dah la bespectacled, pakai pulak spec 3D tu, amatlah tidak menyelesakan. Double layer doe! Tahan je la sampai habis movie.

Ihsan impawards
Selalunya, lepas tengok movie, kitorang akan berasa lapar sebab seluruh tenaga telah dihabiskan kat dalam panggung untuk menghayati movie dengan penuh teliti dan khusyuk. Apabila masalah kebuluran ini timbul, kitorang takde pilihan lain selain makan. Jadi, kitorang pun tiba-tiba berada di salah sebuah restoran fast food yang agak terkemukabuku di sini.

"Selamat petang. Nak makan apa?" sapa seorang akak di kaunter dengan senyuman yang, hurm, entahlah macam mana, tapi seolah-olah tidak cukup ikhlas.

"Kitorang nak dua large set Angus Steakhouse." balas Azri.

"Nak air apa? Coca-Cola, atau bla bla bla bla?" tanya akak tu lagi. Aku tak ingat dia kata, tapi yang pasti bukan bla bla bla lah.

"Satu tu nak grape" kata Azri.

"Satu lagi?"

"Sama. Grape jugak" aku malas nak fikir.

"Kak, salah satu fries tu nak ganti dengan onion ring eh" Azri menambah.

"Onion ring? Okay"

"Kak, yang satu lagi tu pun nak onion ring jugak" aku nak try jugak apa kebendanya onion ring ni.

"Semuanya 38 ringgit 10 sen"

Duit dihulur dan baki dikembalikan. Sebagai customer yang bertanggungjawab dan kelaparan, kitorang ditugaskan untuk melihat sama ada pekerja kitorang melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh cemerlang atau tidak.

"Eh, akak tu tahu tak kita nak take away?" soal Azri.

"A'a la. Tak tahu la. Dia tak tanya pun tadi" aku menjawab.

Akak tu datang dengan dua bekas air di tangannya untuk diletak ke atas tray yang terlentang indah di depan kitorang.

"Kak, kitorang nak take-away"

Mimik mukanya sedikit berubah. Dia berpusing balik, mengambil plastik. Lepas tu dia mengisi pula fries ke dalam paperbag kitorang.

"Eh, fries? Bukan ke kita order onion ring tadi?"

"A'ah. Haih. Kak! Kak!" Tak dengar la pulak dia ni.

"Kak! Kak!"

Dia berpaling, mukanya lebih masam berbanding beberapa minit sebelumnya.

"Tadi kitorang order onion ring"

Mukanya semakin mencuka. Diambilnya kembali fries tadi lalu dibuang ke dalam bakul berdekatan sambil menunjukkan mimik muka yang semacam tak puas hati kepada rakan sekerjanya.

"Pergh, semakin bad mood la pulak akak ni. Membazir la dia buang macam tu. Kalau niat sededekah kat kita elok jugak"

"Tu la. Yang dia nak marah tu pulak kat sape? Aish. Tak best betullah"

Lepas ambil je makanan tu, kitorang terus blah. Tak sanggup dah.

"Eh, straw! Ada straw tak?"

"Alaa. Straw la pulak. Ambik katne? Kaunter ke?"

"Ah, biarlah. Esok-esok ajelah. Dah malas dah aku dengan akak tu"

Apa-apa pun, Angus SteakHouse tu memang bestlah sampai dah tak ingat muka akak tu. Tapi aku teringat lagi kat fries yang malang tu. Kalaulah dia terbukak hati nak bagi free je...

p.s : Harry Potter tak tengok pun lagi. Haish

2 comments:

December 25, 2010 at 6:34 PM miss nureen said...

waaa nk tgk narnia!!
hp tgk dh~ yeay ^_^

December 25, 2010 at 10:56 PM Unknown said...

dah tengok hp? dop aci. ore tengok hp hop download sudeyy. haha.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...