Sesungguhnya Berteman

Letak cermin mata yang senget dibetulkannya. Tetikus di tangan kanan terus di-scroll lagi dan lagi sedang mata pula tidak berkelip-kelip membaca news feed facebook yang panjang berjela-jela itu. Hari ini hujan lagi. Hujan sekejap-sekejap. Farhan mula terasa impaknya menghabiskan cuti di bumi Kelantan yang kini sejuk. Jangan sampai demam-demam sudahlah.

Scroll mouse di tangan berhenti. Matanya mencerun. Status siape entah yang muncul di news feed menarik perhatiannya.

Dan, tahulah Farhan. Dia tidak keseorangan.

***

Kepada yang paling-muda-namun-jangan-bimbang-anda-pasti-akan-meningkat-tua-juga-seperti-kami-semua...

Sanah Helwa Fawwaz Aizat.


Hello 2011 : Greeting With A New Face

So, I've changed the blog layout for the oncoming 2011. After hours of browsing the templates at BTemplates and Deluxe Templates, cover to cover, you could say (That's because you're too fussy). Nothing is good enough with no customization, or even less. Hence, this is a result of 3 templates mixed into 1, plus some customizations.

1. Fancy : I got the nice diagonal lines background here.

2. Artarius : It has a nice header using Franchise Bold font.

3. Superb : As the core of this template.

So, some customizations has also been made for the CSS and HTML. The problem is, I can't get the blog description right with the XML code that I have to insert it manually. Also, there're some problem regarding to some sidebar gadgets. Everything else looks just fine, so far.

Wait, who wants to read about blog templates?

Holiday's ending soon. Let's open up books.


Yang Ketiga Ketika Pekat Malam

Mouse di tangan masih lagi rancak ditekan-tekan walau sebelah tangan lagi menahan kuap. Jam di sudut monitor laptop dipandang sekilas. Dah nak pukul dua pagi, 30 November. Task subjek Komputer punya pasal, dia bersengkang mata sebegini lewat. Kena buat presentation slide menggunakan Open Office Impress. Guna komputer punya pasal, berjaga sampai pukul 4 pagi pun dia sanggup. Kalau subjek lain, kirim salam awal-awal lagilah. Confirm tersungkur di tengah jalan punya.

Mouse ditekan-tekan lagi di meja study itu, nak pilih animation yang sesuai. Sunyi. Semua roommates dah tidur. Dalam sepi malam itu, hanya kedengaran kipas berkeriut dan speaker laptop sedang mendendangkan entah lagu nasyid apa yang ada dalam playlist. Tiba-tiba aje entah macam mana mood nasyid datang. Sekurang-kurangnya rasa dekat sikit dengan Tuhan sejak dua tiga hari dah tak dengar lagu orang putih yang terang-terangan bukan Islam tu. Kerja diteruskan lagi. Esok dah nak kena hantar.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!"

Astaghfirullah. Tersentak Farhan dari khusyuk kerjanya. Kepalanya terus berpusing ke arah Izad yang menjerit terlompat-lompat 3 meter darinya. Tidur Izad terganggu lagi. Dia meracau lagi. Dia akan datang ke sini dan gangguannya tu akan berhenti, sama seperti sebelum ni.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!" jeritan Izad kedengaran pula di compartment Farhan. Sangkaannya meleset. Salah!

Ha, sudah! Ape kena budak ni malam ni? Tangannya kelihatan cuba membuang sesuatu yang berada di badannya sedang mulut pula tak berhenti-henti berteriak sedari tadi. Izad cuba dipegang namun berkali-kali bolos. Dia terus meracau-racau, melakukan perkara yang sama di hadapan Farhan.

"Aizad!" Farhan cuba memanggil rakannya itu yang entah sedar entah tidak. Panggilannya itu hanya dijawab dengan jeritan yang berlarutan dari tadi.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!" sekilas, muka Izad memandang Farhan, mata bertentang. Mukanya pucat. Matanya terbuka luas. Dia terus menjerit. Seolah-olah ketakutan. Berderau rasanya darah melihat.

Sudah! Apakehal ni? Kena rasuk ke? Nak kena picit ibu jari kaki ke? Ah, tak mungkin, dengan dia meracau-racau macam tu! Nak kena baca ayat apa ni? Terlintas di fikiran untuk melaungkan azan namun mulutnya lebih pantas.

"Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!"

Sepi, tiba-tiba. Jeritan Izad lenyap terus. Diam.

Dipandangnya sahabat yang kini berdiri dengan kepala bertunduk ke bawah. Badannya kaku, tak bergerak.

"Aizad? Kau okey?" Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Izad. Takut-takut meracau lagi.

Tiada jawapan. Senyap.

"Aizad? Okey ke? Jawab."

Dia mengangguk perlahan, lalu duduk di birai katil. Senyap lagi.

"Macam orang nak perang je." Erol datang menjenguk, dengan mata sedikit kuyu. Tidur dia terganggu nampaknya.

"A'ah. Bising je." Is pula menyusul. Terjaga juga.

Kini ketiga-tiga pasang tertumpu pada Izad yang duduk tertunduk di birai katil dengan penuh tanda tanya. Masih lagi diam. Dia sengih sendiri, menggeleng kepala. Haru rasanya bila difikirkan benda yang baru jadi sekejap tadi. Haru. Dia bingkas bangun, menuju ke compartmentnya tanpa sepatah kata. Entah boleh tidur balik ke tak lepas ni.

Farhan, Is dan Erol mengekori langkahnya dengan pandangan mata. Dua pasang beralih pula kepada Farhan yang masih lagi duduk di kerusinya. Dia memandang balik, mengangkat bahu. Kedua-duanya berlalu dari situ.

Farhan menghadap balik laptop kesayangannya, menyambung kerja yang hampir siap. Kejap lagi bolehlah tidur.

***

E-Cafe kelihatan sesak seperti biasa menjelang waktu Maghrib hari Isnin. Ada yang nak berbuka puasa. Ada yang menjadi peneman kepada yang berpuasa. Ada juga yang langsung tak puasa. Saja je nak makan waktu tu. Sekali sekala kedengaran suara makcik pakcik kafe melaungkan order yang sudah siap dimasak. Bingit.

"Weh, ko apehal semalam?" Tanya Farhan membuka bicara, sambil-sambil menunggu order siap. "Kau nampak apa pulak semalam? Dengar apa?"

"Semalam?" Izad ketawa tawar. "Takdelah nampak apa, dengar apa. Tapi semalam aku rasa macam ada orang pegang aku waktu aku tidur. Macam ada tangan pegang aku."

"Eh? Habis, semalam yang tangan kau macam tengah cuba buang benda dari badan kau tu sambil menjerit-jerit, tangan tu la?"

"Oh, aku buat macam tu ke? Aku pun tak perasan." Dia pun tak sedarlah apa yang dia buat semalam. "Dah ada tangan tiba-tiba pegang aku, maunya tak menjerit-jerit, cuak. Serius, seram gila!"

"Ceyh, kau ni. Kau ada nampak tak aku semalam time meracau-racau tu?" Farhan teringat kembali muka Izad yang pucat habis dengan mata terbeliak luas memandangnya. Macam nampak hantu.

"Err, tak pulak. Maybe aku tak sedar kot masa tu. Tak ingat."

"Kau dengar tak aku takbir semalam? Yang sampai si Erol tu kata macam nak perang je bunyinye." Dia belum habis menyoal.

"Ada ke? Rasanya yang aku ingat, aku dengar kau panggil nama aku je. Lepas tu kau suruh aku jawab and aku angguk."

"Ah, pulak! Kau ni, memanglah." Nampak sangat memang tak sedar langsung member dia ni semalam.

"By the way, kau ingat lagi kan yang 1st case hari tu? Yang aku nampak tangan macam nak pegang aku kat tingkap tu." Izad membuka cerita lama.

"Eh, kau nampak benda tu kat tingkap ke? Tak tahu la pulak aku."

"Kat tingkaplah. Aku dengar cerita, RMDD (Residential, Management and Discipline Department) sebelum ni pun memang pernah dapat report ada orang nampak tangan kat tingkap."

via tumblr


Kita Jumpa Lagi Minggu Depan

Biliknya di Mahalah Umar al-Khattab itu dipandang sekilas. Kosong. Gelap. Aiman dah balik, Azri pun dah balik, Fendy pun dah balik. Dah semua rumah area Selangor je, balik awal-awallah kan. Dia juga yang kena balik rumah jauh nun di Kelantan. Ala, Kelantan je pun. Bukan kena langkau benua lain, rentas lautan apa semua. Bukan UK. Bukan US. Bukan Mesir. Bukan Australia. Kelantan. Qalbuddin yang baru tiba dari Nilai sekejap tadi pun sudah berkejar ke surau terlebih dahulu; hendak solat awal-awal dek khuatir auntie-nya tiba sekejap lagi. Pintu bilik ditutup rapat-rapat.

Kita jumpa lagi minggu depan.

***

Dah pukul 9 malam. Kelihatan ramai student CFS berkelompok di sana sini sekitar Mahallah Fatimah az-Zahra dengan beg masing-masing. Semua nak balik Kelantan. Kalau semester lepas, satu bas je. Kali ni, dah dua bas pulak. Demand meningkat nampaknya.

Farhan merebahkan badannya di atas kerusi bas. Takdelah empuk macam katil yang sedang menanti di rumah, namun harapnya takdelah merana tulang belakang malam ni. Dah serik dah kena dulu. Menunggu semua seat penuh, cukup 40 orang, bermacam-macam jenis suara mengisi ruang. Perempuan mostly. Well, biasalah tu, perempuan memang selalu bising. Selalu je ada benda nak keluar mulut.

Apekehal pulak kau ni Farhan. Bercakap dengan diri sendiri pun dah ada macam gaya Mr. K hentam-hentam kaum Hawa. Haiseyy.. Hati kecilnya berbisik.

"Sorry la ye! Bas ni bas ganti. Sepatutnya kita naik bas lain, tapi entahlah macam mana terpaksa tukar. Sorry ye!" Suara manager bas meminta maaf mengisi ruang lagi.

"Sudah-sudahlah tu. Asalkan selamat sampai Kelantan sudah." Farhan menggumam rendah. Dah serabut mendengar ayat sama yang entah buat kali keberapa.

Doa memulakan perjalanan dibacakan, lalu diaminkan ramai-ramai seraya bas mula bergerak. Eloklah tu baca doa ada background song kat belakang. Entah lagu Melayu entah apa apa entah yang dimainkan oleh TV bas. Haram langsung tak sedap. Video pun takde motif seciput. Record video perempuan lenggeng sana lenggeng sini lepas tu play secara slow motion. Ape kejadahlah punya lagu. Uncle driver bas pun satu. Dah tua-tua pun layan lagi lagu macam tu. Mau ingat sikit la. Kubur kata mari.

Tangan kanan mencari-mencari earphone di dalam bag pack. TV mula menayangkan filem ape entah menggantikan lagu tadi. Lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Sumpah, tak best langsung. Macam manalah industri filem nak maju. Memang patutlah pun mata telinga dia alergi sikit dengan cerita-cerita, lagu-lagu Melayu. Farhan tak ambil pusing. Jari-jari kanan rancak menekan buttons handphone.

Earphone disumbat ke dalam ear canal. Dunia sekeliling mula membisu. Pandangannya dilontar keluar. 30 songs in the playlist. Cukuplah untuk 2 jam sebelum terlelap. Bas terus meluncur laju dalam pekat malam. Mid-break semester dua dah bermula.
via tumblr


Heh. Datang Lagi..

"Kau je la jadi imam." Seorang bersuara, mencadangkan.

"Ler, aku ke?" Bertanya pula yang disuruh tadi.

"Ye la, kau la. Kat sekolah kau dah jadi ketua, kat sini pun apa salahnya." Seorang yang membisu sedari tadi menjawab.

Jam dah pukul lapan malam lebih. Sembahyang maghrib pun belum lagi. Maklumlah, diorang baru sampai di chalet Pantai Pasir Hitam, Langkawi tu, baru sign in. Letih pun masih lagi mencengkam diri. Penat.. penat.. Cikgu pun, kenapa la tak buat slot solat jemaah. Haisy..

"Ye lah, ye lah. Aku je." Acuh tak acuh saja gayanya.

"Orait." Tiga yang lain serentak membalas.

Masing-masing berdiri di bucu katil dengan sejadah terbentang di hadapan. Seorang di depan, tiga di belakang. Iqamat dibacakan cepat-cepat. Lambat karang, melepas maghrib.

"Allahuakbar"

Tiga di belakang mengikut. Doa iftitah dibaca dari awal sampailah habis, masing-masing. Tunggu bacaan imam pula. Tunggu. Dan terus tunggu..

Diam, sepi tak berbunyi sejak takbir pertama lagi terus mengisi ruang.

Mak ai.. Tak habis-habis lagi ke baca doa iftitah imam ni. Takkanlah panjang berjela punya doa iftitah. Sunat je pun. Resah si makmums.

"Allahuakbar" Imam di depan melaungkan takbir sambil membongkok rukuk. Aik? Mana al-Fatihahnya? Mana surah lazimnya?

Ketawa berderai di belakang, mau pecah perut ketiga-tiga orang. Nak terguling pun ada rasanya kot. Imam pula entah ke mana rukuknya tadi, turut tergelak. Batal semua punya solat.

"Okay, okay. Kita semayang sendiri-sendirilah." Cadang seorang dengan sisa tawa, memandang yang lain yang sedang pegang perut.

Memori itu terhenti di situ. Entahlah angin mana yang datang menyampuk, membawa memori waktu sekolah rendah itu menerjah fikiran Farhan. Datang tak bersalam pulak tu. Masa tu, budak-budak lagi. Muda-muda belaka. UPSR tak lagi. Tak fikir apa pun lagi pasal dunia ni. Mentah.

Alang-alang pintu dah berketuk, melayang pula fikiran ke ruang masa yang lain.

Teringat pula dia sewaktu darjah satu, classmatenya dihentak muka ke meja oleh teacher English. Masih awal tahun lagi masa tu. Entahlah sebab salah apa. Kesian juga tengok. Satu kelas membisu, sekadar melihat. Nak bersuara pun takut. Teacher garang!

Masuk darjah tiga, entah nasib macam manalah dia boleh dijodohkan lagi dengan teacher English darjah satu. Masalah... masalah.. Tapi, mujurlah taring teacher dah tumpul, agaknya. Paling teruk pun, dia sendiri pernah kena denda berdiri di depan kelas je; bersama lima lagi jejaka berumur 10 tahun. Berdiri je. Nasib baik. Maunya kena buka baju.. buka..

Fikiran melayang pula ke waktu darjah lima. Subjek bahasa Inggeris kali ni dah dapat teacher lain. Yes! Subjek yang diminati pula tu. Heaven. Tapi, heaven tak heaven pun, pernah juga merasa berbaring di koridor; tak siap homework vocabulary punya pasal. Padahal berapa patah perkataan sangatlah yang tinggal tu. Bau lantai koridor yang berhabuk tu kembali terasa menusuk hidungnya.

Ai, mahu saja kucium-cium dikau wahai lantai. Ah, takpe. Bila buat benda macam ni secara berjemaah, tak terasa sangatlah bebannya.

Layang fikiran berhenti lagi. Jauh sangat dilayan karang, entah sampai ke mana la jawabnya.

"Kau dah besar, Farhan. Dah besar.." Dia berbisik sendiri.

Namun, katanya itu bagaikan sekadar mimpi. Esok lusa dilupakan lagi. Hidupnya dia di alam mimpi. Sehari dua ini, mula lari dari realiti. Sampai bila nak jadi begini? Sampai bila wahai diri?
by Magnesina


Knock Knock, Door Of Memory

Halaman terakhirnya dibelek perlahan, slow motion habis memang sampai berjela-jela frame takde penamat dalam Sony Vegas kalau nak buat video. Puas hati, teruja rasanya. Novel [tunas] Hlovate tu dihempasnya perlahan ke atas katil. Dia rasa menyesal pulak pinjam novel tu daripada Zulhelmi. Kalau sendiri beli, bolehlah buat koleksi macam novel Harry Potter yang ada kat rumah tu, dari yang first sampai nombor tujuh. Time rasa nak baca lagi, bolehlah belek je. Kalau dah pinjam orang punya, susah.

Ah, tak apa. Kalau nak sangat beli je la kan? Getus hatinya sambil otak pula sedang mencerna ending kisah tu. Satisfied.

Dipandangnya kembali cover novel tu yang membuatkannya terkenang kembali zaman sekolah menengah dulu. A'ah, sappy kot. Dari tingkatan satu sampailah tingkatan enam, kisah dengan kawan-kawan lagi pun dah berapa banyak. Tu tak kira cerita-cerita yang tak masuk syllabus lagi. Nak ingat satu-satu, memang tak habis! Dari dulu dia yang pernah skema tahap tak habis, sampai dah transformed jadi lain.

Ceh, nostalgic la pulak kau Farhan wey. Bisik hatinya lagi.

Ya, nostalgia yang indah. Teringat pula dulu Nabil pernah quote ayat abang or kakak dia yang entahlah keberapa. Hehe.

"Korang nanti kalau dah masuk U ke, keluar U ke, kerja ke, pencen ke, konfem akan miss ah nanti time sekolah"

And yeah, he was right. Dia pun sedikit merasainya hasil penangan [tunas]. Satu zaman yang indah, juga satu zaman yang buat dia rasa tak puas hati amat dengan diri sendiri. Dia tahu bahawa jalannya sekarang bakal membuat sejarah hitam berulang kembali.

"Bukalah wahai mata, sedarlah wahai hati.."
by Valimar
p.s : apakenama la title bahasa mat saleh, content bahasa melayu. Err, mostly.

Fasa Pertama Berakhir

17 Disember 2010. Pukul 8 malam. Malam ni paper Physics bagi Mid-Semester Examination. Entahlah ready ke tak. Latihan sudah berkajang-kajang dibuat walaupun tak semua soalan dalam compilation book dijawab. Tu pun entahkan betul entahkan tidak sebab takde jawapan. Cis. Buat sudeyy.

8.00 malam, peperiksaan bermula. Kertas soalan dibelek satu-persatu, mula menjawab. Ah, sudah! Yang ni nak jawab macam mana? Yang ni pulak? Yang ni betul ke macam ni? Ke salah? Soalan demi soalan berputar-putar di fikiran.

Namun, alhamdulillah, hati rasa tenang menjawab. Aman. Ya Allah, baru kusedar besarnya restu seorang ibu, restu seorang bapa! Jika Allah yang diharapkan, pasti tidak akan dikecewakan.

Hari ni pula, pengisytiharan kemerdekaan fasa pertama semester 2, sesi 2010/2011. Alhamdulillah, dah selesai.
by SandyKoh


Suatu Petang...

Hari ni hujung minggu. Aku tak ingat tarikh, aku tak ingat hari. Hujung minggu ni aku keluar. Jumpa Fawwaz ngan Asri yang datang sini. Lama kot tak jumpa Fawwaz. Dia masuk universiti super awal punya pasal.

Dari KLCC ke Stesen Universiti, kitorang menjelajah dengan train. Tiket dibeli menggunakan mesin. Masuk RM5 sekeping, berdegum-degam kocek mesin tu bunyi coins baki. Celaka punya mesin. Kalau masuk Rm10, entahlah. Disebabkan hujung minggu, tak ramai sangatlah orang hari ni. Nasib baik. Sumpah taknak berhimpit dalam tu macam tin sardin kemek seribu. Dapat seat lagi tu. Syukurlah.

Tapi, lepas je duduk tu, pemandangan yang sungguh 'indah' berdiri di depan mata aku. Sumpah, gila sungguh la. Sebut je Kuala Lumput, korang boleh bayangkanlah macam mana pakaiannya kan? Boleh kan? Jangan la paksa aku sebut satu persatu wey. Aku sebut karang terhiperbola pulak.. Tapi, 'indah-indah' tu pun, nasib baiklah tertutup jugak. Kalau tak konfem terkeluar biji mata aku. Waktu duduk tu, aku rasa tak selesa asyik nak avoid je pemandangan kat depan mata aku ni. Nak tegur, aku ni pemalu gituu. Aww. Sumpah taknak wey. Kalau korang pun tak tahu la cane.

Entah berapa lama situasi tu berlangsung, lastly, dia duduk jugak akhirnya. Selamat mata aku. Lega yang amat! Aku SMS Fawwaz yang duduk bertentangan..

"Waz, mamat sebelah aku tak zip seluar.."
via tumblr


Hello, Today. Don't You Know You Are Beautiful?

"Okay, that's all for today. If you've got nothing else, you may go now."

Ayat lazim yang keluar dari mulut lecturer Physics menandakan berakhirnya kelas pada hari ini. Ya, hari ini, 7 Disember, 1 Muharram, aku ada kelas tika mana orang lain sedang bercuti. Sepatutnya ada 3 kelas ganti, tapi 2 terpaksa dibatalkan. Lecturer ada hal keluarga manakala seorang lagi sakit tekak.

Aku melangkah ke hostel dari SMAWP 2, keseorangan. Classmates ke hostel yang lain. Earphone di dalam telinga yang memerlukan sedikit halwa.

Angin berhembus lembut, membuatkan aku tersentak. MasyaALLAH. Indahnya suasana hari ini. Langit sedikit mendung, bayu beralun lembut, sejuk. CFS pula agak lengang. Maklumlah, hari cuti. Kebanyakan students melepak di bilik je. Mungkin juga ada yang balik dan keluar. Suasana yang sungguh indah.
by Holzoepfael
Tapi disebabkan langit yang mendung, mood pun sedikit mendung. Asyik ulang lagu yang berentak perlahan je sambil-sambil berjiwo. Lagu Wani Ardy yang sudah berhabuk pun kuselongkar kembali.
1. Wani Ardy - Setem Pada Syurga
2. Wani Ardy - Suddenly Lewat
3. Yuna - Random Awesome
4. Taylor Swift - Innocent
5. Simple Plan - Untitled
6. Miley Cyrus - When I Look At You
7. Miley Cyrus - Stay
8. Mika - By The Time
9. Mika - I'm Falling
By the way, these two weeks are examination weeks. Tapi ada paper hari Jumaat dengan Ahad je. Nampaknya takkan outing dah la sampailah berakhirnya cuti pertengahan semester nanti. And, that's like three weeks? IDK.

Entri cuaca? Apakah..?



Artist : Yuna
Title : Random Awesome

It all began
At the show one weekend
I was a friend of your cousin said
"hey how you've been"
And with your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
Turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
What happened on your 24th birthday

It all began with a simple
Confession
You had an urge to kiss me and
I was on the verge to miss you
And it happen,
No
We don't understand
No
I won't even budge
Before we didn't hang out much
So save me in your playlist
So,
You wont forget this
And if this don't quite go your way
You'll still have me on replay

With your checkered shirt on
And my Reebok shoes on
Let's watch something random
Turned to something awesome

And I smile I love no,
I laugh happier somehow
No I don't know what is up with me
I laugh too much recently
No, They don't know much about us
When we're exchanging glances
We'll figure out one day,
What happened on your 24th birthday

p.s : oh, I've just got one new follower


Sabarlah Akak Wey. Tak Professional Sungguhlah.

Hari ni hari Jumaat. Hari ni takde kelas tapi ada study circle, tu pun sebelum solat Jumaat je. Hujung minggu ni wajib keluar sebab hujung minggu lepas tak boleh keluar; kena hadiri Leadtrain. Oh, aku tak taip lagi pasal Leadtrain. Kena tunggu mood datanglah nampaknya. Bukan senang-senang je boleh seru dengan mantera ke apa.

Lepas Jumaat, bertolaklah aku dengan dua orang roommate ke MidValley - nak tengok Narnia. Cerita tu agak bestlah; walaupun aku tak faham siapa sebenarnya King Narnia tu ape sume disebabkan aku tak tengok pun movies-nya yang sebelum ni, tambah-tambah singa pulak jadi King apa jadah tu, enjoy sudey. Yang annoying-nya, aku dah la bespectacled, pakai pulak spec 3D tu, amatlah tidak menyelesakan. Double layer doe! Tahan je la sampai habis movie.
Ihsan impawards
Selalunya, lepas tengok movie, kitorang akan berasa lapar sebab seluruh tenaga telah dihabiskan kat dalam panggung untuk menghayati movie dengan penuh teliti dan khusyuk. Apabila masalah kebuluran ini timbul, kitorang takde pilihan lain selain makan. Jadi, kitorang pun tiba-tiba berada di salah sebuah restoran fast food yang agak terkemukabuku di sini.

"Selamat petang. Nak makan apa?" sapa seorang akak di kaunter dengan senyuman yang, hurm, entahlah macam mana, tapi seolah-olah tidak cukup ikhlas.

"Kitorang nak dua large set Angus Steakhouse." balas Azri.

"Nak air apa? Coca-Cola, atau bla bla bla bla?" tanya akak tu lagi. Aku tak ingat dia kata, tapi yang pasti bukan bla bla bla lah.

"Satu tu nak grape" kata Azri.

"Satu lagi?"

"Sama. Grape jugak" aku malas nak fikir.

"Kak, salah satu fries tu nak ganti dengan onion ring eh" Azri menambah.

"Onion ring? Okay"

"Kak, yang satu lagi tu pun nak onion ring jugak" aku nak try jugak apa kebendanya onion ring ni.

"Semuanya 38 ringgit 10 sen"

Duit dihulur dan baki dikembalikan. Sebagai customer yang bertanggungjawab dan kelaparan, kitorang ditugaskan untuk melihat sama ada pekerja kitorang melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh cemerlang atau tidak.

"Eh, akak tu tahu tak kita nak take away?" soal Azri.

"A'a la. Tak tahu la. Dia tak tanya pun tadi" aku menjawab.

Akak tu datang dengan dua bekas air di tangannya untuk diletak ke atas tray yang terlentang indah di depan kitorang.

"Kak, kitorang nak take-away"

Mimik mukanya sedikit berubah. Dia berpusing balik, mengambil plastik. Lepas tu dia mengisi pula fries ke dalam paperbag kitorang.

"Eh, fries? Bukan ke kita order onion ring tadi?"

"A'ah. Haih. Kak! Kak!" Tak dengar la pulak dia ni.

"Kak! Kak!"

Dia berpaling, mukanya lebih masam berbanding beberapa minit sebelumnya.

"Tadi kitorang order onion ring"

Mukanya semakin mencuka. Diambilnya kembali fries tadi lalu dibuang ke dalam bakul berdekatan sambil menunjukkan mimik muka yang semacam tak puas hati kepada rakan sekerjanya.

"Pergh, semakin bad mood la pulak akak ni. Membazir la dia buang macam tu. Kalau niat sededekah kat kita elok jugak"

"Tu la. Yang dia nak marah tu pulak kat sape? Aish. Tak best betullah"

Lepas ambil je makanan tu, kitorang terus blah. Tak sanggup dah.

"Eh, straw! Ada straw tak?"

"Alaa. Straw la pulak. Ambik katne? Kaunter ke?"

"Ah, biarlah. Esok-esok ajelah. Dah malas dah aku dengan akak tu"

Apa-apa pun, Angus SteakHouse tu memang bestlah sampai dah tak ingat muka akak tu. Tapi aku teringat lagi kat fries yang malang tu. Kalaulah dia terbukak hati nak bagi free je...

p.s : Harry Potter tak tengok pun lagi. Haish

Aku Bukan Pelanduk

Usai sahaja talk di Lecture Hall A, aku melangkah keluar menuju ke spiral staircase, melihat gelagat manusia.

"Weh, apasal kau tak pergi kelas english semalam?" tanya seorang rakan.

"Kelas english?" aku bingung seketika. Kelas english apakah?

"Ye la, kelas english. Kau tahu tak semalam dah berpuluh-puluh kali aku call kau? Tapi kau tak angkat pun, " katanya lagi.

"Eh? Call aku?" aku bertambah bingung. Seingat aku, handphone aku asyik membisu je sepanjang masa semalam. Tak ada pulak missed calls ke apa.

"Betul la. Serius! Aku call kau banyak kali nak tanya kau apesal tak pergi kelas english, " bersemangat dia berkata-kata. Memang serius habis.

Kelas english ape la pulak ni? Aku langsung tak faham. Kelas english? Aku bukan classmate dia pun! So, what the heck??

"Kau biar betul. Semester ni aku dah exempted la english. Aku tak ada kelas english pun lagi dah semester ni."

"Ish, betul la! Aku siap ambik nombor kau lagi dengan Zul! Dia bagi nombor kau kat aku. Takkan la dia nak tipu pulak."

Aih. Zul mana la pulak ni. Dunia aku rasakan semacam berpusing-pusing. Nak kata aku gila, hilang ingatan, takdelah. Setahu aku dia pun tak jugak. Lepas tu, takkanlah aku ni dah tersesat ke dimensi lain yang sama macam dimensi aku? Ke dia yang tersesat ke dimensi aku? Ish, tak logik, tak logik. Aku makin bingung.

"Ni ha nombor kau kan?" dia tunjuk skrin telefonnya. Itu bukan nombor telefon aku.

"Eh, mana ada. Tu bukan nombor akulah. Nombor aku 01X-XXXXXXX. Kau pasti ke kau tak silap orang ni?"

Dia terdiam, kelu, kelihatan bingung dan hilang kata-kata. Dia membisu seketika, nampak macam tak percaya dan terkejut dengan soalan aku.

"Takpe la. Mungkin aku tersilap orang," katanya, namun semacam tak percaya dengan apa yang dikatakannya itu. "Tapi, orang tu serius macam kau! Sumpah!"

Aku tersenyum. Tiba-tiba aku teringat balik bahawa dulu ada jugak seorang kawan aku yang lain terserempak dengan orang yang mirip aku. Siapa yang terserempak tu, tak pulak aku ingat. "Dia pakai spec jugak ke?"

"Ya. Dia pakai spec jugak. Betul la aku cakap. Memang serupa habis!" katanya lagi, kurang puas hati. Eheh.

"Takpelah. Dulu ada jugak kawan aku kata dia terserempak dengan orang macam aku. Kau ni kiranya orang kedualah yang aku tahu"

"A'ah la. Memang silap oranglah. Takpe, kau abaikan je apa yang aku kata tadi. Abaikan. Abaikan." katanya sambil menepuk-nepuk bahu kanan aku. Dia macam berat sangat nak percaya apa yang dia sendiri kata tu.
by Fais-Moi-La-Moue
Tapi nampak sangat la aku tak abaikan hal tu sebab aku siap taip entri ni lagi. Hahaha. Siapa la agaknya yang mirip aku tu. Rasa macam nak kenallah jugak. Nanti la aku tanya-tanya balik.

p.s : alaa. takde feel macam yang aku rasa malam tu. aih. tak menjadi

Selamat Datang Disember

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik, Disember datang jua. Cepatnya rasa. Okay, setiap kali entri ada je yang ulang taip kata masa cepat berlalu. Entah dah berapa banyak post sebelum ni pun entahlah. Korang pun mesti dah muak kan?

Nak dijadikan cerita, semalam, ada la seorang ni datang hantar mesej kat shoutbox aku. Mula-mula baca tu dia tulis..
You are fired!
Serius, memang cuak habis. Dah kantoi dengan bos. Otak aku pun mula ligat berfikir, macam mana nak cari duit ni. Takde kerja, macam mana nak tanggung keluarga? Isteri hari-hari dok mintak beli benda itu la ini la, tukar itu tukar ini la. Anak pulak suruh beli mainan itu la ini la. Dah tu, hari-hari kerja dia pergi habiskan duit kat kedai runcit yang berdekatan je beli gegula la, aiskrim la, jajan la, komik la. Macam-macam! Payment rumah kena fikir, bil elektrik, bil air, bil internet, payment kereta, payment motor, yuran sekolah anak-anak dan macam-macam lagi. Aku buntu, kelu.

Tiba-tiba, aku tersentak. Setahu aku lah kan, aku tak kerja pun lagi. Kahwin dan beranak-pinak lagilah. Aku baca mesej tu sekali lagi.
You are tagged!
Lega yang amat. Rupanya bukan bos aku yang hantar.

Bila difikir-fikir balik, rasanya dah 2 kali kena tag sebelum ni. Ni yang ketiga. So, dengan penuh malasnya, aku pun jawab la tag tu. Ambik hati budaklah katakan. Hehe.
via tumblr
R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

 Baguslah nak berkenalan lebih lanjut tu kan. Tapi 25? Banyak tuuu. So, here we go.

1. Lepas baca entri tag penge-tag ni, baru tahu nama dia Atiqah.

2. Baru tahu adik penge-tag orang Terengganu. Ingatkan orang Kedah, walaupun kadang-kadang ada perasaan was-was bila baca words yang dia gunakan.

3. Banyak cakap kat dalam internet, tapi sikit cakap kat luar internet. Orang kata kurang dosa mulut.

4. Agak tak minat kebanyakan cerita Melayu.

5. Dah lama tak melukis.

6. Myspace adalah sosial network pertama yang di-join suatu masa dahulu.

7. Minat piano tapi tak reti main.

8. Lebih banyak dengar lagu Inggeris daripada lagu Melayu.

9. Pakai spectacles.

10. Tak pernah guna mIRC sebab tak pandai. Install je lepas tu uninstall. Berulang 3, 4 kali.

11. Tak minat main game.

12. Pemalu.

13. Satu-satunya game yang pernah habis main - Devil May Cry 4. Yang lain main kejap je dah bosan pastu uninstall.

14. Minat grafik.

15. Memiliki sebuah kamera kompak yang rosak skrinnya dan ber-battery kong.

16. Dah lama tak kena rotan.

17. Sedang dengar lagu Hijjaz - Permaisuri Hatiku.

18. Tak suka blogwalking.

19. Tak pernah sampai ke Malaysia Timur.

20. Pernah menang no 1 main bola walaupun tak pandai main bola. Semuanya sebab temmate waktu sekolah rendah.

21. Memiliki sebuah laptop yang mana hard disknya tinggal 16.55Gb free space daripada 320GB.

22. Mula kenal komputer dan internet sewaktu berumur 12 tahun, darjah 6.

23. Pernah sekali je beli CD movie lanun kat pasar malam, masa darjah 4 or 5. Movie SpyKids 2.

24. Tak minat bola sepak macam kebanyakan lelaki lain.

25. Hari ni, tersilap masuk kelas orang lain, pagi tadi. Ingatkan kelas Math aku tapi sangkaan meleset. Namun, berjaya keluar balik dengan penuh macho.

Jadi, itu dia 25 jawapan yang sungguh tidak berilmiah dan tidak bermanfaat. Dan, dia suruh tag 25 orang yang lain pulak. Ish, banyak tuu.

There's nobody to tag. I'm a loner. Eheh.


Selamat datang Disember. Krismas dah dekat. Cuti midsem pun dah dekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...