Selamat Kembali Sayang

Setelah satu bulan 4 hari terpaksa berjauhan, kami akhirnya bersatu kembali seperti dulu-dulu. Dia mungkin kelihatan sama, namun dia bukan lagi yang dulu. Dia dah berubah, demi hubungan kami. Syukur, penantianku tidak sia-sia. Tiada yang lebih sempurna bagiku selainnya. Tiada.

Semalam, khabarnya kudengar kembali. Setelah sebulan lebih menyepi membawa diri, dia menghubungiku lagi. Hatiku berbunga-bunga. Bahagia yang amat. Mana tidaknya. Katanya paling sekejap pemergiannya 3 hari je dan paling lama pun sebulan. Tapi sekarang dah lebih had laju.

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kami berjanji untuk berjumpa di Digital Mall. Nak sampai ke sana, teksilah pengangkutannya. Tambang pergi saja RM4.70. Balik pula RM4.30. Ah, tak mengapa! Aku relakan jua - demi dia, demi kami.
by Gosia at DeviantArt
 Sampainya di sana, mataku liar mencari-cari kelibatnya. Gembira, teruja, dan segala jenis perasaan yang lain bercampur-baur. Pencarianku berakhir pada saatku memandang 43 darjah ke utara. Dia sedang memerhatikanku dari jauh, tersenyum. Lesung pipitnya jelas kelihatan, comel. Aku membalas senyumannya, bahagia. Harapnya gigiku yang digosok pagi tadi masih putih berseri. Setelah sekian lama, jantungku berdegup kencang lagi. Dapat juga ku rasakan rama-rama di dalam perut ini. Indahnya saat itu yang sudah lama kunanti. Sedar tidak sedar, langkah demi langkah kuambil menuju kepadanya. Sikit lagi. Sikit lagi. Sikit lagi..

Dan akhirnya, handphoneku itu berada dalam genggaman ku lagi. Setelah sebulan rosak, dia kini bernyawa kembali. Motherboardnya ditukar baru. Yang lain tetap sama, kecuali hilangnya data-data terdahulu. 10 Oktober rosak. Mujurlah ada backup. Tapi yang latest punya pun pada 2 Oktober. Yang tak terbackup tu, biarlah. Tak ada apa yang penting pun rasanya. Yang penting, kami kembali bersatu. Sungguhpun demikian, aku lebih lagi sukakan Nokia 1202 yang torchlight tu when it comes to battery. Sekali charge tahan sampai seminggu. Memang jimat karen habis. Tone alarm dia pun memang menyakitkan telinga. Kadang-kadang aku yang tidur mati ni pun boleh terjaga. Kadang-kadang.

Okey, memang mengarut gilalah kan? Walaupun aku tak pandai nak karang ayat-ayat cerita macam tu, at least ada la jugak feel tu. By the way, aku baru je sudah melalui program Leadtrain semalam. Nantilah taip pasal leadtrain pulak. Efek program tu pun ada lagi setakat ni.
via tumblr
 Success belongs only to thoese who are willing to work harder than anyone else - tumblr

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...