Selamat Tinggal dan Selamat Pulang

Malas, dan takkanlah nak tulis panjang-panjang semata-mata nak bagitahu pasal semua ni kan? Tengok gambar sajalah. Eheh. (Sebenarnya da lama tak main tekan-tekan kamera)

Wajah-wajah ceria sesetengah pelajar CFS nak balik beraya. (Mungkin juga ada yang stressed sebab dah 2, 3 buah bas berhenti tapi asyik penuh je; tak semua sempat naik. Setiap selang masa pula ada je gerombolan lain pelajar tiba) Pasar malam takkan semeriah biasa nampaknya.
Atas bas ke Stesen Universiti, RM1. Ada sorang auntie yang agak irritating tu borak ngan kawan dia atas bas. Turn kawan dia cakap, takdelah dengar suara. Tapi turn dia pulak, haish, macam nak bagi semua orang atas bas tu dengar pebenda yang dia cakap. Tak ingat yang bukan dia sorang je atas dunia ni. Kalau aku faham takpelah jugak tapi bahasa cina pulak tu. Nasib baiklah aku duduk ke belakang sikit, sempatlah kot for damping to occur.
Antara muka-muka manusia menunggu bas. Ada juga kecewa akibat penuhnya bas.
Mendaki ke Stesen Universiti.
Graffiti save Gaza. Semangat seni.
Tiba di Masjid Jamek yang ramai gila orang. Tersilap beratur nak beli tiket ke PWTC kat Ampang Line. Sepatutnya ke arah Sentul Timur yang agak lengang kaunternya. Tapi orang lainlah yang beratur. Aku tunggu je.

Dah berbukak puasa kat McD, pergi lepak kat Putralah pulak.
Baru naik bas. Pukul 9 bertolak.
Pukul 2 pagi hingga 3 pagi di Merapoh.
Kerete sabung-menyabung dalam pukul 2 pagi.
Setelah 9.5 jam perjalanan di atas bas, sampailah kat sini. Tak sempat jugak masuk KB setelah sekian lama. Parkson pun dah lama tak naik.

p.s : taste buds aku dirasakan tidak berfungsi dengan baik. uh!

2 comments:

November 18, 2010 at 12:36 AM Anonymous said...

aku tak faham, medaki ke stesen U? Wow! kat mana tu?

-kudozu

November 18, 2010 at 12:43 AM Unknown said...

kat traffic light je pun. haha. ada bas berhenti kat traffic light laluan atas. yang ni berenti kat laluan bawah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...