Alamak, spotcheck lah pulakTerpacul ayat tu dari mulut sorang mamat yang berjalan dekat ngan aku untuk ke SMAWP tadi. Mana taknya, tetiba je nampak beberapa orang pak guards dengan mak guards ngah bersedia kat depan dalam 2, 3 meter dengan buku saman masing-masing. Nampak je diorang, beberapa orang yang nak pergi kelas pusing balik, termasuklah aku. Haha. Ada spotcheck lah pulak hari ni kat UIA PJ. Dahlah hari ni jugak aku tertinggal holder matric card kat mahalah. Nak taknak, terpaksa ah pusing balik pergi K-Shoppe dengan malasnya, beli yang murah-murah je.
Tak sanggup ah nak balik mahalah. Asalkan leh display matric card kat baju cukup. Malas aku nak soal jawab ngan pak guards mak guards tu. Jam waktu tu pun dah 10pagi. Lewat kang pergi kelas komputer. Lagi naya kena saman la, maksimum RM50. Tak sanggup doe. RM50 tu, boleh survive lebih seminggu. Tapi ada je yang escape dari kena saman, passing-passing matric card. Ada jugak dengar cerita bebudak Abu Bakar kena saman sebab pakai kain pelikat pergi cafe. Masalah betullah. Cafe diorang tertutup je kot. Ape la sangat. Aku pun malaslah nak layan dah benda-benda ni. Tapi so far, tak pernah kena saman lagilah. Budak baiklah kan? Haha.
by BlackJack0919 at DeviantArt |
Kat sini, dah beberapa hari dah Raudah Festival start. Nak tak nak, aku kena jugak jaga gerai. Dah selamat je escape dari MEDCY, sangkut pulak yang lain. Haha. Tapi bukan ape sangat pun. Jaga gerai je. Dahlah time kat sekolah dulu, aku tak pernah pun join jual-jual time hari sukan ke ape.
Hari ni dah 9 November. Entah dah berapa hari agaknya tak baca berita, sampaikan yang pasal AirAsia free seats tu pun dapat tahu dari orang lain. (Best kot tengok harga promo RM0 Haha) 2, 3 hari lepas asyik menyampah dengan berita-berita politik yang kurasakan kotor sampai malas nak bukak. Tambahan pula internet sengal. Tapi tu alasan je kot. Kalau nak baca sangat boleh je rembat Berita Harian percuma kat depan K-Shoppe. Tapi, kena awallah sebab dalam 7 pagi lebih dah habis la. Dan, bila sebut pukul 7 pagi ni, korang faham-fahamlah kan? Tapi, lepas je baca artikel yang Nurul Hani share kat facebook ni, Bahaya Tidur Selepas Subuh mungkin aku akan fikir dua kali terlebih dahulu. Tiga kali jika perlu.
Nampaknya entri kali ini tiada apa-apa, sekadar bebelan saja. Haha. Kepada yang ada test, quiz, oral, MUET, exam (ke korang dah habis exam? lupakah >_< ), selamat maju jaya. Aku pun tak lama lagi ada la quiz. Wowo.
via tumblr |
p.s : Laju je belajar Math
p.s.s : 1 hari tak bukak Google Reader 100+ unread items. Ni hari kedua dah.
4 comments:
hebak la pokgad mokgad dyo..
siap ado kes saman mnyaman lagih..
utum laa g 2...
seb baek usim x wat g 2..tidop pokai doh ak..
hahaha
taw xpe. so, hulur2lah sket kokni bantuan kemanusian kepada yang memerlukan. amacam? haha
malah nok hulur2 eh..
tp mmg gempak laa pokgad~
kem slm erk.ha2
malah? aih, cubalah berperikemanusiaan sikit. kem slm? malah eh.. haha
Post a Comment