Kahwin, Kahwin dan Kahwin

Assalamualaikum.

Blog bernyawa kembali, akhirnya. Dah seminggu berada di PJ balik, dalam seminggu ni jugak dah berlangsungnya 2 tests (Komputer dan Mathematics) dan 3 kuiz 1 (Mathematics, Physics, dan Komputer) Exam midsem pulak dalam dua minggu lagi. Argh! Cepatnya. Seriusly. Teringat pulak waktu muda-muda dulu time baru register masuk sini. First week tu orientation, banyak masa habis kat bilik je kot, kecuali time ada talk. All the time asyik update Facebook status ngan sms je. Kebanyakannya lirik lagu Mika. Baru kenal artis tu kan, dok ulang lagu berkali-kali sampai tunggu muntah. Bangun tidur je taip "Don't wake up, won't wake up, can't wake up, no, don't wake me up". Hari hujan pulak taip "When it rain rain rains, it rain rain rains". Tah ape lagi aku pun tak ingat. Tapi tu dulu la walaupun berapa bulan yang lalu je. Sekarang dah nak habis separuh sem 2 dah. Wowo.

Aku terlencong. Asalnya entri ni bertajuk kahwin kan? (Tengok kat atas tu) Sebelum ni pun, dah ada je entri bertajuk kahwin. Yang takleh blahnye, ada satu google keyword search tu masuk ke dalam blog ni.

Kisah cinta kahwin paksa? Lagi takleh blah, kat atas sekali lagi. Haha. Tapi time tu la. Kalau anda try mungkin search results dah henshin.Aku pun ada main-main ngan Cleverbot satu hari tu.
Your love, now available on iTunes? Pandai dia buat lawak.
By the way, satu hari tu ada la satu talk bertajuk "Kahwin Muda" kat Al-Malek Faisal Hall kat CFS ni . So, mesti ada je status bebudak CFS kat Facebook pasal talk "Kahwin Muda" ni. Pi cafe pun diorang cakap pasal ni. Tajuk hot la kan, macam kentang putar panas. Aku pun, dengan penuh malasnya ajak la sorang member pergi sekali. Dalam jadual start pukul 8.30pm. So, kitorang pun sampai la sana dalam 8.50pm. Dewan memang penuh. Fuh, nampaknya ramai sungguh student CFS nak kahwin muda. Tapi, disebabkan aku dengan member aku ni lelaki, masih ada seats kosong untuk kitorang kat bahagian lelaki yang menghuni 1/4 daripada keseluruhan dewan. So, maknanya, sisters la yang bersemangat sangat memenuhkan dewan. Bakal-bakal isteri solehah lah katakan.
by agmnhob at DeviantArt
Sampai je kat dewan tu, ada je kawan-kawan member aku ni hantar mesej "Ko berminat nak kahwin muda ke? Haha". Alah, diorang pun 2 kali 5 je. Eheh. Aku pun tak terkecuali la. Ada juga nak pekena aku kata aku berminat nak top up ilmu bab kahwin je (sebab kebanyakan talk lain tak pergi hahahahaha). Aku balas balik dikatanya ego pulak. Wahaha. Tapi betullah kot. Ego aku tinggi.

Nasib baik je ada jugak part lawak time talk tu. Kalau tak konfem tertidur kat dalam dewan tu. Apa pun, at least ada jugak effect daripada talk tu. Tapi bukanlah yang macam sorang panel tu cakap, habis talk je terus call mak ayah. Bukan, bukan. Hasilnya, kalau nak kahwin awal pun, aku rasa lebih yakin pasal ni walaupun pernah kena marah haha (Ada 'kalau' di situ ya, 'kalau'. Sekali lagi, 'KALAU')

So, nak kahwin awal ke tak ni?

Bukan kat sini je. Yang berada jauh dengan mak ayah lagilah. :D

2 comments:

November 30, 2010 at 12:07 PM fawwaz said...

yang jauh dari mak ayah, LAGIII LAHHHH TERDESAKK. HAHAHAHAA

November 30, 2010 at 3:21 PM Farhan said...

terdesak? terdesak?? TERDESAKK??? haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...