Langkah demi langkah kuambil, menuju ke arah pagar CFS, sambil tangan kanan menggenggam erat tali beg yang dibimbit, tidak cukup setakat yang tergalas. Beberapa orang pelajar CFS yang lain juga kelihatan berkejar keluar juga dengan beg masing-masing; ada yang besar, ada yang kecil. Ada juga yang berat begnya sehingga memerlukan kudrat tambahan dari rakan-rakan. Macam-macam ragam pula yang hendak balik bercuti semester ini.
(Ah, baku sekali! Bikin pusing otak ini.)
by tiboat8h at DeviantArt |
Setelah beberapa ketika, bas pun tiba. Tambang untuk ke KL Sentral sebanyak RM1.90 dibayar dan kemudiannya bas mula bergerak menggunakan roda-rodanya yang bulat. Lagu Back to Me kuulang berkali-kali sewaktu perjalanan, sambil melihat pemandangan yang kurang hijaunya, yang akan kutinggalkan buat sebulan. Kelantan, aku datang, getus hati.
Itu cerita sebulan lebih yang lalu. Kini, aku berada kembali di sini, dikurung sekali lagi. Nak keluar kena tunggu hujung minggu. Dah tu, nak melayan pulak pak guards yang bengisnya kekadang dibuat-buat setiap kali tiba kat pagar CFS. Tapi kalau dah malas sangat usah hiraukanlah haha.
by Ferdafs at DeviantArt |
Bapak dulu time mengaji tak pernah pun balik rumah waktu Raya HajiTu kisah yang tak balik. Yang balik pulak..
Papa dulu time mengaji, asal ada je cuti, papa mesti balik punye. Takde cuti yang papa tak balik.Tak kisah lah sape balik sape tak balik, yang penting aku balik haha. Takdelah. Walaupun korang tak balik, sekurang-kurangnya berkesempatan bertemu raya lagi, kan? Nasib baiklah sempat beli tiket. Kalau tak, merasalah beraya kat CFS ini yang langsung tak rasa macam raya sebab memang dah macam tak ada orang. Eh, tahu-tahu je aku kan? Dengar cerita orang je. Kepada yang berada jauh di perantauan tu, walaupun korang mungkin takde problem tiket kapal terbang habis, tapi kitorang di sini sentiasa memahami. Jadikanlah raya korang di sana hari yang penuh bermakna ye?
Memandangkan semester 2 dah pun bermula, dan sekarang sudah Week 2 dah pun, kelas pun mulalah berjalan sedikit luarbiasa disebabkan jadual yang baru, groupmates baru, lecturer baru, dan subjek baru. Tapi, ada jugak subjek yang tak start belajar pun lagi. Malah, tak kurang juga groups yang ada masalah itu dan ini segala bagailah. Alah, biasalah tu. Kalau bukan disebabkan pengurusan, masalah tu datang dari pelajar sendiri. Orang dah assign group ni, dia pi masuk group lain pulak. Tapi, biasalah tu beb, nak hiduplah katakan.
by Yuki-Yuri1312 at DeviantArt |
Bertemu di lain hari, jangan lupa jaga diri.
p.s : korang, dah update :D
p.s.s : dah lama aku tak buat nota kaki kan
p.s.s.s : korban lembu! yeayyy!
3 comments:
xdop roda petok wes
sumo bulat
"Kepada yang berada jauh di perantauan tu, walaupun korang mungkin takde problem tiket kapal terbang habis, tapi kitorang di sini sentiasa memahami. Jadikanlah raya korang di sana hari yang penuh bermakna ye?"
terasa sayo.. haha. i'allah. menimba pengalaman di tempat org. ohh takut bile pikir balik. tkt nangis x henti. haha
miss nureen : yelah kak. meme xdop petok, tapi ada hop bujur, sedangkan tayar bas tu bulat. haha
ani : jangan takut, kentalkan hati! hoho
Post a Comment