Aku melangkah keluar dari bilikku (yang kecil dan dikongsi bersama-sama 3 rakan sebilik yang lain, salah seorangnya roommate B yang selalu saja kena penampar, penumbuk dan penyepak aku dengan kerjasama roommate A) sesudah menampar, menumbuk dan menyepak roommate B lalu ternampak Fathi.
"Eh, Fathi! Dari manakah anda?" aku menegur lembut dengan senyuman yang ikhlas terukir di bibir.
"Dari bilik Faris," jawabnya dengan lenggok suara yang sungguh menarik dan unik. Sayang sekali tak dapat aku persembahkan macam mana dengan hanya menaip. "Malam ni Faris dah nak balik dah," katanya lagi.
"Dia dah nak balik dah?" seingat aku hari tu dia beli tiket bas balik bertarikh 16 November.
"A'ah. Aku pulak esok ada kuiz pukul 6," keluhnya. Pukul 6? Bas dia esok pun dalam pukul 8.30 malam atau 9.30 malam. Sempatkah?
Kemudian, dengan panjang umurnya, Faris pun muncul dari belakang kitorang.
"Faris, dah nak balik eh? Ponteng ke kelas esok?" aku bertanya menuntut kepastian.
"Esok takde kelas," jawabnya ringkas. Laju benar nampaknya dia, tak sabar nak balik agaknya. Mungkin juga sebab dah 2 hari aku tak annoy dia, manalah tahu dia nak selamatkan diri ke. Takpe, ni baru minggu 3. 3 bulan lebih lagi tinggal. Banyak sangat masa yang ada nak kacau lagi.
"Balik dengan apa?" aku menjerit perlahan. Dia dah jauh di hadapan, nak turun tangga. Memang pantas dan efisyen.
"Bas," jawabnya.
"Dengan apa?" aku tanya lagi.
"Bas," jawabnya lagi.
"Dengan apa?" aku tanya sekali lagi.
"Bas!" jawabnya lagi sekali, sedikit kuat.
Okey, 3 kali cukuplah. Dah macam iklan raya burung murai dah. Kalau banyak sangat nanti dia terlepas bas pulak. Tapi, tiba-tiba dia berpusing balik.
"Eh, tertinggal tiket bas dalam bilik," katanya.
Kitorang sumpah gelak gila-gila. Haha. Fathi pun siap mengurut-urut dada lagi. Mahunya betul-betul tertinggal tiket bas tu, sure gelabah ah kat stesen bas nanti. Pastu, mulalah nak call roommates tanya pasal tiket bas tu; bas mana, seat berapa. Kalau diorang jumpa nasib baiklah. Kalau tak? Korang bayangkanlah sendiri. Hehe. Ada hikmahnya jugaklah aku tanya banyak-banyak kali tadi.
By the way, meh tengok ape yang aku jumpa untuk korang tadi. Aku apply Lightroom Filter lagi nak bagi nampak cantik sikit untuk tatapan korang, walaupun tak cantik banyak.
Gambar ni di-snap kat salah satu cafe kat sini. (Korang jangan bimbang, cafe lain pun mesti pernah ada kes macam ni punya, kot) Maaflah gambar tak clear. (and sumpah tak di-edit secara digital mahupun fizikal) Maklumlah, kamera yang aku ada pun jenis cikai je pun. Takleh nak adjust shutter speed, aperture, macro tak cool, takleh tukar lense 17-40 mm f/4 L retrofocus zoom dan sebagainya. (Okey, walaupun aku tahu aku dungu hal kamera ni, tapi aku tahu la jugak tu wide angle lens walaupun ia menyerlahkan lagi kedunguan aku. Okey?) Dapatkah korang fikir apa benda itu, atau nak aku bagi jawapan? Tapi rasanya korang dah cukup kreatif untuk kuiz mudah macam ni kan? Haha. (Kepada sesiapa yang bukak Google, Wikipedia and segala bagai tu semata-mata nak cari jawapan, tutup je lah tab tu. Tak berbaloi pun. Besu molep)
Aku tak pastilah sama ada benda tu masuk sebelum air dalam bekas tu habis atau selepas dia habis. Tapi, kalau dah bekas air tu tak bertutup all the time, memang konfem ah benda tu boleh masuk bila-bila masa je nak berenang kan? Dalam kes yang atas tu pun, mungkin sebab mati lemas ah rasanya. Takkanlah mati masa masuk dalam bekas kosong je, walaupun possible? Oh, mungkin jugak sewaktu di awangan, benda tu sakit jantung (ala-ala citer Death Note) and terus landing ke dalam bekas tu? Hurm, mungkin, mungkin. Nothing is impossible.
Okey, cukuplah pasal ni. Kang aku sambung jadi meleret-leret lak. Tu tak masuk cerita kat dapur lagi, makanan la apa semua. Entahlah macam mana, kan? Aku pun tak pernah masuk intai. (bagi dapur yang tertutup) Jangan sampai kafe-kafe kena boikot sudah. Fikir-fikir banyak sangat kang kebulurlah jawabnya.
By the way version 2, tajuk entri ni bermaksud satu hari lagi nak balik rumah. Lepas raya ni, 3 kuiz menanti. Fuh, mintak-mintak selamat. Tak kira lagi nak ganti kelaslah, assignment apa semua lah. Raya dulu. Kita tengoklah macam mana nanti. Esok pun ada kelas ganti pukul 7
Akhir kata,
Yang dikejar-kejar tak dapat, yang dikendong berciciran?
Ah, rumit!