Empat belas tolak sabtu tolak ahad tolak isnin tolak selasa sama dengan Sepuluh. Huh? 10 hari je lagi tinggal sebelum bertolak ke Petaling Jaya balik. Hopalosweyloklasss. Sekejapnya laa. Tak pueh lagi tidur atas katil sendiri. Tak pueh lagi goyang kaki. Tak pueh lagi enjoi enji.
Tadi da cuci PC da. Confirm! Banyak woo habuks dan debus. Sekali kumpul-kumpul siap nampak cam gula kapas lagi. Bercakap pasal gula kapas yang gebu ni, teringat pulak time kecik-kecik dahulu kala. Dulu, kerap kot pergi pantai, selalu ada gula kapas. Yang paling ingat Pantai Irama. Kat situ ada mini train untuk budak-budak naik. Pendek je mini train tu (Da nama pun mini). Berapa gerabak je kot. Dah ler pusing-pusing dalam bulatan kecik. Bila dah besar ni, pikiaq punya pikiaq rasa cam tak cerdik la jugak tapi ye la, budak-budak kan. Takde la cerdik sangat. Kalau dapat naik tu, mahunya senyum berbunga-bunga dari awal sampai habis sambil lambai-lambai orang kat luar yang sedang tengok.
by ThomasDian at DeviantArt |
Eh, jauh Merapoh dari kisah gula kapas PC. Berbalik kepada kisah PC, lepas aku cuci bersih-bersih tu, terbongkar la pulak bahawa Power Supply tu cam da KO do. Yela, sejak 2004 lagi kot. And I was like, whatthefff...Okay! That's is so not allowed sebab ada silent readers yang bawah umur lagi (plus, aku tak pandai la nak cakap benda-benda macam ni. [E'eleee]), walaupun most of the incoming traffic adalah disebabkan satu tutorial yang aku buat. Eh, tak, aku tak buat, just persembahkan balik orang punye je untuk difahami dari sudut yang lebih berbeza. (Bajet)
Ha! Mungkin aku boleh buat tutorial photoshop untuk upkan traffic blog ni. Yang cikai-cikai pun ok rasanya. Ramai je newbies kat luar sana nak start belajar. Tapi mixing it with personal posts, tak professional kot. Tak boleh, tak boleh. Dari kisah gula kapas, bercakap pula tentang traffic ni, teringat pulak dulu cam tergila-gila ngan blogging. Nak naikkan traffic la, pagerank la, main keywords la, SEO la, Adsense la and entah ape segala benda pun aku tak ingat. Tapi seingat aku la kan, semua benda tu tak asyik tak jadi je kot. Yela, tak konsisten. Ni yang jadi masalah ni. Haish.
Ah, sudahh. Banyak imbas kembali pulak entri kali ini. Tapi okey jugak kot. bertepatan dengan niat aku mula berblog dahulu kala : nak baca balik bila da tua-tua bersama anak cucu cicit. Dari entri yang tak puks dan entah apa-apa sampai la sekarang (tetap dan semakin tak puks). Dalam pada itu, ada satu ketika ni aku pergi berjalan-jalan menghirup udara segar di facebook. Terjumpa la pulak album senior waktu sekolah-sekolah dulu, mengingatkanku kembali kepada kisah kad raya.
---
*update*
Da lupa lak dialog ni. Baca-baca pos lama best gak :D
I was talking to my lil sis, who was on her so called horse.
M : Kuda adik da mandi ke?
She : Tak, dia tak nak mandi
Me : La, nape pulak?
She : Dia tak nak kena sabun.
Me : Banyak songeh la pulak. Syampu?
She : Syampu pun tak nak. Nanti pedih mata dia.
Me : Beli la syampu yang tak memedihkan mata.
She : Takde, sumenye pedih.
Me : -.-" Kalau camtu berus gigi je la.
She : Berus gigi pun tak nak. Ubat gigi pedas.
Me : Laa, guna la Kodomo Lion. Kan tak pedas.
She : Takleh, yang tu pedas jugak.
Me : Seyh, budak nih. Kalau camtu kita sembelih aje la kuda nih. Buat gulai.
She : Takleh, takleh, dia dah nak mandi dah ni.
Me : Ye ke? Bagus la kalo gitu. Da syampu ke?
She : Da syampu dah.
Me : Sabun pun?
She : Ya.
Me : Berus gigi?
She : Tak, dia kata ubat gigi pedas.
-.-"
p.s : Skang ni musim lagu ni kat bilik aku. Lentok gak.
p.s.s : Title posts aku entah pape la kan?
8 comments:
komen..
komen..
komen...
ambik kau~
hahahahaha
cehhhssssssssss
hahaha..
[ktawa dgn jahat]
panje panje panje..
hahaha
btw, wak la tutorial ps tuhh
geeee
pqoh : peh. ketawa dengan jahat lagi tuu. nanti la raya nanti!
muahahaha
[ketawa evil-ly]
ani : erk, panje ke? dah terbiasa lah. heee. tutorial ps? arr. nati sibuk pakat xdey sero. xdey nk bt, xdey ore hop suruh buat tu haha
lalalala..
apew nk buat???
nk kasik taw mama kew??silakan..
hahaha
aku tak paham ape kaitan aku
dan aku gelak mcm haram utk dialog tersebut
XDDD
-kudozu
pqoh : cehs. ini mencabar namanya haha
kudozu : buat-buat paham dah le. hehe XD
cute dowh budak tu time kecik. skang dah besow. kurang besh~ hahaha
Post a Comment