Tok Su #1 : Perkongsian

"Tambahlah lagi mee goreng tu Fitri, Farhan. Banyak lagi tu." Tok Su menyuruh lembut.

Farhan mengangguk. Tangannya berulang-alik dari pinggan ke mulut. Perut pun masih terkejut kerana tiba-tiba diisi usai saja tiba di rumah Tok Su. Bukan Tok Sunya, Tok Su Fitri. Tapi, ya lah, merangkap 'Tok Su'nya jugalah. Secara tak langsung. "Ni pun dah berapa kali tambah, Tok Su. Kenyang dah."

"Banyak sangat mee tu nak dihabiskan. Tok Su pulak tak nak makan sekali." Fitri menambah. Pinggannya yang sudah kosong ditolak ke tepi seraya tangan mencapai gelas.

"Tok Su dah makan dah tadi. Ni Tok Su simpan untuk kauorang la. Takde sape lagi dah dalam rumah ni nak makan selain kauorang." Tok Su tinggal berdua je. Memang takde orang lain lagilah. "Kat kampus, okay ke makanan kat sana? Breakfast makan apa? Nasi lemak?"

"Kat sana, makan okey je. Beli kat kafe." Farhan tolak pinggan kosongnya ke tepi.

"Waktu pagi, macam-macam je ada. Tapi kalau nasi lemak tu, kena cepatlah sebab cepat habis."

"Ikut suka hati kamulah nak makan apa ya?"

"Kebebasan memilih, Tok Su." Fitri sengih.

"Kalau zaman Tok Su belajar dulu, takdenye nak dapat breakfast makan nasi lemak apa semua. Makanan student diorang jaga betul. Tok Su pun dah tak ingat sejak bilalah sistem tender, jual makanan kat kafe diperkenalkan. Tak sempat waktu Tok Su belajar." Hikayat lama Tok Su mula terbuka.

"Habis tu, makanan disediakan ke Tok Su?" Leka mendengar, Farhan pun sudah lupa akan tehnya yang belum terusik sedari tadi.

"Ya, disediakan. Kalau waktu pagi tu, diorang sediakan roti dua keping dengan sebiji telur. Dari sekolah menengah, kolej, sampailah ke universiti," Tok Su mengira-ngira dengan jarinya, "benda tu lah yang Tok Su makan waktu pagi. Sampaikan Tok Su tak pandai dah nak makan benda lain waktu sarapan. Dah terbiasa. Ha, tu nak tunjuk betapa diorang jaga makanan pelajar biar seimbang waktu dulu. Takdelah bagi lepas makan apa yang nak je."

Fitri dan Farhan tersengih sesama mereka. Ada betullah juga tu Tok Su. Kalau bab makanan tak jaga, macam-macamlah kesan datang kemudian hari. Kenapalah agaknya sistem kafe tender diperkenalkan? Perubahan ini, baikkah atau membawa keburukan?

Oh, ya, Tok Su. Kafe kat kampus kitorang tu ada lipas terang tang-tang! Ada juga yang kata tikus..

by Mariaxo at DeviantArt

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...