Adik Bukannya Sengaja...

"Abang." Kedengaran suara ibu di hujung talian. Sayup-sayup. Mungkin sebab telefon. Ditekapkannya rapat-rapat ke telinga.

"Ye, ibu?"

"Abang tahu tak? Semalam Ina tak nak makan nasi." Ibu menyambung bicara.

Inani? Teringat pulak kat adik bongsunya itu. Kalau call je, lepas tanya satu, dua soalan, adik bongsunya tu pun tak nak cakap dah. Kejap je. Entah apa-apalah budak tu. Eheh. Kalau balik rumah, hari-harilah nak melayan kerenahnya. Tapi tak nak makan nasi? Ape kes?

"Mula-mula dia kata, Ibu, adik nak makan nasi. Ibu hidangkanlah. Dah hidang tu, tiba-tiba kata tak nak makan pulak. Bila ditanya, dia kata tak nak je."

Hasif tersengih mendengar. Ina.. Ina.. Selalu je macam tu. Dahlah dia tu bukannya selalu pun makan nasi. Paling tak pun, makan sikit lepas tu kata tak nak dah.

"Lepas tu, esok paginya, ibu tanyalah lagi kenapa dia tak nak makan nasi semalam." Ibu masih rancak bercerita. Hasif tersenyum walaupun dia tahu mustahil untuk dilihat. "Dah ibu tanya tu, dia pun jawablah. Adik bukannya sengaja tak nak makan. Adik rindu Abang."

Lidah terasa kelat serta-merta. Dah berbulan-bulan berada di sini, belum pernah dirasakan berbuku sebegini. Turunlah hujan membasahi bumi di kala kelat malam, sesekali menghempas tingkap bilik yang berlampu suram. Hanya satu lampu terpasang.

Adik rindu Abang..

4 comments:

February 15, 2011 at 10:03 PM Aisya J said...

kadang kadang ada adik beradik yang malu en nak cakap rindu sume. haha :) ego la konon :P

February 15, 2011 at 11:11 PM Farhan said...

hehe. biasalah tu. kononnya tak rindulah. tapi bila dah kena point yang betul, lain jadinya. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...