Datang Lagi...

Saya dok tengok-tengok, muka awak ni macam orang yang akan ambik komputer jugak akhirnya. Tapi taknak la entah-entah masin pulak mulut saya.
Pukul 3 pagi. 10 Julai 2010. Aku teringat kembali kata-kata Cikgu Azilah di bilik guru sains perempuan lebih kurang 2 bulan dahulu, berada di sana buat kali terakhir sebelum melangkah ke dunia pengajian baru.

Kadang-kadang, bila difikirkan, mungkin jugak betul kata beliau itu. Aku seolah-olah tak dapat hadapi apa yang ada sekarang dengan baik. Ini bukan caraku, mungkin, kata hati. Dulu, tekanan yang ada mungkin membuatkan aku pilih jalan begini. Tetapi aku tetap pilih jalan ini bukan kerana tekanan, tetapi aku tahu aku mahukannya begini. Oh, mungkin juga aku tipu diri aku sendiri yang aku mahukannya begini. Hergh.

Choosing things out of interest is different than choosing things that I want but I'm not interested with. The pressure is killing me already, geez.

Argh! Baru dapat cabaran sikit je dah fikir bukan-bukan. Sudah, sudah! Menyesal sekarang atau menyesal kemudian hari.

Monolog,
10 Julai 2010,
Mahallah Umar Al-Khattab 1.


Sekarang, dah 7 minggu berada di sini. Minggu depan, 23, 24, 25 ada midterm examination. Tapi setakat mana entahlah baru ready. Lepas exam tu mungkin satu masa yang sungguh ideal untuk balik. Release pressure exam lah kononnya. Hee. Cuti midsem pun minggu depan dah, 17 - 18 Julai haha. Tak terasa macam cuti midsem langsung. Kalau ada rezeki, sampailah kat umah. Bukan orang je, rumah pun da berubah. Tu baru 2 bulan. Kalau lama lagi? Haha.

Okei, ciao.

Es, Eclipse da keluar. Weeee

p.s : Recently, at KC1, 3 different rooms became the target at 1 single night, forcing the students to do sentry. IDK until when.

1 comments:

July 11, 2010 at 8:39 PM AtikAh said...

oo.. exam
best of luck :)

jangan tension2~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...