"Kau Dengar Tak?"

Makin lama whiteboard di depan kelas makin penuh dengan nombor dan simbol berwarna biru. Tangan kanan pantas mencatit apa yang patut. Belajar Matematik pada waktu menjelang senja begini tak best. Memang tak best.

Tangan kanan aku mula lenguh. Mata pula terpandang sekilas satu halaman yang terbiar kosong, terskip dek terlalu asyik menulis. Ah, biarlah. Boleh buat conteng-conteng apa yang patut.

Tak semena-mena Ashraf di sebelah aku kaku. Ashraf, seorang mamat yang baru aku kenal dalam kelas baru ni. Mukanya tengah serius macam..macam... Macam apa? Ah, lantaklah macam apa. Muka dia serius. Serius.

"Kau dengar tak?" Dia bersuara tiba-tiba, memandang tajam.

"Dengar apa? Aku tak dengar apa-apa pun." Kening dirasakan terangkat macam The Rock.

"Bukan bunyi handset kau ke?" Dia bertanya lagi. Muka ketat.

"Taklah." Handset aku silentlah, mana nak bunyi. Apa benda la yang kau dengar? Nak kata bunyi berdesing macam dalam Kamen Rider Ryuki kot-kot ada monster datang nak attack, tak ada pun. Kalau ada bolehlah aku ready pergi dekat cermin awal-awal. Manalah tahu perlu Henshin ke. Kamen Rider lain bukan boleh harap sangat. Tapi, tak ada pun bunyi tu. Aku memang tak dengar dah lecturer yang sedang berpidato Bahasa Matematik di depan.

Muka Ashraf makin ketat, tengah fokus nak dengar entah bunyi apa pun aku tak tahu. Dia tundukkan kepala ke bawah. Macam dah dapat dengar. Dah ke?

"Ler. Bunyi perut aku rupanya." Bersahaja dia menuturkan.

Pergh. Nak buat lawak pun serius habis mamat ni. Rasa nak gigit-gigit kepala orang pun ada.

Gambar ehsan foodtrip

3 comments:

April 8, 2011 at 6:56 PM hafiidz hiruga said...

waaa kamen rider siap!

April 9, 2011 at 8:57 AM Farhan said...

@gadis biru muda
bukak telinga luas-luas. eheh

@hafiidz hiruga
mesti! henshin!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...