The Raya Sun Rises Again

If you do notice, there's something unnatural has appeared on this blog. Or, may be not, yet, 'coz it is located at the bottom of this post. Okay, I have been coming across too many blogs having Facebook Like buttons and geez, of course I want that so damn hell much too! Well, maybe not that much. I always over express things, you know, but that's only when I do which is not most of the time meaning that it is not actually 'always' as I tend to say things the other way around when it comes to saying things, for sure.

by Wandaa-X at DeviantArt
Facebook Like button is not just a blog fashion to me though. When you readers don't leave comments (this is sad and pathetic and I wanna cry), you can at least click on the like button to, of course, say that you like it. So, don't click it if you don't like it. Still, I'm wondering whether Dislike button will come to existence or not. That seems a better way of expressing it. Yes! RAGE!! RAGE!! RAGE!! Well, not really. It's because of these types of people who..
1. [Like] - Ah, this is good! Gotta click the Like button! Damn, how come I can only click once??? Me want moooreee!
2. [Dislike] - Geez, this is such a crap. What a waste of time! Where's the Dislike button? Where? Where? Where??? Aarrghhh! Now I am angry.
3. [Heartless] - ... (They just don't feel anything at all. Heartless, yeah)
Anyhow, I would really appreciate it if you do click like on all my each post starting from my very 1st one on 2007 until now.

Holiday's just started. Gonna be back home in a few days. Today, let's go to Lowyat. I'm thinking of buying a broadband modem as the WiFi here is too damn good at making we, users, frustrated. Hurm, maybe there will also be a post about WiFi here. I don't know, just hope then. Oh, I might also need to find a power supply for the broken computer at home. Till later.

Okay, like this one!

via tumblr


Hari Ni Merdeka Final Exam, Esok Raya

5.31 petang tadi, final examination untuk semester 1 akhirnya berakhir (bagi aku la, orang lain ada yang ada paper lagi sampai rabu depan, khamis pun mungkin ada. hahaha) Tak kisah, tak kisah. Yang penting aku dah habis.
by SerdarCelebi at DEviantArt
So, there's no more biology and chemistry for the next semester. Math and Physics pulak. Cam rindu pulak math and physics. Tapi aku tak pasti setakat mana rindu tu akan bertahan sebelum bertukar jadi benci. Yelah, mana taknya. Habis je exam math tadi, berapa orang yang frust hancur jiwa raga. Ada jugak yang bimbang kena repeat Math 1 for the next sem sampai hancur luluh harapan nak buat 1 year foundation. Tapi harapan beliau bersinar kembali bila dengar ada je yang ambil dua level Math sekali dalam satu semester (Math 1 and Math 2 or Math 2 and Math 3). Apa-apapun, kesahihan maklumat ni tak dapatlah dipastikan. Nak tahu, tanyalah sumber yang boleh dipercayai seperti academic adviser masing-masing. Seriously, sape nak ulang course kowt? Ish, tak nak tak nak. Aku tak nak jadi tua kat sini je. Jalan hidup aku jauh lagi ecece.

Bila fikir-fikir balik, last aku betul-betul layan Math pun masa Form 3. Semangat betul waktu tu nak habiskan semua soalan dalam buku latihan, siap compete lagi dengan member sape dah banyak buat. Tapi lepas PMR je semua macam hampeh haha. (Aku la) Insaf. Insaf. Isk.

by MasqueRadesGirl243 at DeviantArt
Paper biology macam okey lah kot. Yang essay nasib baik ada keluar pasal lac operon dan transcription. Ada la jugak point aku nak mengarut. Chemistry pulak, macam haram haha. Jawab pun macam takde perasaan.

Bila dah habis exam ni, aku teringat pulak waktu muda-muda nak start final exam dulu, semua orang nak tunjuk exam slip masing-masing. Upload facebook la, blog la. Aku pun tergerak gak nak buat, tapi just tergerak je la. Aku tak buat, aku tak buat. Dah tu, bila sampai je kolej lepas dua minggu bercuti raya sakan, dapat jumpa member apa sume, masing-masing compare.
Weh, venue ko katne?
Weh, nombor seat ko berape?
Ala, jauh kot seat kita. Rindu la aku kat ko nanti.
Tapikan, ada nombor seat pun macam takde je. Masuk je exam hall, sume free sitting. Entah kenapa la diorang assign nombor seat kan? Dah dah, cukup pasal exam.

Dan esok RAYA!!! Ya,17 Syawal 1431, raya. Sape nak raya sekali, jom. Tapi kalau korang tak habis puasa lagi, sorryyy, better luck next time. Yang tak puasa tu, lagi la. Eeee, tak puasa ada hati nak raya. Malu kat adik aku.

Peringatan untuk diri : Kau lactose intolerant (kot)

*update*
Lepas je aku publish post ni tadi..
POM!
Bunyi mercun kedengaran dari arah area berdekatan court UKC. Tak semena-mena, jeritan manusia memaki hamun dari bilik masing-masing menyambung bunyi mercun tersebut. Mana taknya, tertekan kot. Esok nak exam, malam ni kena la study tapi ada pulak yang nak buat kacau. Sape tak marah kan. Tapi macam best je diorang jerit-jerit tadi sampai aku rasa nak jerit-jerit gak haha. Tapi aku tak buat, aku tak buat. Yang tadi okey la jugak, diorang main kat luar. Tapi kalau ada yang bengap sangat, diorang main dalam hostel lagi. Dah tu meletup pulak kat depan pintu bilik aku. Nasib baiklah aku ni seorang yang penyabar.

Eh, best sangat ke sunway? Ape sangat la ada kan? Adios.

Pawned

via tumblr
Afraid that is so not me. Geez. So, that's is bad, and I know it's bad. That should be sad, but there's no sign of upset. Everyone has worked it up, but I'm just gonna screw up.

Anyhow, tomorrow's gonna be busy, even more for the next days. So, let's pray that I will get totally disconnected for the whole week. For the whole damn week.

The One with Rachel's Going Away Party [10.16]
Ross: I don't get a goodbye?
Rachel: What?
Ross: Everyone gets a goodbye but me? What've I got to do to get a goodbye? Be best friends with you? Go out with you? Have a baby with you? Oh wait a minute, wait a minute, I did all those things!
***
Rachel: You really think I didn't say goodbye to you because I don't care?
Ross: That's what it seemed like.
Rachel: I cannot believe that after ten years you do not know one thing about me!
Ross: Fine. Then why didn't you say something?
Rachel: Because it is too damn hard, Ross! I can't even begin to explain to you how much I am going to miss you. When I think about not seeing you every day, it makes me not want to go. Okay? So if you think I didn't say goodbye to you because you don't mean as much to me as everybody else, you're wrong. It's because you mean more to me. So there, all right? There's your goodbye.
via tumblr
For some, happy flying to Mansourah. So, till later Emma.

p.s :
via tumblr


The 3rd Day of Raya is Gone and It's Fantastic

Been reading those last posts, and I've just noticed that most of are so full of nonsense, crappy things and topics. Especially the one right before this. Haha. And, oh, people (read:you) read them. Uh, I don't know how much crappier that would be. Haha. No offense!

So, there's no nonsense post today but I've come across a tumblr page and ended up reading a dialogue somewhere else..
[Hermione has run off from a Quidditch celebration party after seeing Ron kiss Lavender Brown. Harry finds her in a classroom with some birds flying around her.]
Hermione: (Her voice sounding choked up from crying) Charms spell. I'm just practicing.
Harry: Well, they're really good. (sits down)
Hermione: (tearfully) How does it feel, Harry? When you see Dean with Ginny? I know. I see the way you look at her. You're my best friend.
[Ron and Lavender come running in, laughing. Harry glares at them.]
Lavender: Oops! I think this room's taken! (runs off)
Ron: What's with the birds?
[Hermione stands up angrily.]
Hermione: Oppugno.
[Ron runs off and the birds chase him, crashing into the door. Ron leaves. Hermione sits down and starts to cry again.]
Harry: [As she sobs into his shoulder] It feels like this.
So that is a scene from Harry Potter and the Half-Blood Prince that I fond of. Not that because it means anything to me (it does not) but it's because of the drama in it. Seeing that I've grown up with Harry Potter, that also reminds me of being a younger person in those days, and missing it (HP). (But not gonna relate it with Illuminati and such here, no) Geez, I want to make those birds.

by icanread at tumblr
Oh gosh. That is hard to answer the first, though it's not as hard as the second. Even harder when it is turned other way around.
Who are you gonna be?
Although, yeah, I'm not taking it as hard as I should.

Haiz. I should stop updating blog. Till later.

p.s : All that I really want to say is actually in the title.


Lepas tu, three : Cerita, Cinta, Kahwin.

2 Syawal dah habis, datang pula 3. Kemudian 4, 5 dan seterusnya. Macam biasa, bila raya, berkumpullah sekalian manusia bersama terutamanya yang susah sangat nak jumpa lagi-lagi yang setahun sekali je nampak muka. Err, mungkin dua, Aidil Adha sekali. Masa ni jugalah nak lebih kenal kerabat-kerabat yang tak berapa nak kenal dan rapat. Habis je raya tak kenal dah. Raya sekali lagi berkenalan pulak haha.

Alkisahnya, keluarlah macam-macam cerita. Raya kali ni, banyak pulak dapat dengar cerita. Cerita itu la, ini la. Cerita best, cerita tak best. Cerita saspen, cerita yang memanaskan hati. Macam, cerita betapa terseksanya orang yang terpaksa tahan telinga Bum! Bam! Bum! Bam! dengar bunyi mercun yang korang main; yang ada anak kecil, lagi-lagi masih dalam pantang. Alaa, raya puasa setahun sekali je, bukan selalu pun, kata korang. Memang, pandai betul. Tapikan, agak-agaklah kan, apa agaknya perasaan diorang? Tak rasa berdosa ke? Haa. Tu dah panas tu. Nak lagi panas dan membencikan bila dapat tahu orang yang patut direspect serespect-respectnya rupa-rupanya lagi teruk dari kita sendiri (Cerita lain). Haish! Tak tahu nak kata apa. Biarlah, lupakan saja. Oh ya, aku tak cerita. Aku pendengar yang setia je. Hehe.

Raya kali ini jugak, kurang gambar dari tahun sebelumnya. Kamera aku meroyan tak tentu pasal doh. Skrin rosak kot. At least dapat jugak snap gambar family yang bercampur biru hijau disebabkan oleh komplikasi yang dihadapi terhadap tema hijau

by Moussee at DeviantArt
Kisah lain pula, tahun ni, dah makin ramai kawan aku yang gatal nak kahwin. Yela, dah habis SPM kan. Yang hantar (banyak forward je) mesej-mesej raya tu, sikit-sikit daripada Fulan dan isteri, Fulan dan anak-anak, Fulan dan mertua. Nasib baik takde sekali yang dengan cucu cicit. Amboi.. Gatai noo. Tapi tak boleh nak salahkan korang jugak. Aku pun terasa juga. Fitrah kot haha. Dah tu ada juga yang hantar..
slmt ari ryo diucapkan kpd abangggg pa'aannnggg, bni2, dan ank2...
Aku tak buat, orang lain pulak buat. Nak suruh kahwin awal-awal ke? Haha. (Tanak komen part bni2) Parents aku okey je, diorang steady hahahahahahahahaha. Tapi aku dah kena marah dengan pak sedara, katanya tak payah menggatai nak kahwin awal. Kalau dah 25 - 28 tahun nak kahwin, kahwin la. Yela, tempoh waktu yang ideal bagi lelaki, generally. Tapi kena tengok juga masa depan aku macam mana. Haish. (Hahaha takleh blahh)

by LimpidD at DeviantArt
Bila sebut kahwin, pasti ada kaitan dengan cinta, kan? Kahwin paksa mesti korang pernah dengar kan? Pernah dengar cinta paksa tak? Sesungguhnya inilah yang sedang berlaku terhadap aku. Tak lama kitorang akan diijabkabulkan, secara paksa! Okey, maksud paksa di sini bukanlah aku taknak kat dia, tapi mungkin masanya masih belum sesuai buatku. Orang lain mungkin boleh nak bercinta bagai nak rak walaupun diorang kahwin sekali dengan aku. Tapi apakan daya, tidak mudah untuk hati ini menerimanya. Aku lemah. Aku culas. Jangan bimbang, akan kucuba! Silberberg, Campbell, dikaulah pengarang jantung hatiku. Dikau jugalah hidup dan mati Chemistry dan Biologyku.

Oh, ya! Entri ini bukanlah untuk kenakan sape-sape, bukan nak marahkan sape-sape. Janganlah terluka, janganlah terasa, tuan blog bergurau-gurau saje (Batang hidung sendiri pun terkena juga). Jadi, harapnya kita baik-baik saje. ;D (Dah la baru je minta maaf)

Sekian.

p.s : entah kenapa topik kali ini merapu meraban je

Episod Baru : Salam AidilFitri, Salam Syawal 1431H

Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Akhirnya. Laungan azan Maghrib tadi menandakan berakhirnya perjuangan sekalian umat Islam seluruh alam bagi bulan Ramadhan 1431H. Maknanya juga, Syawal telah pun tiba dan bermulalah episod baru perjuangan harian, dengan cabaran yang juga baru. Okay, pos ini amatlah tipikal sekali tapi Aidilfitri ialah hari kegembiraan orang yang berpuasa, so tak salahlah kan?

Mengaitkannya dengan kegembiraan, aku taknak bangkitkan perkara-perkara yang menyedihkan walaupun, ya, bagi sesetengah orang ianya berlaku, tak dapat dielakkan. Come on, cheer up. Hadirnya satu sebab untuk bersedih, tak bermakna tiada  sebab dan hak lain untuk tidak bergembira, sekurang-kurangnya sedikit.

 Tahun ni, seperti juga beberapa tahun kebelakangan ini, aku tak merasa menganyam ketupat dan membungkus tapai. Tinggal kenangan sajalah, setakat ini. 

by MohdZaidy at Flickr
Tiba je hari raya, semua sibuk nak mintak maaf itu dan ini.  Dah jadi adat, macam ni lah. Ada jugak yang sanggup peram ungkapan maaf berhari-hari, berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan lamanya semata-mata nak mintak maaf di Hari Raya. Yelah, kalau di Hari Raya takdelah terasa sangat tercalar ego kot.

Apa-apapun, aku nak mintak maaf jugaklah sempena Hari Raya ni. Better late than never orang putih kata. Tambah-tambah yang tak sengaja, mana la tahu kan.

Kepada kedua ibu bapaku, (walaupun aku tahu diorang tak baca blog ni) diri ini ingin memohon ampun dan maaf dari hujung partikel rambut sampai ke hujung partikel kaki atas segala salah dan silap sejak hari pertama diri ini hidup tanpa umbilical cord hinggahlah sekarang. Maaflah sekiranya diri ini bukan seorang anak yang cukup baik. Ampun dan maaf kupinta. Adik-adik pun samalah. Bila besor nanti jadi budak-budak baik macam abang korang ni tau, tapi kalau boleh biarlah lagi baik. Sudah-sudahlah korang main mercun segala benda kat luar rumah tu. Dah naik serabut telinga ni mendengarnya. Kalau guna duit mercun tu buat beli sundae kat abang korang ni kan best.
by Rafei3 at DeviantArt
Kepada kawan-kawan, di dunia realiti mahupun maya, diri ini juga ingin memohon kemaafan andai ada tersilap bicara, terguris rasa. Janganlah dipendam lama-lama, nanti iakan basi rosak di dalam diri. Maaflah juga kerana tak dapat jadi seorang teman dan sahabat yang baik. (Ya, aku tahu aku bukan seorang sahabat yang baik) InsyaALLAH ikatan kita bukan setakat di sini saja. Kepada rakan-rakan yang berada di bumi orang, semoga kalian gembira di sana walaupun dirundung kesedihan tak dapat bersama keluarga tercinta. Sekurang-kurangnya kalian dapat menghargai apa yang kami lalui jauh berbanding yang lain.mungkin. Yelah, dah jauh semakinlah terasa kan?

Entah kenapa, hati ini terasa untuk menikmati Syawal kali ini sebaiknya. Mungkin kerana semua kenalan sudah dan akan membawa haluan masing-masing. Masa begini sajalah semua dapat berkumpul semula, tak macam dulu lagi. Tambah-tambah yang jauh. Entah bilakan jumpa lagi.

by Sara-M at DeviantArt
InsyaALLAH, sekiranya diizinkan Ramadhan kan menjelma lagi buat kita. Namun, janganlah ditunggu Ramadhan saja. Ajal kan datang bila-bila masa.

Kullu 'am, wa antum bi khair. Wassalam.

Farhan Mohamed.
1 Syawal 1431H.

p.s : okeyh, emosi untuk pos ni secara tak sengaja hilang sebab aku tengah layan lagu sayu. aduyai. 
p.s.s : tahun ni, rasa cam awal pulak manusia-manusia forward mesej-mesej raya.


Sepuluh

Empat belas tolak sabtu tolak ahad tolak isnin tolak selasa sama dengan Sepuluh. Huh? 10 hari je lagi tinggal sebelum bertolak ke Petaling Jaya balik. Hopalosweyloklasss. Sekejapnya laa. Tak pueh lagi tidur atas katil sendiri. Tak pueh lagi goyang kaki. Tak pueh lagi enjoi enji.

Tadi da cuci PC da. Confirm! Banyak woo habuks dan debus. Sekali kumpul-kumpul siap nampak cam gula kapas lagi. Bercakap pasal gula kapas yang gebu ni, teringat pulak time kecik-kecik dahulu kala. Dulu, kerap kot pergi pantai, selalu ada gula kapas. Yang paling ingat Pantai Irama. Kat situ ada mini train untuk budak-budak naik. Pendek je  mini train tu (Da nama pun mini). Berapa gerabak je kot. Dah ler pusing-pusing dalam bulatan kecik. Bila dah besar ni, pikiaq punya pikiaq rasa cam tak cerdik la jugak tapi ye la, budak-budak kan. Takde la cerdik sangat. Kalau dapat naik tu, mahunya senyum berbunga-bunga dari awal sampai habis sambil lambai-lambai orang kat luar yang sedang tengok.

by ThomasDian at DeviantArt
Selain itu, kat situ ada jugak kereta ngan motor elektrik berkuasa bateri kat situ. Entah korang faham ke tak, aku tak tahu la tapi korang layan je la. Masa kecik-kecik dulu tu, boleh lagi la naik benda tu main pusing-pusing dalam kawasan berdiameter tak sampai 1000cm tu. Yang bestnya, kalau langgar-langgar orang kat situ takde bimbang-bimbang nak kena bayar gantirugi (sebab tak rosak pun), tak bimbang nak kena saman walau tak pakai topi dan tali pinggang keledar mahupun melebihi had laju (sebab takde polis pun) dan sebagainya. Rindu la pulak kisah aku dan pantai. Tapi ye la, tu dulu-dulu boleh la. Adik baru seorang dua. Sekarang dah ramai. Tapikan, bukan la disebabkan bilangan adik pun. Hakikatnya aku dah semakin berusia.

Eh, jauh Merapoh dari kisah gula kapas PC. Berbalik kepada kisah PC, lepas aku cuci bersih-bersih tu, terbongkar la pulak bahawa Power Supply tu cam da KO do. Yela, sejak 2004 lagi kot. And I was like, whatthefff...Okay! That's is so not allowed sebab ada silent readers yang bawah umur lagi (plus, aku tak pandai la nak cakap benda-benda macam ni. [E'eleee]), walaupun most of the incoming traffic adalah disebabkan satu tutorial yang aku buat. Eh, tak, aku tak buat, just persembahkan balik orang punye je untuk difahami dari sudut yang lebih berbeza. (Bajet)

Ha! Mungkin aku boleh buat tutorial photoshop untuk upkan traffic blog ni. Yang cikai-cikai pun ok rasanya. Ramai je newbies kat luar sana nak start belajar. Tapi mixing it with personal posts, tak professional kot. Tak boleh, tak boleh. Dari kisah gula kapas, bercakap pula tentang traffic ni, teringat pulak dulu cam tergila-gila ngan blogging. Nak naikkan traffic la, pagerank la, main keywords la, SEO la, Adsense la and entah ape segala benda pun aku tak ingat. Tapi seingat aku la kan, semua benda tu tak asyik tak jadi je kot. Yela, tak konsisten. Ni yang jadi masalah ni. Haish.

Ah, sudahh. Banyak imbas kembali pulak entri kali ini. Tapi okey jugak kot. bertepatan dengan niat aku mula berblog dahulu kala : nak baca balik bila da tua-tua bersama anak cucu cicit. Dari entri yang tak puks dan entah apa-apa sampai la sekarang (tetap dan semakin tak puks). Dalam pada itu, ada satu ketika ni aku pergi  berjalan-jalan menghirup udara segar di facebook. Terjumpa la pulak album senior waktu sekolah-sekolah dulu, mengingatkanku kembali kepada kisah kad raya.

  
Aku Korang bila lagi? (Banyak la kau. Kudozu pun belum lagi)

---

*update*
Da lupa lak dialog ni. Baca-baca pos lama best gak :D
I was talking to my lil sis, who was on her so called horse.

M : Kuda adik da mandi ke?
She : Tak, dia tak nak mandi
Me : La, nape pulak?
She : Dia tak nak kena sabun.
Me : Banyak songeh la pulak. Syampu?
She : Syampu pun tak nak. Nanti pedih mata dia.
Me : Beli la syampu yang tak memedihkan mata.
She : Takde, sumenye pedih.
Me : -.-" Kalau camtu berus gigi je la.
She : Berus gigi pun tak nak. Ubat gigi pedas.
Me : Laa, guna la Kodomo Lion. Kan tak pedas.
She : Takleh, yang tu pedas jugak.
Me : Seyh, budak nih. Kalau camtu kita sembelih aje la kuda nih. Buat gulai.
She : Takleh, takleh, dia dah nak mandi dah ni.
Me : Ye ke? Bagus la kalo gitu. Da syampu ke?
She : Da syampu dah.
Me : Sabun pun?
She : Ya.
Me : Berus gigi?
She : Tak, dia kata ubat gigi pedas.
-.-"


p.s : Skang ni musim lagu ni kat bilik aku. Lentok gak.
p.s.s : Title posts aku entah pape la kan?

Di Pagi Hari

Ibuku : Anis, Abe Long balik ni. Mari la tubik.
Anis : Kejap. Nok mekap meta.
Peh, bermekap-mekap la pulak adik bongsuku sorang ni. Tak padan dengan umur 4 tahun haha. Maju betul budak-budak zaman sekarang. Mentang-mentang la dia dapat barang kosmetik baru. Tapi takde la yang brand L´Oreal, Maybelline and ape sume tu. Ala, yang untuk budak-budak tuu. Leh beli kat kedai runcit je kot. Tak biasa la beli barang-barang kosmetik ni. Takde brand pun aku rasa haha. Dan seperti biasa, lepas tu dia mintak nak tengok Upin Ipin. I knew it!
by AnubisGraph at DeviantArt
Ya! Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah 8 pagi tadi. Lewat dowh. Mana taknya, banyak tempat berhenti kat tengah jalan tadi nak muntahkan manusia-manusia dari perut bas. Ah, itu tak penting. Rumahku syurgaku cewah.

Da sampai kat umah ni, teringat pulak kata-kata hikmah Mr Ng.
Buat revision awal-awal. Bila da sampai rumah, selalunya students tak study. (Camni la lebih kurang)
Dan ternyata, sampai-sampai je kat umah ni da ada benda mengganggu. (Ye la kunun) PC ni tetiba pulak meroyan tak tentu pasal dan hala. On kejap, tengah best guna-guna, dia ter-off. On kejap, tengah best-best guna, dia ter-off. Dah lepas tu aku on, bunyi kipas jap dan tetiba senyap. Ler, tak nak hidup la pulak! Tapi aku tak putus asa dan bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. So, aku pun paksa dan dera-dera PC ni sampai hidup. (Tekan button power banyak-banyak kali. Haha. Tapi bukan tekan-tekan tak cerdik laa)

Harap-harap okay la kot lepas ni. Maleh betul la nak main benda-benda camni. Nak bukak situ sini detect problem, entah jumpa entahkan tidak. Kata-kata Mr Ng benar-benar terkesan kepada aku. (Banyak la kau) Tapi, tadi, bukak CPU tengok PERGH! Berhabuk di sana sini. Nak kena cuci kot. So, takleh nak salahkan aku la kan? PC ni yang salah. Aku taknak tapi dia paksa. Ohh.

Jap tadi da ada orang ajak keluar dah. Tapi sorrylah, hari ni takleh lagi huhu. Backup tidur atas bas pun tak setel lagi haha. Orait.

Adios! By TwinFools at DeviantArt
p.s : wawawa, bestnya internet kat umah.

Hantu? Mayat? Oh, apa-apalah

Alhamdulillah! Siap jugak assignment Chemistry (yang nak kena hantar hari ni and baru start dibuat semalam) So, seperti yang kalian semua sedia maklum, raya dah semakin dekat, puasa pula dah nak habis, dan seperti yang dikhabarkan dalam pos yang terdahulu, final exam pun dah mula menghantui mimpi-mimpiku di malam hari.

By Topher Graham at Flickr
Bercakap Menaip tentang puasa, sejak awal puasa tempoh hari, aku tak pernah lagi rasa emotional breakdown (Mak aii, melampau betul hiperbolanya) sebegini rupa seperti hari ni sebab tak terbangun sahur walaupun dah beberapa kali kejadian tersebut berlaku sebelum ni. Sumpah.(Ada la sebabnya hehe)
Emotional breakdown (used to be known as a nervous breakdown or 'bad nerves' or in other word mental breakdown) is a non-medical term used to describe an acute, time-limited phase of a specific disorder that presents primarily with features of depression or anxiety
Okey, betul. Aku memang golongan pelampau. Tak terbangun sahur sebab assignment Chemistry punya pasal lah ni. (Oh, assignment pulak yang dipersalahkan. Kesiaan ) Maka, secara automatiknya dan tanpa fanatiknya hilanglah keberkatan sahur untuk hari ke 24 Ramadhan 1431H. Haisyy. 10 hari terakhir pulak tu.

Disebabkan malam ni aku akan bertolak pulang ke Kelantan, (bye bye kepada siapa-siapa yang balik lewat tu hehe) aku pun terasa nak mengongsi satu cerita. Nak dijadikan cerita yang entahkan lawak entahkan tidak, bilik kitorang ni didiami oleh 4 homo sapiens. So, disebabkan 4 homo sapiens, bilik ni (oh ya, aku sedang menaip dalam bilik) pun dibahagikan kepada 4 bahagian dipanggil compartments. Bahagi cane tu tak penting. Yang pasti, ianya tak dibahagikan seperti cubicles kat tandas hostel okayy.

Maka tersebutlah satu malam, aku dengan roommate A (bukan nama sebenar) sedang tengok movie 17 Again. Memang best ah movie ni (aku baru tahu), banyak kot babak-babak pecah perut (dan boleh di-stitch balik). Kalau bab gelak-gelak ni, memang leh bagi la kat si A. Aku just sebagai backup laugher je. Pukul 3 pagi waktu tu.

Masa tengah syok.org layan cerita tu, tetiba kitorang dengar..
Ahhh! Ahhh!
Cuak woo masa tu. Dua bijik mata aku tak semena-mena terpaku pada susuk tubuh roommate B melompat-lompat dari katilnya ke bahagian tengah bilik. Raut wajahnya pada waktu tu jelas berbeza daripada biasa. Pucat. Kalaulah bukan sebab soalan-soalan Dia okey ke? Dia kena rasuk ke? Dia nak datang cekik aku ke?? berputar-putar dalam kepala aku, confirm aku kasi gelak kaw-kaw untuk part dia lompat-lompat and jerit-jerit tu. Cuak. Cuak. Gedebar ore kelate kato.

In a fraction of a second, si B pun datang meluru ke arah kitorang dan dengan selamatnya landing di atas katil aku tanpa apa-apa kecederaan. Disebabkan aku tak dicekik dan masih boleh bercakap, aku pun tanyalah kenapa beliau beraksi sedemikian sebentar tadi. Katanya dia dapat mimpi ngeri yang ada tangan-tangan mayat pegang dia yang sumpah macam real. Katanya laa. In a fraction of a few seconds, dia pun berjaya menstabilkan emosi dan berhasrat menyambung tidurnya kembali, dengan lampu compartmentnya terbuka. Aku dan A pula sambung tengok movie.

by Megan Emerick at Flickr
Beberapa malam kemudian, kejadian yang sama berulang, cuma modus operandinya yang berbeza. Aku dan si A sedang tengok movie lagi manakala si B datang landing atas katil aku lagi dengan penuh cuak. (Kali ni takde part lompat-lompat, maka keinginan nak gelak berkurang dengan mendadaknya berbanding tragedi pertama) Kali ni pulak, dia kata dia terjaga dari tidur dan terdengar suara berbisik dekat telinganya..
Dia dah bangun! Dia dah bangun!
Seperti kes pertama, dia berjaya menstabilkan emosinya sekali lagi dan menyambung tidurnya. Kitorang tak pasti apa sebenarnya yang berlaku sebab orang lain tak pernah kena pun. Aku tidur sorang-sorang pun takde pernah kena apa-apa. Mungkin itu hanya mainan tidur B. Ish, boleh pulak dia main-main waktu tidur. Namun, yang pasti, sejak kejadian tersebut, bilik ni tak pernah lagi diselubungi kegelapan. Setiap malam, waktu semua orang tidur, pasti akan ada satu lampu terbukak, datangnya dari compartment B. Sekian.

self-portrait as Jack & Sally from the Nightmare Before Christmas
by Jesse Draper at Flickr
Ini cuma entri bosan dan juga perpisahan serta selamat tinggal sebelum balik ke kampung halaman malam nanti. Cerita Fawwaz kat UKM lagi best kot. Title je gempak lebih haha. Apa-apa pun, aku tak packing lagi ni. Jadi, bagi mengakhiri pos kali ini, kusampaikan salam ucapan mesra (baca dengan nada dan alunan lagu Insan Bernama Kekasih - UNIC)
Assalamualaikum
p.s : B tak tahu pun aku tulis cerita ni. Nanti la aku bagitahu dia.
p.s.s : Sewaktu kejadian-kejadian tersebut, C langsung tak sedarkan diri.
p.s.s.s : Mood blogging yang sungguh baik nampaknya hari ni. 
p.s.s.s.s : *update* Oh, baru perasan!  Ini entri pertama untuk September!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...