Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Marhaban ya Ramadhan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda..

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”” (HR. Muslim no. 1151)
***

Pulut ikan masin? Biar betul. Sepinggan je pulak tu di atas meja. Seolah-olah memang untuknya. Rafique menggosok-gosok mata, tak percaya. Dahlah dah lama tak balik rumah sampai mengidam pulut ikan masin, tengok-tengok ada depan mata. Memang tak percaya.

Pinggan itu ditariknya lebih dekat. Baunya menusuk terus ke dalam nasal cavity. Allah! Mulut pun dah tak tahan dah. Tangan menggaul-gaul pulut dengan kelapa parut menjadi gumpalan sambil mulut terkumat-kamit membaca basmalah. Rezeki jangan ditolak. Tapi satu, sayang betul sorang je. Kalau ada isteri bolehlah main suap-suap macam Rasulullah dengan Aishah. Ish, silap betul. Pulut di tangan dibawa ke mulut yang terbuka tidak sabar.

Kosong. Tak rasa apa-apa. Rafique bingung. Mulutnya dibiarkan tak tertutup. Kosong. Pulut di hadapannya lenyap. Segalanya di sekelilingnya lenyap. Pulut di tangan juga lenyap. Kat mana ni? Otaknya cuba mencerna entah di mana dia berada.

Atas katil. Bantal di tangannya yang entah bila menjelma menjawab persoalan.

Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan

Opick - Ramadhan Tiba menerjah masuk corong telinga dari speaker laptop di atas meja. Astaghfirullah. Tangan kanannya meraup muka. Takkanlah sebab terlepas sahur tadi pun sampai terbawa-bawa ke dalam tidur. Sadis sungguh! Tapi bukan sahur je lah. Amal pun burnt sekali. Entah dah berapa kali agaknya. Yang hari ni, anggaplah ujian hari ketujuh Ramadan. Heh.

Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam


Irama Haddad Alwi mendendangkan Marhaban Ya Ramadhan pula menggantikan Opick. Ada suara budak-budak pulak tu. Macam comel je. Macam manalah bila dapat anak nanti. Ish, sempat lagi kepala ni! Tak cukup nak mengarut dalam mimpi je.

Jam di tangan dipandang sekilas. Dah nak Zuhur. Sudah-sudahlah tidur sunat.





"Tak Nak Puasa Esok"

via tumblr

"Ummi. Nana tak nak puasa esok." Kedengaran suara cilik di tepi telinga. Pantas dia berpaling mencari punca.

"Ah!" Hidungnya terlanggar hidung kecil di sebelah. "Nana!"

Ketawa Nana pecah terus, tergolek-golek dia di atas sofa tu kena geletek dek Ummi.

"Ummi! Tak nak dah! Tak nak dah!" Nana menuturkan dalam tawa. Umi ni kan. Hee!

"Okay, okay." Jemarinya berhenti di pinggang anak kecilnya itu. Senyum lebar masih tak lekang di bibir. "Kenapa Nana tak nak puasa esok?"

"Laparlah puasa Ummi. Letih. Nana tak larat." Dia buat muka.

Ish, pulak. Macam-macamlah budak ni. Sahur pun nak dekat masuk waktu Zuhur. "Semalam kan Nana puasa elok je?" Memujuk.

"Semalam Nana tahanlah. Tapi esok Nana tak nak puasa dah Ummi. Tak larat." Nana buat muka lagi.

Dia menggeleng kepala. "Alala. Manjanya anak Ummi sorang ni. Kalau Nana tak puasa nanti tak boleh raya. Ummi tak beli baju raya. Nak?" Bibirnya mengukir sengih mengusik.

"Alaaa." Sampai enam harakat ditariknya. Manja. Muncung ciliknya tu mahu sampai sedepa. "Abi, tengok Ummi ni!" Nana memanggil Abinya, nak menubuhkan pakatan.

Si Abi mengangkat muka dari kitab di tangan. Tersengih dia dengan drama anak dan ibu ni. "Abi sokong Ummi."

"Abiiiii!" Kali ni cukup dua belas harakat. Muncungnya dah makin panjang dua depa. Dia malas nak layan dah Abi dan Ummi yang sedang ketawa. Nak mogok bisu.

Pintu Taufik Untuknya

Alhamdulillah!

Tu je yang mampu diungkapkan saat melangkah keluar dari Annex 201. Midterm exam semester 2011/2012 dah berakhir. Lega!

"Faiz!" Irham menerpa dari belakang, merangkul bahunya. "Apasal paper BTQ tadi mudah sangat?" Berseri-seri muka menuturkan. Senyum pun aci sikit je lagi nak sampai telinga. Merdeka!

"Err..Entahlah" Faiz menjawab acuh tak acuh, tak berani nak cakap lebih. Memang la rasa macam senang jugak tadi. Tapi, tergelincir ke ujub, takabbur kang naya. Senang tak senang pun, apa special sangat group kitaorang sampai ada 4 invigilators bertukar syif dalam masa sejam? Ah, biarlah yang dah sudah. Lagipun, bolehlah jugak paper Basic Themes of Quran tu jadi pengubat hati yang lara dek penangan Physics 2 dengan Chemistry 2 beberapa hari lepas. Padan muka.

"Weh, kau buat apa hari ni Irham?" Paper semua dah habis. Tak ada lagi dah yang nak kena pulun. Dahlah hari ni hari Sabtu. Cuti hujung minggu pun ada exam. Haila.

"Entahlah. Tak ada apa lagi setakat ni. Tapi aku dah lama lah tak outing. Rasa macam dah jadi penunggu CFS dah." Jari membilang-bilang entah dah berapa minggu dia berkurung kat dalam CFS ni. Kalau keluar pun pergi pasar malam kat seberang jalan sana je setiap hari Selasa.

"Tu lah pasal. Aku pun. Turun Mid hari ni jom." Faiz mencadangkan. Dah lama tak sampai sana. Dah runtuh ke, dah tambah sepuluh tingkat ke, memang dia tak tahu.

"Orait. Set!"

***

Fuh! Lega! Penat! Letih!

Dia terus melabuhkan duduk di satu sudut MPH Bookstore tu. Mahu rebah pun ada. Nak sampai MidValley dari KL Sentral tadi pun masalah. Tunggu train punyalah lama satu hal, nak naik pulak kena berhimpit macam tin sardin kemek! Lelaki perempuan main rempuh je tak kira halal haram. Dah lama sangat berkurung sampai tak ingat dah azab naik benda tu macam mana. Masalah, masalah. Sumpah tak nak naik lagi dah waktu macam tu!

Chewing gum di tangan dibawa ke mulut. Irham tadi entah ke mana dari tadi. Kata nak ambik duit dekat ATM. Dia tak ambil pusing sangat. Matanya menyapu ke serata ceruk bookstore tu, terhenti pada manusia yang sedang membelek buku selang 3 rak darinya.

Rambut hitam lepas ke bawah, t-shirt hitam lengan pendek, jeans biru membalut bahagian bawah abdomen dengan selipar getah ala-ala selipar jepun tersarung di kaki. Ah, sudah! Ni lagi satu masalah bila keluar. Senang sangat nak dapat dosa mata. Astaghfirullah.

Anak mata cuba lari tapi terhenti pula pada buku yang dipegang si gadis. Macam pelik je.

"Peringatan..untuk..wanita..agar..tidak..terpedaya." Dia menuturkan satu, satu tajuk buku tu. Cover belakang macam aneh. Ada tulisan Tamil? Eh tak, tu jawi! Jawi? Ke Arab? Eh, tu kan..

Seksyen Agama.

MasyaAllah! Terkedu seketika. Moga Allah bukakan pintu hijrah dan pintu taufik untuknya.

Kalau nak kira, berapa ramai sangat anak muda macam tu nak cari agama. Even cari pun, berapa ramai yang terima, berapa ramai yang berada betul-betul atas jalan yang sepatutnya. Dah dapat hidayah tapi tak dapat taufik pun tak jadi jugak. Tu semua kerja Allah. Moga dipermudah untuknya.

Samalah dengan yang baca Hlovate pun. Ramai je yang kata best, inspiring, bla bla bla puji itu ini. Tapi berapa ramai yang betul-betul dapat mesej yang ingin disampaikan? Atau ianya sekadar macam novel biasa?

"Weh, kau tengok apa tu Faiz!"

Chewing gum di dalam mulut terus meloncat masuk ke dalam tekak. Irham!!!

***

Baca Contengan Jalanan di ambang Ramadhan kali ini. Memang kenalah.

via tumblr


Tangislah Diri Untuk Bidadari. Tangislah Seorang Suami.

Pembaca disarankan skrol ke pengakhiran entri dan memainkan lagu yang dikepilkan sebelum meneruskan bacaan.
***
"Anakanda ni dah gatal nak kahwin sangat ke? Kemain lagi nampak." Bonda membuka bicara pada suatu petang yang bening. Kahwin?

Sah! Mesti wall Facebookku sudah dilihat. Aku tersengih. "Ish, apa pula bonda ni. Tak adalah pun bonda."

"Tak ada? Ha. Eloklah tu. Belajar tu biar sampai habis dulu, biar dapat kerja apa semua baru boleh nak sara anak orang. Ni belum apa-apa lagi dah nak kahwin dah." Bonda meneruskan bicara. Ayat tipikal ibu bapa. Eheh.

"Ler, bonda ni. Mana ada. Kalau betul anakanda nak kahwin, anakanda bagitahu bonda betul-betul la."Sirius!

"Betul ke ni? Entah-entah dah ada girlfriend tak?"

"Ish, girlfriend pulak. Anakanda tak ada girlfriend pun bonda." Girlfriend jugak yang ditanya. Taknaklah girlfriend-girlfriend ni bonda. Mengumpul dosa. Baik kahwin terus.

"Tak ada? Betul?"

"Ya, betul."

"Sungguh?"

"Ya, sungguh."

"Betul ni?"

"Adeh. Betullah bonda. Bonda ni kan.." Heee!
***

Gambar ehsan agmnhob

Semuanya gara-gara Facebook ditambah pula dengan kerenah rakan-rakan yang mengucapkan tahniah untuk perkahwinan. Diri dijadikan mangsa hoax namun aku layankan saja. Haha. Mulalah itu dan ini bertanya, "Betul ke dah kahwin?" Lawak, memang lawak tapi berlarutan selama sehari saja. Bertepatanlah dengan istilah 'raja sehari'.

Tapi..kahwin? Sejauh manakah diri ini untuk memimpin? Sudahkah diri sendiri terpimpin? Diri sendiri cuba direnungi, cuba diselami, jauh ke dalam sana. Bagaimanakah diri?

Bak kata Harith, selengkap manakah 10 Muwasafat Tarbiyah dalam diri? Sekukuh manakah Matinul Khuluq? Sehebat manakah Mutsaqqoful Fikri? Sekeras manakah Mujahadatun Linafsi? Sebaik manakah Munazhzhamun fi Syu’uni? Allah! Jauhnya terasa untuk sampai ke sana.

Dan, kahwin? Seberapa mudahnya kalimah itu dipermain. Sedangkan di sebaliknya terlindung satu amanah yang besar, satu amanah yang berat. Namun, berapa ramaikah lelaki yang menangis kerana faham akan hakikat perkahwinan yang sempurna? Sedangkan ibadat sendiri tidak terjaga, ini nak jaga ibadat isteri bagaimana pula? Anak-anak pula bagaimana? Jadi orangkah mereka? Apakah diri sudah bersedia meninggalkan perkara-perkara lagha, agar terbina suasana islam dalam keluarga? Sedangkan daku sendiri tidak dididik ibu dan bapa untuk mendengar lagu karut itu ini. Mampukah dilakukan perkara yang sama? Tidak, kahwin tidak semudah berkata-kata. Kahwin bukanlah bahan jenaka.

Sesiapa yang nak kahwin tu, eloklah dengar lagu ini. Kenapa lagu ini? Dengarlah.



Dani Setiawan / Epicentrum - Mencari Bidadari

Bila yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna


Bila yakin kan tiba? Bila kan sabar menjadi bunga? Sampai bilakah penantian diri, untuk kejemputmu bidadari?

Ya, ya, ya, aku tahu lagu ini daripada novel Hlovate lama dulu tapi baru dengar. Sekian.

"Kitorang Tak Buat Apa-apa Pun"

Pap! Nyamuk di lengannya ditampar laju. Mati sang nyamuk serta-merta di tempat kejadian tanpa sempat mengucap. Banyak nyamuklah pulak kat luar ni. Nak tunggu kat dalam kelas sejuk sangat pulak aircondnya. Kelas-kelas kat blok E memang boleh buat orang jadi ice statue. Sejuk terlampau! Dipandangnya sekilas jam di tangan. Sudah pukul 9.15 malam, 15 minit lewat tapi bayang-bayang Madam Hajar belum pun kelihatan lagi. Entah jalan entah tidak kelas ganti malam ni tak siapa tahu.

Fahri memusing-musingkan handphone di tangan, kebosanan. Nyamuk mundar-mandir di depannya seolah-olah berkata, "Tangkaplah kalau boleh!" sambil ketawa jahat. Fahri menengadah muka ke langit melihat bulan penuh. Ekor matanya menangkap dua lembaga berjalan ke arahnya dari hujung koridor yang gelap. Mata Fahri mencerun memerhati dalam cahaya yang samar-samar. Siapa pulak jalan-jalan dalam gelap tu?

"Fahri, madam tak sampai lagi ke?" Hatim menyoal bila dah sampai dekat. Hazirah disisinya tak mengangkat muka menatap handphone.

"Belum. Korang bertiga ni dari mana pula?" Mata Fahri mencerun lagi.

"Bertiga?" Hatim tak faham. Ape pulak bertiganya si Fahri ni? Aku dengan Hazirah je. "Oh! Nak sindir akulah ni? Takpelah. Takpe.." Cis kau Fahri..

"Eh? Sindir pulak? Tapi betul apa?" Fahri laju membalas. Faham jugak rupanya. Ingatkan tak faham. Nak buat gaya kesian pulak tu. "Korang dari mana tadi? Buat apa?" Dia menyambung bila Hatim sekadar berdiam diri. Hazirah terus melangkah masuk ke dalam kelas, tak mahu terlibat.

"Kitorang jalan-jalan je tadi. Bincang something. Bukan buat apa-apa pun." Ah, nak menyoallah pulak!

Fahri mengangkat kening bertanya. Bincang something takkanlah tak boleh kat tempat lain. Dalam gelap jugak yang dicarinya. "Betul ke?"

"Betullah. Takkan kawan sendiri pun tak percaya?" Hatim menyoal balik.

"Macam manalah aku nak percaya kalau ada korang bertiga je jalan-jalan dalam gelap tu? Ada bukti ke?"

Hatim berdiam lagi. Tak tahulah sama ada tak terjawab ataupun malas. Fahri membuka mulut ingin menyambung.

"Come on guys. We're late already." Kehadiran Madam Hajar di pintu kelas mematikan ayat Fahri yang belum terkeluar.
by Lespaul950 at DeviantArt


"Aku Nak Couple Boleh?"

***

"GOOOOLLLL!!! YEAAAHHHH!!!"

Sorakan yang bergema di padang CFS menggegar seluruh pelusuk malam itu apabila entah pasukan mana berjaya menembusi gawang lawan. Kuat dan nyaring sungguh. Entah berapa desibel, Fahri tak tahu. Namun, nasib baik frekuensinya tidaklah sehingga merobohkan bangunan Mahalah Umar al-Khattab dan Mahalah Khadijah yang berdekatan. Bola kembali disepak-sepak di tengah padang, namun tumpuan Fahri sudahpun hilang. Dipandangnya Aziz dan Faiz yang masih khusyuk dengan perlawanan yang berlangsung. Mak aii, langsung tak berkelip mata.

"Weh, korang. Aku nak tanya koranglah." Fahri membuka bicara di tengah sorakan manusia.

"Ya? Apakah?" Serentak dua sekawan itu berpaling.

"Kalaulah aku nak couple kan, apa agaknya pendapat korang? Boleh tak?"

"Couple?" Sebelah kening Faiz terangkat. "Kau ni apahal? Tiba-tiba je tanya. Buat apalah nak couple? Bukannya ada faedah pun couple-couple ni."

"Entahlah kau ni Yie. Apalah sangat nak dibanggakan coupling tu. Buang masa buang duit je" Aziz menambah. Apa kenalah agaknya dengan kawan aku yang seorang ni? Senyap-senyap dalam hati ada taman? Heh.

Fahri tersenyum. "Eheh. So, korang kata tak ke ni?"

"Ye lah, tak. Kau ni pun, betul ke kau nak couple?"

"Haha. Takdelah. Aku tanya je. Nak tahu pendapat korang macam mana." Fahri tersengih melihat kedua-dua rakannya yang jelas bingung. Aku pun, ada ke patut. Memanglah korang jawab tak payah couple pasal korang pun tak couple. Sorang pemalu, sorang lagi macam tak bernafsu. Heh.

Fahri kembali mencari bola di tengah padang. Bicara pendek sebentar tadi berakhir begitu saja, berganti dengan jerit sorang penonton yang semakin kuat apabila bola menghampiri pintu gol dikemudi kaki penyerang lincah.

Sikit lagi.. Sikit lagi.. Sikit lagi.. dan.. GOOOLL!!!

***

"Ah, penat gila hari ni!" Munir merebahkan badan ke atas katil sebaik saja memasuki bilik. Letih!

"Memang. Penat amat!" Fahri turut merebahkan diri. Munir sempat mengelak daripada dihempap. Kalau tak, alamat retaklah tulang belulang.

"Kau tahu tak, tadi nasib baik Miss tak tolak markah lab aku . Syuk punya pasallah. Kerja dia nak buat bising je dalam lab tadi. Mana tak hangin Miss tadi." Munir lega betul.

Fahri ketawa. "Kau pun satu. Jangan dilayan sangat Syuk tu waktu dia nak buat hal."

"Ceh, aku pulak yang salah. Memang tak boleh diharap nak buat backuplah kau ni. Ape punya roommate daa."

Ketawa Fahri pecah lagi. "Takkan merajuk kot?" Dah macam perempuanlah pulak nak merajuk-merajuk ni. Geli aku nak memujuk. Perempuan? Soalan yang diajukan kepada Aziz dan Faiz tempoh malam terlintas di fikiran. "Nir.."

"Ye?" Dibalasnya bersahaja sedang mata menatap siling.

"Apa pendapat kau kalau aku nak couple?"

Munir diam seketika. Anak matanya beralih memandang Fahri dengan dahi berkerut. "Couple? Kau serius ke ni?"

"Aku tengah tanya kau la ni." Aku pulak yang ditanya balik. Haih.

"Bagi akulah kan, aku rasa tak payahlah kau couple."

"Ye eh? Mengapakah?"

"Yelah. Kadang-kadang, orang yang couple macam aku ni pun rasa lagi best kalau tak couple. Macam ada menyesallah jugak couple ni. Kalau couple masa ni pun, aku rasa macam tak kemana jugak. Kau pun fahamlah macam mana kan?"

Fahri mengangguk perlahan. Faham. "Kau pulak, kenapa kau couple?"

Sepi mengisi ruang bilik. Hanya bunyi kipas siling yang berkeriuk menjadi irama tengah hari tu. Kipas yang semakin meningkat usia, sebagaimana dua orang anak muda di bawahnya.

by Marielliot at DeviantArt

***

Trrrrrr.

Getaran telefon bimbit di atas meja belajar menyedarkan Fahri dari dunia Matematik yang bagaikan tiada penghujungnya. Dijelingnya Nokia X6 yang sedang menggedik-gedik. Tangan kanan Adib pantas menyambar. Pensel yang digenggamnya tadi entah sudah dilontar ke mana. Inbox SMS dibuka sebelum mulut mengoyak senyum sendirian. Fahri sekadar menggeleng melihat.

"Aweklah tu."

Adib sengih. "Biasalah bro." Jemarinya pantas menekan kekunci menaip balasan. Smiley comel wajib dimasukkan sekali.

"Weh, best ke ada girlfriend?"

Jemarinya terhenti di atas skrin. Adib mengangkat muka memandang Fahri. "Err, kenapa?"

"Takdelah. Aku nak tanya kau. Apa pendapat kau kalau aku nak couple? Boleh tak?" Dah masuk kali ketiga dah aku tanya soalan ni. Heh.

"Kau nak couple? Betul ke bro? Tapi, sejujurnyalah kan, aku rasa tak payahlah kau layan couple ni. Ramai bebudak yang couple pun sebab pengaruh sekelilinglah kot."

"Eh? Tak payah pulak? Dah kau ni?" Dia yang couple, dia pulak yang kata tak payah.

"Ye lah, aku ni antara yang terpengaruhlah. Bila tengok kawan-kawan couple, aku pun rasa nak couple jugaklah. Pengaruh rakan-rakan. Tapi selalunya girlfriend aku ni lah yang aku rujuk, bantu aku pasal cara-cara nak deal dengan perempuan. Aku bagitahu kau ni, tak payahlah couple."

"Ler. Macamlah tak ada orang lain yang boleh dirujuk. Tak semestinya kena couple."

"Tapi kalau kau nak couple jugak, boleh je." Pantas Adib memotong. "Asalkan kena caranya."

"Asalkan kena caranya? Macam mana tu?" Fahri ingin tahu. Bila ada benda yang membolehkan ni lah yang best. Eheh.

"Ala, yang kalau kau pergi dengar ceramah, talk apa semua tu, diorang kata nak couple boleh kalau tak hantar-hantar mesej, tak pergi dating dan apa jadah lagi. Yang macam tu lah." Couple Islamiklah katakan.

"Oh. Tapi kenapa kau tak pulak buat macam tu?"

"Aku ni tak cukup baik nak buat macam tu. Aku bukannya beriman sangat pun." Adib sengih.

"Ceh, macam tu pulak." Habis, belajar sekolah agama buat apa? "Kau sayang ke girlfriend kau tu?"

"Mestilah sayang bro. Dah nama pun girlfriend." Kalau tak sayang, takdelah aku nak bercouple dengan dia.

"Agak-agaklah kan, sayang kau tu membawa ke syurga tak?"

"Sampai ke syurga, insyaAllah." Ceh, nak pekena akulah ni. Jadah betul.

"Kalaulah kau sayang dia kan, kau tak pernah terfikir ke nak berhenti couple ni?"

Adib diam seketika. Berhenti? "Susah bro nak berhenti. Sebab benda ni berkait dengan soal hati. Susah. Susah."

Fahri tersengih. "Susah tu tak bermaksud tak boleh. Kalau kau cuba, insyaAllah boleh. Memanglah tak boleh berhenti tiba-tiba macam tu je. Makan masa jugak. Yang penting, cuba."

Adib diam lagi. Memang kenalah aku malam ni. Cis. "Yelah. Nanti aku cuba perlahan-lahan."

Senyum terukir di bibir Fahri. Dia kembali menghadap buku Matematiknya bilamana telefon bimbit Adib bergetar sekali lagi. 

***

Dan, begitulah manusia. Pandai menasihati lain insani, namun bagaimana dengan diri sendiri? Yang lain dinasihatkan tidak mencuba, namun kenapa diri sendiri dibiarkan terumbang-ambing dalam gelora? Ya, daku mengerti, bila dah mula, susah hendak dicari penamatnya. Ini soal hati, soal perasan. Namun, yang penting cuba. Pernah percubaan itu bermula? Tak boleh, diri tak cukup baik. Bila pula hendak jadi baik?

Bukanlah daku untuk berikan dalil itu dan ini mengatakan haramnya couple. Tidak kukatakan haram kerana hukum bergantung pada caranya. Klik dan bukalah nota ini untuk membuka minda. Segalanya nyata.

Apakah erti cinta andai tidak membawa ke syurga? Apakah erti cinta andai akhirnya neraka? Ya, daku terpengaruh dengan definisi cinta Hilal Asyraf. Benarlah dia demi Allah dan Rasulnya. Kesucian cinta kini diperkosa. Kalimah sayang suara manja ditabur merata. Apabila dengan A, cintakan A. Apabila dengan B, cintakan B. Sepuluh kali berpasangan, sepuluh kalilah bertukar sayang. Ah, murahnya ungkapan cinta tanpa akad yang jelas dan nyata.

Pernah daku terbaca komen seorang pembaca, yang aku lupa siapa, di SaifulIslam.com tentang cara untuk menjustifikasi amalan kita. Bayangkanlah, banggakah kita andai perbuatan kita diperkata, dizahirkan di depan Rasulullah S.A.W? Redhakah baginda dengan amalan kita? Lagi penting, redhakah Allah dengan perbuatan kita?

Apakah erti cinta andai tidak membawa ke syurga?
by BlackJack0919 at DeviantArt


Religious Tolerance Forum : Kenapa Agaknya Ya?

Gamat di dalam Dewan Al-Malik Faisal belum lagi reda walaupun jam menunjukkan sudah hampir tengah malam. Sungguhpun demikian, Forum Toleransi Agama kian sampai ke penghujungnya. Kalau bukan sebab kehadiran diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil subjek Religions In Malaysia pada semester ini, aku pun tak pasti adakah aku akan melangkahkan kaki ke dewan tersebut pada malam ini. InsyaALLAH, aku jejakkan kaki jua. InsyaALLAH.

Penonton masih terhibur mendengar. Penonton masih lagi dahaga. Dahagakan input-input yang bermanfaat. Dahagakan ilmu-ilmu yang pantas diserap hati. Ahli-ahli panel, Brother Fitri dan Brother Lim Joi Soon, serta juga moderator terbaik pada malam itu, Sifu Nasir, semuanya kelihatan masih lagi bertenaga.

"Saya nak tanya. Solat lima waktu sehari semalam itu wajib ke tak?" Suara Brother Lim Joi Soon memenuhi segenap ruang dewan.

"Wajib!" Jelas dan kuat jawapan dari para penonton yang hadir. Brothers dan sisters.

"Oh, wajib. Saya nak tanya. Puasa di bulan Ramadhan wajib ke tak?" Soalan lain pula diajukan kepada para hadirin.

"Wajib!" Jawapan yang sama bergema di setiap inci padu dewan.

"Oh, wajib jugak. Saya nak tanya lagi. Dakwah tu wajib ke tak?" Diajukan lagi soalan yang mirip sebelumnya.

"Wajib!" Para penonton masih tetap dengan jawapan yang sama.

"Oh, begitu. Kalau kita tinggal solat lima waktu berdosa ke tak? Dosa kecil ke dosa besar?" Brother Lim Joi Soon belum habis menyoal.

"Berdosa! Dosa besar!"

"Oh, begitu. Baru saya tahu. Kalau kita tinggal puasa Ramadhan, berdosa ke tak? Dosa kecil ke dosa besar?"

"Berdosa! Dosa besar!" Para hadirin tetap sepakat dengan jawapan yang sama. Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat.

"Oh, begitu. Baru saya tahu. Kalau kita tinggalkan dakwah, berdosa ke tak? Dosa kecil ke dosa besar?" Brother Lim Joi Soon menyoal lagi.

Ruang dewan sunyi seketika. Tiada gema jawapan yang menggegar dewan. Sekadar bisik-bisik di sana sini, mungkin.

Brother Lim Joi Soon mengangkat sebelah kening, menyoal. "Brothers? Sisters? Berdosa ke tak?"

Ruang dewan masih terus sunyi sementara Brother Lim Joi Soon menunggu jawapan. Sunyi, dan sunyi. Malaikat lalu orang kata.

"Tu lah masalahnya. Mengapa rasa berdosa tinggalkan dakwah itu tidak sama dengan rasa berdosa tinggalkan solat dan puasa? Sedangkan dakwah wajib, puasa dan solat pun wajib." Brother Lim Joi Soon mengajukan soalan, cuba membuka minda yang mendengar.

Kenapa agaknya ya? Kenapa?

***


Dakwah itu bermula dengan yang paling dekat dengan kita dan seterusnya semakin jauh, dan jauh. Ia bermula dengan ahli keluarga, kenalan, jiran, kawan sepejabat, rakan niaga hatta hinggalah kepada pemimpin tempatan mahupun antarabangsa. Di tahap manakah kita?

by IronKender

Bimbinglah dia, bimbinglah mereka, sambil-sambil membimbing diri kita. Janganlah masuk syurga sorang-sorang, masuklah bersama-sama.

Mengajak teman sebilik bersolat jemaah? Itupun dakwah.

Suatu Pagi Dalam Kelas RIM

by PDizzler

"Masa kecik-kecik dulu, saya selalu fikir..." Miss kembali laju berkata-kata di depan.

Seluruh isi kelas ketawa. Miss pun ketawa sekali. Entah ini sudah cerita yang keberapa waktu zaman kanak-kanaknya.

"Asyik-asyik cerita waktu saya kecik kan?" Dia menuturkan dengan senyum terukir di bibir. "Masa saya kecik-kecik dulu, saya selalu fikir.. Kenapalah saya tak dilahirkan pada waktu Nabi Muhamad. Kenapalah Allah tak wujudkan saya pada zaman tu. Kalau tak, bolehlah nak jumpa Nabi Muhammad. Bolehlah nak kenal Nabi Muhammad lagi dekat."

"Ada hikmahnya tu..." Suara Fatah kedengaran dari belakang, mencelah tak bersalam.

Sekali lagi seluruh isi kelas tenggelam dalam deraian tawa. Gamat.

"Memang la ada hikmahnya. Bila difikir-fikirkan balik, kalaulah saya dilahirkan waktu tu pun, tak semestinya saya antara golongan yang mengikut ajaran Nabi Muhammad. Lagi teruk, entah-entah mungkin jugak tergolong dalam golongan yang menentang ajaran Islam. Nauzubillahi minzalik. Sepatutnya, kita bersyukurlah sebab dah diberikan nikmat Islam yang pasti."

Topik Christianity tadi entah sudah tertinggal kat mana. Banyak sangat lencongnya. Namun itulah yang mengindahkan suasana dalam kelas ini. Ilmu-ilmu baru pula banyak sekali diperoleh dalam kelas Religions In Malaysia ini. Beberapa minggu lagi, berakhirlah kelas ini. Ah, sayangnya!

***

Christianity is centered upon the death of Jesus but in Islam, we focus more on the birth of Jesus, the Prophet who'd been conceived by the virgin Mary, the Prophet permitted by Allah to talk when he was a newborn baby in order to defend his mother.

So, why should it be the death of Jesus? If they, Christians, focus on the birth of Jesus, they would realize that their religion is corrupted. They would realize that the actual mission of Jesus being sent to humankind is not to redeem human's sin, no. He is a Prophet of Allah.
If there's no Original Sin, there would be no Christianity.
Miss, from her lecturer.


Teman dan Islam

by Tee-Pee

"Fakhrul! Apa khabar?" Bicara bermula usai sahaja Kafaratul Majlis dan surah al-Asr dibacakan. Suara naqib-naqib lain yang berdekatan masih lagi jelas kedengaran di aras dua masjid.

"Alhamdulillah. Kau bagaimana? Sihat." Soalan sama diajukan kembali.

"Alhamdulillah. Sihat jugak." Tangan kanan masing-masing bersambut salam sedang tangan kiri pula merangkul bahu, menepuk-nepuk perlahan.

"Lama tak jumpa kau. Padahal CFS ni bukannya besar sangat pun."

Zul ketawa. "Tu lah. Bukan main payah lagi nak jumpa. Study macam mana? Okey?"

"So far, Alhamdulillah. Okey lagi. Midterm exam pun tidaklah mengecewakan. Eheh. Kau pulak?"

"Alhamdulillah." Dia tersenyum. "Fakhrul. Minggu ni sebenarnya minggu last aku kat sini. Minggu depan aku dah keluar CFS dah."

Fakhrul terkedu. "Eh? Minggu last? Maksud kau?" Kenapa pulak dengan kawan aku ni. Tiba-tiba je.

"Ye, minggu last. Aku tak study kat CFS dah lepas ni. Tak sambung pergi UIA dah." Dia menjelaskan.

"Oh. Tiba-tiba je ni. Kenapa?"

"Tak adalah tiba-tiba pun. Memang awal-awal lagi dah rancang tak sambung kat UIA pun."

"Ler. Patutlah. Sejak mula-mula masuk sini lagi memang dah pasang niat nak keluar."

"Eheh. Yelah. So, kalau ada salah apa-apa selama kita kenal ni, aku mintak maaflah ye. Ada terkata apa-apa ke. Manalah tahu kan." Bahu Fakhrul ditepuk-tepuknya lagi.

"Ler. Mintak maaf apanye. Nak buat salah pun tak sempat lagi. Haha." Mana taknya. Boleh kata baru je lagi kenal. Sebulan? Dua bulan? Ke tiga? Jumpa pun selalunya waktu usrah je. Tu pun berapa kalilah sangat. Dia pun berapa kalilah jugak tak hadir usrah.

"Eheh. Tak apalah. Doakanlah aku nanti ya." Terukir senyum di bibirnya.

"InsyaALLAH. Kau pun. Doakan aku jugak." Senyum segaris terukir membalas.

Ahli-ahli usrah yang lain sudah mula beransur pergi mengambil tempat masing-masing dalam saf.

Dan begitulah sebuah perkenalan yang baru, terasa berat untuk dilepaskan. Sebuah perkenalan atas dasar iman. Benarlah. Baiklah kita jika berdampingan dengan yang baik. Berat untuk dilepaskan kerana Islam padanya jauh beza dengan Islam pada diri sendiri. Ramahnya memikat hati. Moga perginya Islam itu tidak meluntur dorongan Islam di hati sendiri.

***

"Weh, Erol, ada kawan aku sorang ni dia nak keluar CFS dah." Ujar Fakhrul bersahaja seraya dia merebahkan badan ke atas katil temannya itu.

"Eh, kawan kau pun nak keluar jugak?" Keningnya sedikit terangkat, cuba mendapatkan kepastian.

"A'ah.

"Ler, kalau macam tu samalah dengan Erfan. Erfan pun keluar jugak nanti." 

Uh? Fakhrul terdiam, membisu.


Kita Korban Apa?

Raya kali ni family sebelah mommy tak korban, tapi family daddy pulak, kontra dengan raya yang lepas. Tahun ni, dua kejadian korban, tempat berbeza, pada hari dan masa yang sama.
Lembu nombor tiga dalam kenangan. (A few years ago - 17 November 2010)
Layan budak-budak comel di pagi raya. Diorang ngah tengok lembu kena bunuh.
So, kita korban ape? Oh, lupa pulak. Selamat Harry Pot Hari Raya AidilAdha. Aku ada buat salah kat korang ke? Takpelah, aku mintak maaflah jugak, okey?
via tumblr
 The picture above gets me right on the face. Ah, rumit!

p.s : dua tiga menjak ni, banyak gambarlah pulak

Hari Ni Merdeka Final Exam, Esok Raya

5.31 petang tadi, final examination untuk semester 1 akhirnya berakhir (bagi aku la, orang lain ada yang ada paper lagi sampai rabu depan, khamis pun mungkin ada. hahaha) Tak kisah, tak kisah. Yang penting aku dah habis.
by SerdarCelebi at DEviantArt
So, there's no more biology and chemistry for the next semester. Math and Physics pulak. Cam rindu pulak math and physics. Tapi aku tak pasti setakat mana rindu tu akan bertahan sebelum bertukar jadi benci. Yelah, mana taknya. Habis je exam math tadi, berapa orang yang frust hancur jiwa raga. Ada jugak yang bimbang kena repeat Math 1 for the next sem sampai hancur luluh harapan nak buat 1 year foundation. Tapi harapan beliau bersinar kembali bila dengar ada je yang ambil dua level Math sekali dalam satu semester (Math 1 and Math 2 or Math 2 and Math 3). Apa-apapun, kesahihan maklumat ni tak dapatlah dipastikan. Nak tahu, tanyalah sumber yang boleh dipercayai seperti academic adviser masing-masing. Seriously, sape nak ulang course kowt? Ish, tak nak tak nak. Aku tak nak jadi tua kat sini je. Jalan hidup aku jauh lagi ecece.

Bila fikir-fikir balik, last aku betul-betul layan Math pun masa Form 3. Semangat betul waktu tu nak habiskan semua soalan dalam buku latihan, siap compete lagi dengan member sape dah banyak buat. Tapi lepas PMR je semua macam hampeh haha. (Aku la) Insaf. Insaf. Isk.

by MasqueRadesGirl243 at DeviantArt
Paper biology macam okey lah kot. Yang essay nasib baik ada keluar pasal lac operon dan transcription. Ada la jugak point aku nak mengarut. Chemistry pulak, macam haram haha. Jawab pun macam takde perasaan.

Bila dah habis exam ni, aku teringat pulak waktu muda-muda nak start final exam dulu, semua orang nak tunjuk exam slip masing-masing. Upload facebook la, blog la. Aku pun tergerak gak nak buat, tapi just tergerak je la. Aku tak buat, aku tak buat. Dah tu, bila sampai je kolej lepas dua minggu bercuti raya sakan, dapat jumpa member apa sume, masing-masing compare.
Weh, venue ko katne?
Weh, nombor seat ko berape?
Ala, jauh kot seat kita. Rindu la aku kat ko nanti.
Tapikan, ada nombor seat pun macam takde je. Masuk je exam hall, sume free sitting. Entah kenapa la diorang assign nombor seat kan? Dah dah, cukup pasal exam.

Dan esok RAYA!!! Ya,17 Syawal 1431, raya. Sape nak raya sekali, jom. Tapi kalau korang tak habis puasa lagi, sorryyy, better luck next time. Yang tak puasa tu, lagi la. Eeee, tak puasa ada hati nak raya. Malu kat adik aku.

Peringatan untuk diri : Kau lactose intolerant (kot)

*update*
Lepas je aku publish post ni tadi..
POM!
Bunyi mercun kedengaran dari arah area berdekatan court UKC. Tak semena-mena, jeritan manusia memaki hamun dari bilik masing-masing menyambung bunyi mercun tersebut. Mana taknya, tertekan kot. Esok nak exam, malam ni kena la study tapi ada pulak yang nak buat kacau. Sape tak marah kan. Tapi macam best je diorang jerit-jerit tadi sampai aku rasa nak jerit-jerit gak haha. Tapi aku tak buat, aku tak buat. Yang tadi okey la jugak, diorang main kat luar. Tapi kalau ada yang bengap sangat, diorang main dalam hostel lagi. Dah tu meletup pulak kat depan pintu bilik aku. Nasib baiklah aku ni seorang yang penyabar.

Eh, best sangat ke sunway? Ape sangat la ada kan? Adios.

Lepas tu, three : Cerita, Cinta, Kahwin.

2 Syawal dah habis, datang pula 3. Kemudian 4, 5 dan seterusnya. Macam biasa, bila raya, berkumpullah sekalian manusia bersama terutamanya yang susah sangat nak jumpa lagi-lagi yang setahun sekali je nampak muka. Err, mungkin dua, Aidil Adha sekali. Masa ni jugalah nak lebih kenal kerabat-kerabat yang tak berapa nak kenal dan rapat. Habis je raya tak kenal dah. Raya sekali lagi berkenalan pulak haha.

Alkisahnya, keluarlah macam-macam cerita. Raya kali ni, banyak pulak dapat dengar cerita. Cerita itu la, ini la. Cerita best, cerita tak best. Cerita saspen, cerita yang memanaskan hati. Macam, cerita betapa terseksanya orang yang terpaksa tahan telinga Bum! Bam! Bum! Bam! dengar bunyi mercun yang korang main; yang ada anak kecil, lagi-lagi masih dalam pantang. Alaa, raya puasa setahun sekali je, bukan selalu pun, kata korang. Memang, pandai betul. Tapikan, agak-agaklah kan, apa agaknya perasaan diorang? Tak rasa berdosa ke? Haa. Tu dah panas tu. Nak lagi panas dan membencikan bila dapat tahu orang yang patut direspect serespect-respectnya rupa-rupanya lagi teruk dari kita sendiri (Cerita lain). Haish! Tak tahu nak kata apa. Biarlah, lupakan saja. Oh ya, aku tak cerita. Aku pendengar yang setia je. Hehe.

Raya kali ini jugak, kurang gambar dari tahun sebelumnya. Kamera aku meroyan tak tentu pasal doh. Skrin rosak kot. At least dapat jugak snap gambar family yang bercampur biru hijau disebabkan oleh komplikasi yang dihadapi terhadap tema hijau

by Moussee at DeviantArt
Kisah lain pula, tahun ni, dah makin ramai kawan aku yang gatal nak kahwin. Yela, dah habis SPM kan. Yang hantar (banyak forward je) mesej-mesej raya tu, sikit-sikit daripada Fulan dan isteri, Fulan dan anak-anak, Fulan dan mertua. Nasib baik takde sekali yang dengan cucu cicit. Amboi.. Gatai noo. Tapi tak boleh nak salahkan korang jugak. Aku pun terasa juga. Fitrah kot haha. Dah tu ada juga yang hantar..
slmt ari ryo diucapkan kpd abangggg pa'aannnggg, bni2, dan ank2...
Aku tak buat, orang lain pulak buat. Nak suruh kahwin awal-awal ke? Haha. (Tanak komen part bni2) Parents aku okey je, diorang steady hahahahahahahahaha. Tapi aku dah kena marah dengan pak sedara, katanya tak payah menggatai nak kahwin awal. Kalau dah 25 - 28 tahun nak kahwin, kahwin la. Yela, tempoh waktu yang ideal bagi lelaki, generally. Tapi kena tengok juga masa depan aku macam mana. Haish. (Hahaha takleh blahh)

by LimpidD at DeviantArt
Bila sebut kahwin, pasti ada kaitan dengan cinta, kan? Kahwin paksa mesti korang pernah dengar kan? Pernah dengar cinta paksa tak? Sesungguhnya inilah yang sedang berlaku terhadap aku. Tak lama kitorang akan diijabkabulkan, secara paksa! Okey, maksud paksa di sini bukanlah aku taknak kat dia, tapi mungkin masanya masih belum sesuai buatku. Orang lain mungkin boleh nak bercinta bagai nak rak walaupun diorang kahwin sekali dengan aku. Tapi apakan daya, tidak mudah untuk hati ini menerimanya. Aku lemah. Aku culas. Jangan bimbang, akan kucuba! Silberberg, Campbell, dikaulah pengarang jantung hatiku. Dikau jugalah hidup dan mati Chemistry dan Biologyku.

Oh, ya! Entri ini bukanlah untuk kenakan sape-sape, bukan nak marahkan sape-sape. Janganlah terluka, janganlah terasa, tuan blog bergurau-gurau saje (Batang hidung sendiri pun terkena juga). Jadi, harapnya kita baik-baik saje. ;D (Dah la baru je minta maaf)

Sekian.

p.s : entah kenapa topik kali ini merapu meraban je

Episod Baru : Salam AidilFitri, Salam Syawal 1431H

Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Akhirnya. Laungan azan Maghrib tadi menandakan berakhirnya perjuangan sekalian umat Islam seluruh alam bagi bulan Ramadhan 1431H. Maknanya juga, Syawal telah pun tiba dan bermulalah episod baru perjuangan harian, dengan cabaran yang juga baru. Okay, pos ini amatlah tipikal sekali tapi Aidilfitri ialah hari kegembiraan orang yang berpuasa, so tak salahlah kan?

Mengaitkannya dengan kegembiraan, aku taknak bangkitkan perkara-perkara yang menyedihkan walaupun, ya, bagi sesetengah orang ianya berlaku, tak dapat dielakkan. Come on, cheer up. Hadirnya satu sebab untuk bersedih, tak bermakna tiada  sebab dan hak lain untuk tidak bergembira, sekurang-kurangnya sedikit.

 Tahun ni, seperti juga beberapa tahun kebelakangan ini, aku tak merasa menganyam ketupat dan membungkus tapai. Tinggal kenangan sajalah, setakat ini. 

by MohdZaidy at Flickr
Tiba je hari raya, semua sibuk nak mintak maaf itu dan ini.  Dah jadi adat, macam ni lah. Ada jugak yang sanggup peram ungkapan maaf berhari-hari, berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan lamanya semata-mata nak mintak maaf di Hari Raya. Yelah, kalau di Hari Raya takdelah terasa sangat tercalar ego kot.

Apa-apapun, aku nak mintak maaf jugaklah sempena Hari Raya ni. Better late than never orang putih kata. Tambah-tambah yang tak sengaja, mana la tahu kan.

Kepada kedua ibu bapaku, (walaupun aku tahu diorang tak baca blog ni) diri ini ingin memohon ampun dan maaf dari hujung partikel rambut sampai ke hujung partikel kaki atas segala salah dan silap sejak hari pertama diri ini hidup tanpa umbilical cord hinggahlah sekarang. Maaflah sekiranya diri ini bukan seorang anak yang cukup baik. Ampun dan maaf kupinta. Adik-adik pun samalah. Bila besor nanti jadi budak-budak baik macam abang korang ni tau, tapi kalau boleh biarlah lagi baik. Sudah-sudahlah korang main mercun segala benda kat luar rumah tu. Dah naik serabut telinga ni mendengarnya. Kalau guna duit mercun tu buat beli sundae kat abang korang ni kan best.
by Rafei3 at DeviantArt
Kepada kawan-kawan, di dunia realiti mahupun maya, diri ini juga ingin memohon kemaafan andai ada tersilap bicara, terguris rasa. Janganlah dipendam lama-lama, nanti iakan basi rosak di dalam diri. Maaflah juga kerana tak dapat jadi seorang teman dan sahabat yang baik. (Ya, aku tahu aku bukan seorang sahabat yang baik) InsyaALLAH ikatan kita bukan setakat di sini saja. Kepada rakan-rakan yang berada di bumi orang, semoga kalian gembira di sana walaupun dirundung kesedihan tak dapat bersama keluarga tercinta. Sekurang-kurangnya kalian dapat menghargai apa yang kami lalui jauh berbanding yang lain.mungkin. Yelah, dah jauh semakinlah terasa kan?

Entah kenapa, hati ini terasa untuk menikmati Syawal kali ini sebaiknya. Mungkin kerana semua kenalan sudah dan akan membawa haluan masing-masing. Masa begini sajalah semua dapat berkumpul semula, tak macam dulu lagi. Tambah-tambah yang jauh. Entah bilakan jumpa lagi.

by Sara-M at DeviantArt
InsyaALLAH, sekiranya diizinkan Ramadhan kan menjelma lagi buat kita. Namun, janganlah ditunggu Ramadhan saja. Ajal kan datang bila-bila masa.

Kullu 'am, wa antum bi khair. Wassalam.

Farhan Mohamed.
1 Syawal 1431H.

p.s : okeyh, emosi untuk pos ni secara tak sengaja hilang sebab aku tengah layan lagu sayu. aduyai. 
p.s.s : tahun ni, rasa cam awal pulak manusia-manusia forward mesej-mesej raya.


There Is No Another

Sejak menjelangnya 1 Ramadhan tempoh hari, banyak je majlis iftar itu la, ini la kat CFS ni. Semua society sibuk nak buat majlis iftar. Nak mencari keberkatan Ramadhanlah kan. Bulan baik macam ni, sape yang sia-siakan memang rugilah. Maka, bertambahlah poster itu dan ini ditampal di merata-rata tempat sekeliling CFS. (Mind you, memang banyak poster kat sini. Tak cukup dengan notice board je. :D )

 

Aku pun semalam sempat la jugak menghadirkan diri di majlis iftar Creative Multimedia Club yang berlangsung di Al-Malek Faisal Hall. (Tapi aku tak join pun kelab ni. Haha) Sempena majlis iftar tu, saudara Hilal Asyraf dijemput untuk memberikan talk kepada para peserta yang lebih kurang 100 orang tu. (Tazkirah Maghrib la. Eheh) Tazkirahnya berkait dengan al-Quran. Yalah, esoknya (hari ni) kan 17 Ramadhan. Semua dah ready nak bercuti. Eh tak, bukan bercuti, sambut Hari Nuzul Quran. Hehe. Ada jugak satu booth dibuka untuk jualan buku-buku saudara Hilal Asyraf dan beberapa penulis lain.

Sebelum majlis iftar tu, aku ternampak la sorang sister ni sedang memegang erat sebuah buku berwarna oren-kekuningan (buku VT kot) dekat pintu masuk dewan. Ku dapat agak mesti dia nak minta autograf  Tapi apakan daya, dia tengok je booth tersebut yang penuh dikelilingi oleh brothers. Cam kesian pulak rasa, haha. Tapi selepas tu ada sorang brother beritahu sesi autograf akan ada nanti, maka tertangguhlah plannya.


Usai sesi iftar dan solat maghrib, talk sempena menjelangnya Nuzul Quran pun bermula serta merta. Tapi kata saudara Hilal Asyraf, di Jordan takde pun sambutan Nuzul Quran. Sebabnya dalam al-Quran, tak dinyatakan pun bahwa al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan, bahkan ia sebenarnya diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Betul jugak. Eheh. Di awal talk tersebut, dua hadiah disampaikan oleh saudara Hilal Asyraf. Satu untuk sisters, satu untuk brothers.

Untuk sisters :
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Al-Baqarah: 221)
Dan untuk brothers :
Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). (Al-Baqarah: 221)
Update 3.0 : Huraian lebih lanjut mengenai hadiah tersebut oleh saudara Hilal Asyraf di sini.

Talk pada malam tu agak bestlah. Berisi. Jadi, jangan jadikan al-Quran hiasan atau simpanan semata-mata kerna ianya satu perlembagaan hidup untuk diikuti. :D

Habis je talk dan solat isyak + terawih yang diimami oleh saudara Hilal Asyraf, ada pulak sesi penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan poster dan short movie yang bertema "Bercinta di Musim Bunga". (Aku difahamkan tema tersebut mengibaratkan Ramadhan ni sebagai musim bunga yang penuh indah dan warna-warni. Bercinta di musim bunga, mestilah romantis kan? Eheh )

Path of Spring by SLJones at DeviantArt
Bagi pertandingan short movie tu, ada submission yang terang-terang diedit oleh satu video lain bertajuk Counter Strike CFS IIUM. Korang boleh tengok video tersebut kat sini. Tapi entah kenapa, aku takleh pulak nak view melalui YouTube dan YouTube pulak dengan penuh selamba bagi mesej ni :
This video contains content from Sony Music Entertainment, who has blocked it in your country on copyright grounds.
Jadi, terpaksalah aku view kat sini. (Jangan tanya aku apa sume maksud buttons dan links kat laman web tu sebab aku sendiri tak faham. Tanyalah Encik Google Translate) Apa-apapun, harapnya takde pencabulan hakcipta modal insan yang berlaku disebabkan video tersebut. Husnuzonn ye sekalian manusia. Hehe.

Dah nak habis pos ni baru lak aku teringat bahawa Creative Multimedia Club ni baru je 2 tahun berjalan setelah digabungkan dua kelab (Creative Club dan Computer Club) menjadi satu. Aku tak pasti pulak sekiranya skop creativity tu jadi semakin terbatas lebih kepada yang berkaitan dengan komputer sebabnya kreativiti ni begitu luas dan mungkin tiada akhirnya. Aku pun orang seni jugak, ada la tahu serba sedikit. Cewah. Haha. Apa-apapun, it was a good night
Give me some sunshine, give me some rain
Give me another chance, I wanna grow up once again
Familiar? Yeah, I've just watched it last night. And mind you, there is no another chance. Face it.

Last Chance by Mandrunited at DeviantArt

p.s : Laju la pulak internet bila sume orang balik cuti ni. Tapi takde la super laju. Lajunya biasa-biasa aja.
p.s.s : Poster Ramadhan kat pos terdahulu dapat 1st place. Okay la jugak, even aku reg masuk pun pada 3 hari terakhir sedangkan orang lain 2 minggu lebih awal. And, aku orang keenam time tu. Sikitnyee.

Biarkan kalam berbicara



Lama tak dengar nasyid. Tatkala telingaku menangkap alunan lagu-lagu nasyid, teringat pulak zaman sekolah dulu. Mana taknya. Setiap hari ada je artis-artis dalam kelas. Kelas dari 7.45 pagi sampai 2.05 petang. Entah bape buah lagu sempat diorang putar setiap hari.Tu tak sambung dengan kelas tambahan lagi. Haha. Tu baru nasyid, lagu-lagu lain tak lagi. Ada satu tu lagu Sami Yusuf. Haha.

Tapi, ya, tu dulu. Dulu.
 

p.s : Bila dengar High School Musical pulak , teringat waktu muda-muda Form 2, Form 3.
p.s.s : Sejak semalam lagi ulang lagu ni.

Ganjilnya

Dah ganjil 11 hari nampaknya Ramadhan kali ni. Haha. Setiap hari, menu bersahur dan berbuka lebih kurang je. Tambah-tambah kalau yang beli kat kafe. Menu depa pun macam hari biasa-biasa jugak. Kekadang, keluar bazar pun, cam takde pe la sangat nak beli. 2, 3 kali da pergi pun, beli benda sama je. Tengok yang tu mahal. Yang ni mahal. Ye la, mana tak mahalnya kalau compare dengan Kelantan. Dush.

Satu hari bersembang ngan Hakim dalam kelas, habis sume benda nak disebut. Sate, murtabak, gulai kawah, ayam percik, durian and entah pe la lagi. Ustaz pun join sekali habis.


Oh ya, Salam Ramadhan.

Not A Rainy Day. But I Miss Rainy Days

Hi. It's me again here (and of course it is me. Who else could it be?) I guess, I am pretty addicted yet again to this. Well, it's been a veryyyy longggg time. No wonder I am.

The days kept stretching on and on. Last week, everyone was busy with this AGM (Annual Grand Meeting), that MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) and such held by various societies here. It was said that Student Activities Department (STAD) had included in their portfolio that every societies here should have their own AGM each year. And, Tadaa! We students can see many many posters with different designs pasted everywhere; the walls, pillars, noticeboards etc. But is getting lesser this week, which is quite a good sign.

Okay, so I have been here for more than 6 weeks, when I remembered a few things that happen during the very first days I was here.

During the Ta'aruf Week, a few handphones were claimed to be lost at UKC1. I also did see two seniors were talking with a policeman, I suppose (unless I've mistakenly taken him as one and he could actually be a warden) A few days later (I guess it was after Ta'aruf Week), a senior's laptop also went missing, making me thinking again about bringing Emma here.

That's just few cases, so many days back, and at UKC1. There are still other colleges here. Who knows how is it today?

Till later. Bye.

p.s : I am really really out of things...


A Rainy Day...

Hi again! Gosh, I can't believe that I'm actually updating my blog again, after my last one (last night). I'm at the Cyber Cafe though, as it struck me that this will be a short update. I'm pretty chilled in this air-conditioned CC. It rained today (but I bet you already know that from the title, don't you?), making today bit cooler than ever.

I was at Pameran Pengantin yesterday, held at Midvalley Megamall (Not that I was there for that particular exhibition, though, but I just came across a 'pintu gerbang' written "Pameran Pengantin". Ahhh, sounds good, that I just stepped in) There were too many booths there that I even circled around the same booths for a few times. Not that I got lost, but I couldn't find the exit door haha. There were almost everything related to weddings there (for sure, blimey).


Nazim and Roslina 5 by Solidusneo101 at DeviantArt

I went to a wedding photographer booth, looking at those pictures in the albums that they had. Damn, there were bloody nice pictures. (I was rather attracted to the photography techniques that used than the people in the pictures, though)

A guy who was in charge for the booth came to me, handing out a brochure.
Guy : Weddingnya kat mana? Da ada plan?
Me : Err, takde lagi. Just tengok-tengok dulu.
Guy : Oh, okay ahah. Silalah.
Then, I was at a catering booth. A middle-aged lady gave their brochure.
Lady : Majlisnya kat mana?
Me : Tak tahu la lagi tu. Sebab plan pun tak lagi haha.
Lady : Oh, kalau dah ada, eloklah sebab masa pameran ni kitorang ada buat promosi itu ini.
Heck yes, all the booths are giving discounts and such. I wondered, will I be able to have such opportunities for my wedding. Discounts, you folk. That can save a lot of fulus. Wowo.

Thinking of this however remind me of what my Bio lecturer used to said in class.
Lecturer : You know what, this is the time for you to enjoy what you are having. (The life we're having before it gets to working phase, as the adults do, he meant)
*the class was quiet, so he continued*
Lecturer : Boys, do you know what time is it?
(I thought he was actually referring to the 'time'. Well, of course he did. The watch I mean. The clock)
*The students were still quiet, though, so he continued again*
Lecturer : It's time to get married, before getting to work. Not working and then get married. And girls, do you know what time is it?
*Still, no one else talk, that he continued again*
Lecturer : It's time to get a partner (to be your husband). A matured one, but of course you yourself have to be matured too.
However, he didn't tell why did he say so. I mean, it couldn't be that easy. And I haven't yet asked him. Well, maybe tomorrow. I have a Bio class early in the morning. (And I haven't finished my Bio Lab Report. Damn. And he wanted it by Monday, tomorrow. Damn. Damn. Damn)

Till later then. Bye.

p.s : There was one wedding card booth with sooo nice card designs. Posters, English styles, retro and blah blah blah.
p.s.s : People don't use 'kad wangi' anymore, I guess.
p.s.s.s : There was a maknyah at a booth. And 'she' even gave me a brochure. Oh gosh, I hope I can remember which one so that I can throw it away.


Fasa Hidup Yang Baru

aبسم الله الرحمن الرحيم

Masuk hari ini, sudah dua hari aku bebas dari belenggu kejam Sijil Pelajaran Malaysia tahap pertama. Tahap kedua akan menyusul pula tahun hadapan, keputusan SPM 2009. Bagaimanakah agaknya hasil-hasil semaian aku nanti. Baikkah? Burukkah? Lakukah? Atau sekadar buangan di tepi jalan? Macam-macam masih lagi boleh berlaku. InsyaALLAH ianya tidak mengecewakan.

Seperti biasa bagi kebanyakan lepasan SPM yang lain, aku punya masa kosong yang amat walaupun sudah rancang nak buat itu dan ini. Jadi, hanging out adalah salah satu benda yang wajib dilakukan oleh kebanyakan yang senasib denganku kan? Haha. Semalam ada outing session dengan geng-geng anak ikan emas, ambil gambar itu gambar ini. Tapi aku tak rasa macam nak tulis pasal tu disebabkan aku takde gambar-gambar semalam. (Fawwaz! Nabil! Nak gambar! haha) Tapi aweglemor kita ada sediakan something untuk tatapan penonton seluruh pelusuk dunia kat sini.

Tahun Baru Hijrah juga telah menjelma. Jadi, sempena tahun baru ni juga aku dah bagi sepersalinan pakaian baru untuk Emma, Windows Seven Ultimate. Pakaian lamanya, Windows Vista Ultimate sudah kubakar hidup-hidup.


Sayonara~


Hey hey~
Tapi satu je yang aku tak berkenan dengan pakaian baru Emma ni. Windows Experience Index Rating dia turun dari 4.0 dalam Vista kepada 3.9 dalam Seven. (Ala, rating pun bukannya tinggi) Nasib baiklah aku bukan seorang gamer. Cukuplah setakat ini bagi post kali ni. Sebabnya post ni adalah untuk memecah keheningan di blog ni setelah hampir 3 bulan dibiarkan kesunyian. Pergh, lama gila haha. That's it.



Selamat Datang Syawal 1430H




Akhirnya, Ramadan kali ini telah pun berlalu pergi. Harapnya ianya tidaklah sia-sia. Haih.

Jadi, seperti biasa, di kesempatan ini, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang membaca post ini, khususnya buat keluarga dan kaum kerabat, kawan², rakan², teman², sahabat², jiran² serta semua umat Islam masa kini. Maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap. Janganlah dipendam lama-lama, nanti jadi masam kalau tak diawet.

Buat ibu dan ayah di Kelantan, anakanda pohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki atas dosa dan salah sejak anakanda dilahirkan dan dibesarkan selama ini.Maaflah, tak dapat anakanda pulang beraya bersama kalian tahun ni. Pilu sekali hati ini mengenangkan suasana raya di kampung. Sayu. Beraya di perantauan tak akan pernah sama dengan di rumah. Sungguh.

Saya berharap agar kita semua diberikan peluang untuk menikmati Ramadan yang akan datang dengan sebaiknya. InsyaALLAH.

Salam Eid Mubarak.

Farhan Mohamed
Lokasi terakhir : Bukan di tanah air tumpahnya darahku

p.s : pelik semacam je post kali ni haha
p.s.s : argh. aku tak dapat lari dari style lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...