5.31 petang tadi, final examination untuk semester 1 akhirnya berakhir (bagi aku la, orang lain ada yang ada paper lagi sampai rabu depan, khamis pun mungkin ada. hahaha) Tak kisah, tak kisah. Yang penting aku dah habis.
by SerdarCelebi at DEviantArt |
Bila fikir-fikir balik, last aku betul-betul layan Math pun masa Form 3. Semangat betul waktu tu nak habiskan semua soalan dalam buku latihan, siap compete lagi dengan member sape dah banyak buat. Tapi lepas PMR je semua macam hampeh haha. (Aku la) Insaf. Insaf. Isk.
by MasqueRadesGirl243 at DeviantArt |
Bila dah habis exam ni, aku teringat pulak waktu muda-muda nak start final exam dulu, semua orang nak tunjuk exam slip masing-masing. Upload facebook la, blog la. Aku pun tergerak gak nak buat, tapi just tergerak je la. Aku tak buat, aku tak buat. Dah tu, bila sampai je kolej lepas dua minggu bercuti raya sakan, dapat jumpa member apa sume, masing-masing compare.
Weh, venue ko katne?Tapikan, ada nombor seat pun macam takde je. Masuk je exam hall, sume free sitting. Entah kenapa la diorang assign nombor seat kan? Dah dah, cukup pasal exam.
Weh, nombor seat ko berape?
Ala, jauh kot seat kita. Rindu la aku kat ko nanti.
Dan esok RAYA!!! Ya,17 Syawal 1431, raya. Sape nak raya sekali, jom. Tapi kalau korang tak habis puasa lagi, sorryyy, better luck next time. Yang tak puasa tu, lagi la. Eeee, tak puasa ada hati nak raya. Malu kat adik aku.
Peringatan untuk diri : Kau lactose intolerant (kot)
*update*
Lepas je aku publish post ni tadi..
POM!Bunyi mercun kedengaran dari arah area berdekatan court UKC. Tak semena-mena, jeritan manusia memaki hamun dari bilik masing-masing menyambung bunyi mercun tersebut. Mana taknya, tertekan kot. Esok nak exam, malam ni kena la study tapi ada pulak yang nak buat kacau. Sape tak marah kan. Tapi macam best je diorang jerit-jerit tadi sampai aku rasa nak jerit-jerit gak haha. Tapi aku tak buat, aku tak buat. Yang tadi okey la jugak, diorang main kat luar. Tapi kalau ada yang bengap sangat, diorang main dalam hostel lagi. Dah tu meletup pulak kat depan pintu bilik aku. Nasib baiklah aku ni seorang yang penyabar.
Eh, best sangat ke sunway? Ape sangat la ada kan? Adios.
3 comments:
sunway. :)
ice skating!!!! ^_^
le. komen pasal sunway je haha. xcukup nak redah sehari je kot
Post a Comment