Hantu? Mayat? Oh, apa-apalah

Alhamdulillah! Siap jugak assignment Chemistry (yang nak kena hantar hari ni and baru start dibuat semalam) So, seperti yang kalian semua sedia maklum, raya dah semakin dekat, puasa pula dah nak habis, dan seperti yang dikhabarkan dalam pos yang terdahulu, final exam pun dah mula menghantui mimpi-mimpiku di malam hari.

By Topher Graham at Flickr
Bercakap Menaip tentang puasa, sejak awal puasa tempoh hari, aku tak pernah lagi rasa emotional breakdown (Mak aii, melampau betul hiperbolanya) sebegini rupa seperti hari ni sebab tak terbangun sahur walaupun dah beberapa kali kejadian tersebut berlaku sebelum ni. Sumpah.(Ada la sebabnya hehe)
Emotional breakdown (used to be known as a nervous breakdown or 'bad nerves' or in other word mental breakdown) is a non-medical term used to describe an acute, time-limited phase of a specific disorder that presents primarily with features of depression or anxiety
Okey, betul. Aku memang golongan pelampau. Tak terbangun sahur sebab assignment Chemistry punya pasal lah ni. (Oh, assignment pulak yang dipersalahkan. Kesiaan ) Maka, secara automatiknya dan tanpa fanatiknya hilanglah keberkatan sahur untuk hari ke 24 Ramadhan 1431H. Haisyy. 10 hari terakhir pulak tu.

Disebabkan malam ni aku akan bertolak pulang ke Kelantan, (bye bye kepada siapa-siapa yang balik lewat tu hehe) aku pun terasa nak mengongsi satu cerita. Nak dijadikan cerita yang entahkan lawak entahkan tidak, bilik kitorang ni didiami oleh 4 homo sapiens. So, disebabkan 4 homo sapiens, bilik ni (oh ya, aku sedang menaip dalam bilik) pun dibahagikan kepada 4 bahagian dipanggil compartments. Bahagi cane tu tak penting. Yang pasti, ianya tak dibahagikan seperti cubicles kat tandas hostel okayy.

Maka tersebutlah satu malam, aku dengan roommate A (bukan nama sebenar) sedang tengok movie 17 Again. Memang best ah movie ni (aku baru tahu), banyak kot babak-babak pecah perut (dan boleh di-stitch balik). Kalau bab gelak-gelak ni, memang leh bagi la kat si A. Aku just sebagai backup laugher je. Pukul 3 pagi waktu tu.

Masa tengah syok.org layan cerita tu, tetiba kitorang dengar..
Ahhh! Ahhh!
Cuak woo masa tu. Dua bijik mata aku tak semena-mena terpaku pada susuk tubuh roommate B melompat-lompat dari katilnya ke bahagian tengah bilik. Raut wajahnya pada waktu tu jelas berbeza daripada biasa. Pucat. Kalaulah bukan sebab soalan-soalan Dia okey ke? Dia kena rasuk ke? Dia nak datang cekik aku ke?? berputar-putar dalam kepala aku, confirm aku kasi gelak kaw-kaw untuk part dia lompat-lompat and jerit-jerit tu. Cuak. Cuak. Gedebar ore kelate kato.

In a fraction of a second, si B pun datang meluru ke arah kitorang dan dengan selamatnya landing di atas katil aku tanpa apa-apa kecederaan. Disebabkan aku tak dicekik dan masih boleh bercakap, aku pun tanyalah kenapa beliau beraksi sedemikian sebentar tadi. Katanya dia dapat mimpi ngeri yang ada tangan-tangan mayat pegang dia yang sumpah macam real. Katanya laa. In a fraction of a few seconds, dia pun berjaya menstabilkan emosi dan berhasrat menyambung tidurnya kembali, dengan lampu compartmentnya terbuka. Aku dan A pula sambung tengok movie.

by Megan Emerick at Flickr
Beberapa malam kemudian, kejadian yang sama berulang, cuma modus operandinya yang berbeza. Aku dan si A sedang tengok movie lagi manakala si B datang landing atas katil aku lagi dengan penuh cuak. (Kali ni takde part lompat-lompat, maka keinginan nak gelak berkurang dengan mendadaknya berbanding tragedi pertama) Kali ni pulak, dia kata dia terjaga dari tidur dan terdengar suara berbisik dekat telinganya..
Dia dah bangun! Dia dah bangun!
Seperti kes pertama, dia berjaya menstabilkan emosinya sekali lagi dan menyambung tidurnya. Kitorang tak pasti apa sebenarnya yang berlaku sebab orang lain tak pernah kena pun. Aku tidur sorang-sorang pun takde pernah kena apa-apa. Mungkin itu hanya mainan tidur B. Ish, boleh pulak dia main-main waktu tidur. Namun, yang pasti, sejak kejadian tersebut, bilik ni tak pernah lagi diselubungi kegelapan. Setiap malam, waktu semua orang tidur, pasti akan ada satu lampu terbukak, datangnya dari compartment B. Sekian.

self-portrait as Jack & Sally from the Nightmare Before Christmas
by Jesse Draper at Flickr
Ini cuma entri bosan dan juga perpisahan serta selamat tinggal sebelum balik ke kampung halaman malam nanti. Cerita Fawwaz kat UKM lagi best kot. Title je gempak lebih haha. Apa-apa pun, aku tak packing lagi ni. Jadi, bagi mengakhiri pos kali ini, kusampaikan salam ucapan mesra (baca dengan nada dan alunan lagu Insan Bernama Kekasih - UNIC)
Assalamualaikum
p.s : B tak tahu pun aku tulis cerita ni. Nanti la aku bagitahu dia.
p.s.s : Sewaktu kejadian-kejadian tersebut, C langsung tak sedarkan diri.
p.s.s.s : Mood blogging yang sungguh baik nampaknya hari ni. 
p.s.s.s.s : *update* Oh, baru perasan!  Ini entri pertama untuk September!

8 comments:

September 3, 2010 at 5:46 PM ani said...

lawok dan seraaaaaaaaaam

September 3, 2010 at 6:03 PM Unknown said...

lawok? seraammm? hahahaha. dop pun sero~

September 4, 2010 at 1:15 AM ani said...

xpola ore nk sero g2.hahaha

September 4, 2010 at 11:31 AM Unknown said...

hahaha. hom2, xpo2 :D

September 7, 2010 at 6:20 AM Puan Loyar Berkaki Lebar\ said...

=.='' xlawe... haha... kitorg punya cuak ag kot...

September 7, 2010 at 10:58 AM Unknown said...

alaa. jangan la banding ngan korang punyaa. hahaha

September 27, 2010 at 8:33 AM Azrin Zaimi said...

ya.sy menyokong kt2 nurul hani.
lawop!
seram la ugop siket.
*siket.
>_<"

September 27, 2010 at 8:04 PM Unknown said...

hom. meme xlayak jadi citer seram pun. hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...