Marhaban ya Ramadhan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda..

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”” (HR. Muslim no. 1151)
***

Pulut ikan masin? Biar betul. Sepinggan je pulak tu di atas meja. Seolah-olah memang untuknya. Rafique menggosok-gosok mata, tak percaya. Dahlah dah lama tak balik rumah sampai mengidam pulut ikan masin, tengok-tengok ada depan mata. Memang tak percaya.

Pinggan itu ditariknya lebih dekat. Baunya menusuk terus ke dalam nasal cavity. Allah! Mulut pun dah tak tahan dah. Tangan menggaul-gaul pulut dengan kelapa parut menjadi gumpalan sambil mulut terkumat-kamit membaca basmalah. Rezeki jangan ditolak. Tapi satu, sayang betul sorang je. Kalau ada isteri bolehlah main suap-suap macam Rasulullah dengan Aishah. Ish, silap betul. Pulut di tangan dibawa ke mulut yang terbuka tidak sabar.

Kosong. Tak rasa apa-apa. Rafique bingung. Mulutnya dibiarkan tak tertutup. Kosong. Pulut di hadapannya lenyap. Segalanya di sekelilingnya lenyap. Pulut di tangan juga lenyap. Kat mana ni? Otaknya cuba mencerna entah di mana dia berada.

Atas katil. Bantal di tangannya yang entah bila menjelma menjawab persoalan.

Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan

Opick - Ramadhan Tiba menerjah masuk corong telinga dari speaker laptop di atas meja. Astaghfirullah. Tangan kanannya meraup muka. Takkanlah sebab terlepas sahur tadi pun sampai terbawa-bawa ke dalam tidur. Sadis sungguh! Tapi bukan sahur je lah. Amal pun burnt sekali. Entah dah berapa kali agaknya. Yang hari ni, anggaplah ujian hari ketujuh Ramadan. Heh.

Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam


Irama Haddad Alwi mendendangkan Marhaban Ya Ramadhan pula menggantikan Opick. Ada suara budak-budak pulak tu. Macam comel je. Macam manalah bila dapat anak nanti. Ish, sempat lagi kepala ni! Tak cukup nak mengarut dalam mimpi je.

Jam di tangan dipandang sekilas. Dah nak Zuhur. Sudah-sudahlah tidur sunat.





"Tak Nak Puasa Esok"

via tumblr

"Ummi. Nana tak nak puasa esok." Kedengaran suara cilik di tepi telinga. Pantas dia berpaling mencari punca.

"Ah!" Hidungnya terlanggar hidung kecil di sebelah. "Nana!"

Ketawa Nana pecah terus, tergolek-golek dia di atas sofa tu kena geletek dek Ummi.

"Ummi! Tak nak dah! Tak nak dah!" Nana menuturkan dalam tawa. Umi ni kan. Hee!

"Okay, okay." Jemarinya berhenti di pinggang anak kecilnya itu. Senyum lebar masih tak lekang di bibir. "Kenapa Nana tak nak puasa esok?"

"Laparlah puasa Ummi. Letih. Nana tak larat." Dia buat muka.

Ish, pulak. Macam-macamlah budak ni. Sahur pun nak dekat masuk waktu Zuhur. "Semalam kan Nana puasa elok je?" Memujuk.

"Semalam Nana tahanlah. Tapi esok Nana tak nak puasa dah Ummi. Tak larat." Nana buat muka lagi.

Dia menggeleng kepala. "Alala. Manjanya anak Ummi sorang ni. Kalau Nana tak puasa nanti tak boleh raya. Ummi tak beli baju raya. Nak?" Bibirnya mengukir sengih mengusik.

"Alaaa." Sampai enam harakat ditariknya. Manja. Muncung ciliknya tu mahu sampai sedepa. "Abi, tengok Ummi ni!" Nana memanggil Abinya, nak menubuhkan pakatan.

Si Abi mengangkat muka dari kitab di tangan. Tersengih dia dengan drama anak dan ibu ni. "Abi sokong Ummi."

"Abiiiii!" Kali ni cukup dua belas harakat. Muncungnya dah makin panjang dua depa. Dia malas nak layan dah Abi dan Ummi yang sedang ketawa. Nak mogok bisu.

Pintu Taufik Untuknya

Alhamdulillah!

Tu je yang mampu diungkapkan saat melangkah keluar dari Annex 201. Midterm exam semester 2011/2012 dah berakhir. Lega!

"Faiz!" Irham menerpa dari belakang, merangkul bahunya. "Apasal paper BTQ tadi mudah sangat?" Berseri-seri muka menuturkan. Senyum pun aci sikit je lagi nak sampai telinga. Merdeka!

"Err..Entahlah" Faiz menjawab acuh tak acuh, tak berani nak cakap lebih. Memang la rasa macam senang jugak tadi. Tapi, tergelincir ke ujub, takabbur kang naya. Senang tak senang pun, apa special sangat group kitaorang sampai ada 4 invigilators bertukar syif dalam masa sejam? Ah, biarlah yang dah sudah. Lagipun, bolehlah jugak paper Basic Themes of Quran tu jadi pengubat hati yang lara dek penangan Physics 2 dengan Chemistry 2 beberapa hari lepas. Padan muka.

"Weh, kau buat apa hari ni Irham?" Paper semua dah habis. Tak ada lagi dah yang nak kena pulun. Dahlah hari ni hari Sabtu. Cuti hujung minggu pun ada exam. Haila.

"Entahlah. Tak ada apa lagi setakat ni. Tapi aku dah lama lah tak outing. Rasa macam dah jadi penunggu CFS dah." Jari membilang-bilang entah dah berapa minggu dia berkurung kat dalam CFS ni. Kalau keluar pun pergi pasar malam kat seberang jalan sana je setiap hari Selasa.

"Tu lah pasal. Aku pun. Turun Mid hari ni jom." Faiz mencadangkan. Dah lama tak sampai sana. Dah runtuh ke, dah tambah sepuluh tingkat ke, memang dia tak tahu.

"Orait. Set!"

***

Fuh! Lega! Penat! Letih!

Dia terus melabuhkan duduk di satu sudut MPH Bookstore tu. Mahu rebah pun ada. Nak sampai MidValley dari KL Sentral tadi pun masalah. Tunggu train punyalah lama satu hal, nak naik pulak kena berhimpit macam tin sardin kemek! Lelaki perempuan main rempuh je tak kira halal haram. Dah lama sangat berkurung sampai tak ingat dah azab naik benda tu macam mana. Masalah, masalah. Sumpah tak nak naik lagi dah waktu macam tu!

Chewing gum di tangan dibawa ke mulut. Irham tadi entah ke mana dari tadi. Kata nak ambik duit dekat ATM. Dia tak ambil pusing sangat. Matanya menyapu ke serata ceruk bookstore tu, terhenti pada manusia yang sedang membelek buku selang 3 rak darinya.

Rambut hitam lepas ke bawah, t-shirt hitam lengan pendek, jeans biru membalut bahagian bawah abdomen dengan selipar getah ala-ala selipar jepun tersarung di kaki. Ah, sudah! Ni lagi satu masalah bila keluar. Senang sangat nak dapat dosa mata. Astaghfirullah.

Anak mata cuba lari tapi terhenti pula pada buku yang dipegang si gadis. Macam pelik je.

"Peringatan..untuk..wanita..agar..tidak..terpedaya." Dia menuturkan satu, satu tajuk buku tu. Cover belakang macam aneh. Ada tulisan Tamil? Eh tak, tu jawi! Jawi? Ke Arab? Eh, tu kan..

Seksyen Agama.

MasyaAllah! Terkedu seketika. Moga Allah bukakan pintu hijrah dan pintu taufik untuknya.

Kalau nak kira, berapa ramai sangat anak muda macam tu nak cari agama. Even cari pun, berapa ramai yang terima, berapa ramai yang berada betul-betul atas jalan yang sepatutnya. Dah dapat hidayah tapi tak dapat taufik pun tak jadi jugak. Tu semua kerja Allah. Moga dipermudah untuknya.

Samalah dengan yang baca Hlovate pun. Ramai je yang kata best, inspiring, bla bla bla puji itu ini. Tapi berapa ramai yang betul-betul dapat mesej yang ingin disampaikan? Atau ianya sekadar macam novel biasa?

"Weh, kau tengok apa tu Faiz!"

Chewing gum di dalam mulut terus meloncat masuk ke dalam tekak. Irham!!!

***

Baca Contengan Jalanan di ambang Ramadhan kali ini. Memang kenalah.

via tumblr


GAGAL

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.

Dan GAGAL. Ya, dengan huruf besar. Maaf untuk buat diri sendiri, buat blog sendiri, anak, cucu, cicit, ciak dan generasi seterusnya serta rakan-rakan pembaca sekalian kerana diri ini ialah blogger yang gagal setelah sekian lama.Setelah beberapa purnama berlalu.

Mood menaip datang ada waktu dan ketikanya. Mungkin sama macam iman. Bila iman dah turun, nak naik balik sangat susah kalau tak kena caranya. Diri ini telah lama leka, telah lama alpa. Namun, alhamdulillah, nikmatNya datang lagi. Iman jatuh seorang diri, carilah tempat bergantung untuk bangun kembali. InsyaAllah lebih senang.

Syaitan suka orang yang suka menyendiri.
Miss Suhaila
If you believe in Allah, it will happen to you. It does happen to me, because I do believe.
Brother Aiman.

Alhamdulillah, mood mengupdate sudah datang kembali dan semoga kekal istiqamah, insyaAllah. Mungkin sebab terbaca komen-komen orang mengatakan Contengan Jalanan tu macam best sangat je yang trigger mood ni. Ah, kena cari ni! Tak best pulak rasa tinggal Versus kat rumah.

I - Fend Namanya Affendy. ‘Fend'; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy'. Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy' II - K² Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Sekian dahulu untuk kali ni.
p.s : sebenarnya mood lemau pasal dengar lagu instrumental. 
p.s.s : terbaca post lama bertajuk Tok Su, makin rasa nak menulis balik.

Mengintai.

"Busy la bro. Exam dah dekat der."

"Hekeleh. Busy la sangat. Exam, tak exam pun, sama je. Bukan boleh nak percaya kau ni."

"Busted!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...