14 November : Raudhah Festival Menutup Tirai

Aku mungkin bukan orang yang tepat untuk membuat ulasan tentang festival ni memandangkan aku pun tak betul-betul melibatkan diri dan pandangan aku pun agaklah terhad; sebagai participator yang hard-core tak, apatah lagi sebagai committee, lagilah tak. Banyak-banyak talk yang ada, ada jugak yang rasa berminat nak pergi, tapi lastnya tak pergi jugak pun. Haha. Games malas nak join, pameran kat AMF hari tu pun pergi tengok sekejap je. (cambest je) Pementasan teater pun tak pergi. (tapi dengar kata sampai melimpah AMF malam tu) Ish, semua benda tak join? Apa ni?! Haha.
by Alexxius at DeviantArt
Satu yang tak best, semua cafe ditutup sempena hari berlangsungnya bazar RAFEST ni, dari 12 November hingga 14 November. Tapi yang pasti, even weekend pun aku takkan turun ah ke cafe mahalah kat bawah ni, apatah lagi nak pergi cafe mahalah orang lain yang lebih kurang je. Awal-awal kat sini dulu bolehlah tahan kot tapi sekarang tak mahu dah aku. Memanglah susah nak cari cafe yang dirasakan boleh dijadikan tempat makan, semua tempat ada baik buruknya, namun, nasib baiklah kiosk wujud sebagai penyelamat. Dah tu pulak, makanan yang dijual kat RAFEST kebanyakannya cam mahal ah. Even ada satu gerai tu claim nasi diorang yang termurah kat RAFEST, serendah RM2.50 je, tapi seriusly, lagi berbaloi kalau makan kat cafe ah. (Tapi cafe tutup aa) Ada jugak makcik-pakcik luar datang berniaga kat sini. Ada satu menu tu aku jumpa, harga RM2.50 sebungkus tapi rasanya kalau kat pasar malam pun RM2.00 je kot. Memang naik la bajet makanan hujung minggu ni. Haiz. Masa ngah taip ni pun, sempat lagi chatting ngan Karmani.
via facebook
Okay, mungkin sebab sewa tapak mahal la kot, kan? Kat sini semua gerai beroperasi di bawah khemah-khemah putih dan bawah setiap khemah tu pulak kebanyakannya beroperasi dua buah gerai yang berbeza, dikendalikan oleh pelajar-pelajar CFS. Tapi, seriusly, aku rasa kesian pulak tengok gerai-gerai kecil persatuan-persatuan tertentu. Diorang jual ape la sangat. Cukup ke income diorang untuk bayar duit tapak? Okey, duit tapak mungkin lepaslah, mungkin, haha, tapi cukup ke nak dapatkan balik modal? Alah, adat berniaga mesti ada untung rugi kan? Tapi, kesian la. Tu je aku nak cakap, kesian. Haha. Ada jugak nampak gerai yang bukak bekas duit jualan diorang bila pihak yang berwajib datang mintak duit sewa tapak. Kesian, memang. Kat dalam bekas tu pun ada berapa hinggit je. Alah, adat berniaga la kan? (Sekali lagi)

Asyik yang tak best je. Apa sebenarnya yang best RAFEST ni? Entahlah, korang fikirlah sendiri. Haha. Okey, cukuplah pasal RAFEST ni. Sekarang kena buat keputusan sama ada nak pergi kiosk beli makanan atau nak tunggu gerai bukak. Tapi harap-harap dapat nasi-and mee goreng free pulak hari ni cam semalam masa on the way ke gerai. Ah, nasik..

By the way, bintun Cikgu Math aku dah buang pun layout blog dia yang menyakitkan mata sebelum ni. Siap condemn aku lagi kat awal entry haha. Walaupun layout tu takdelah secantik layout blog aku ni, tapi kira okeylah kalau banding ngan yang sebelum ni. Boleh jugak nak baca and bagi komen-komen yang membina. Tapi satu je, dia letak jugak lagu yang auto-play, yang tidak digemari oleh kebanyakan pelayar blog. Kalau lagu best, boleh dimaafkanlah. Sekurang-kurangnya terbukak jugak minda sikit. Tapi Rossa? Tak layanlahhh. (Hoh niihh, baru banyok kecek hahahahaha)

 Minggu depan dah raya. Nasib baiklah quiz Math and Physics lepas raya. Yezza!

Assalamualaikum, pukul berapa sekarang?

Tegur seorang tua yang baru saja melabuhkan punggungnya di sebelah aku sewaktu aku sedang membaca sebuah buku (yang sampai sekarang belum habis dibaca lagi) di atas sebuah bangku di KL Sentral.
by DianaCretu at DeviatArt
"Waalaikumussalam, pukul 4.00 petang," balasku.

Sungguh cliche, namun begitulah kisah kami bermula.

"Kalau boleh, kita berbual ni janganlah ada sangka buruk. Biarlah kita berbual ni jangan berbual kosong, tapi kerana Allah. Ni nak pergi ke mana?" katanya memulakan bicara.

"Nak balik ke Kota Bharu, Kelantan." jawabku ringkas.

"Oh, dulu waktu muda-muda sebaya mu, aku pernah pergi mengaji pondok kat Kelantan. Dengan Allahyarham Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah tu" katanya lagi dalam bahasa Kelantan yang tidak fasih.

Namaku ditanya, dari mana hendak kemana, sebelum kisahnya dibuka. Katanya dia datang dari Melaka, datang untuk berjumpa doktor di hospital dan hendak berjumpa anaknya di Johor yang hendak ke Singapura namun tidak kesampaian atau entah bagaimana, aku pun tidak ingat urutan ceritanya. Ditunjuknya tiket bas bertarikh semalam sebagai bukti. Betul ke tidak, entahlah. Ditunjuk pula sehelai kertas dari sebuah hospital; tercetak erythrocytes, neutrophil, eosinophil, lymphocyte dan beberapa yang lain dengan peratusan-peratusan tertentu yang aku tidak faham. Katanya lagi, seharian dia berpuasa walaupun hari tu hari Selasa kerana kekurangan duit untuk beli tiket balik ke Melaka.

"Jadi, mu fahamlah kan?" tanyanya, tidak pula secara direct. Namun aku faham ertinya. "Kalau mu faham baguslah. Jadi sekarang sambil tunggu-tunggu ni aku nak berbuallah dengan mu."

Kutanya umurnya dan jawabnya dalam 60 hingga 70 tahun.

"Oh, tapi nampak macam gagah lagi, hehe," aku mencelah.

"Buat apa gunanya setakat gagah tubuh badan? Orang yang kuat iman, kuat takwa tu lah yang betul-betul gagah. Gagah tubuh saja takde gunanya" dia membidas.

Heh, betul juga. Aku tersenyum. Perbualan bersambung lagi, berkisar mengenai macam-macam perkara termasuklah mengenai jutawan kosmetik yang hangat suatu ketika dahulu, bagaimana anak-anak muda menjadi mangsa dan bertabarruj dengan mekap dan sebagainya.

Seorang perempuan dalam lingkungan 20-an datang duduk di atas bangku di hadapan kami. Baju putih sendat, jeans biru ketat dan berambut lepas namun suatu yang agak tipikal di ibu kota; leka bercakap di telefon bimbitnya.

"Maaflah kalau aku cakap ni macam kasar sikit. Tapi aku nak mu jaga diri mu molek-molek. Zaman sekarang ni manusia banyak dah macam telanjang je. Pakaian entah macam mana," suaranya ditinggikan, sengaja, lalu disambung lagi.

Beberapa ketika kemudian perempuan tadi berlalu pergi. Aku hanya banyak mengangguk, berkata ya. Sesekali mencelah pendek sebelum dia menyambung kembali bicaranya. Banyak juga betulnya. Mahunya dekat sejam juga mendengar sebelum aku meminta diri untuk pergi.
by FredFree at DeviantArt
Sempat kuhulurkan beberapa not kertas kepadanya sebelum berpisah. Cukup-cukup untuk duit tiketnya( + duitnya yang tinggal), dan mungkin juga sebungkus roti untuk berbuka. Berkali-kali pula ditanya duit aku cukup lagi ke tak. Rasanya kalau nak pekena subway pun boleh lagi 2 kali. Setakat ni, tu lah kali pertama dan terakhir jumpa. Kalau jumpa pun, entahlah aku ingat ke tidak.

Sewaktu berbual tu, sempat juga diajarnya satu doa untuk diamalkan di awal pagi. Katanya tu antara doa rabitah tapi aku dah lupa. Ingatkan boleh balik google tapi setakat ni takde pula jumpa macam yang diajarnya.
"Aku doakan Tuhan balas perbuatan baik mu ni dan semoga mu berjaya capai cita-cita mu"
Cita-cita aku? Ah, rumit!
via tumblr
Update : Mungkin sedikit naif, mungkin. Maklumlah, sekarang ni macam-macam orang sanggup buat nak dapatkan apa yang diorang nak. Agama pun sanggup diperkotak-katikkan. Manusia, memang boleh jadi sangat celaka. Sewaktu mula-mula ditegur pun, aku dah fikir, "Ha! Ni kes nak tipu duit ke?" Aku mungkin tak percaya ceritanya, tapi aku percaya wujudnya balasan Tuhan, bagi pun berhati-hati. Kalau dia tak setel dengan kita kat dunia, akhirat tak boleh lari lagi. Tapi, janganlah pulak balasan Tuhan dijadikan sebab semata-mata. Islam bukan naif, bak kata Ustaz Hasrizal (kalau tak silap) Jadi, pandai-pandailah dan berpada-padalah. (Dah fikir nak tulis part ni, tapi tak jadi. Lepas baca komen kudozu rasa nak tulis pulak)

Monologue : How, how and how (Fix You)

When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse
Some says we could never get what we want. Yes, it's true. Some also says that even we're not getting what we want, we would eventually end up with what we need. Wanting and needing, two different way things work. How do I know there are other things meant for me when there is something else in my mind, though? How do I know the time to give up chasing? How do I know it's not worth it waiting? How?

Some even says that we should not focus too much on the destination for we might miss the moment we're going through. Does it even mean that taking a longer route than others' do worth it, as long as I live the moment? What if I don't and still, I'm going for the same destination, and undeniably reach later? Is it really worth or is it just a dumb action, knowing that I could have actually walk along others, reach earlier but chose the other way that doesn't work the way I want? Oh yes, I do get that people make mistakes, and I'm included.
via tumblr
But, goddammit, how do I know it's worth chasing when time is killing??? How do I know it's the right thing wanting when all the responsibilities are threatening? Life isn't just about living it, as there are others clinging on us in it, right?
And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth
Stop fooling yourself around. Stop being so arrogant. Stop being so stupid to work on alone not to burden others when you know you just cant. You just cant. You were blind and proud to realize it before.

Dear Heart, please be brave enough to make one last, risky, foolish act. Please. Please. Please. Your life depends on it.


p.s : you are screwed up.
p.s.s : I don't wanna regret.

Melangkah Hari ke Hari

Alamak, spotcheck lah pulak
Terpacul ayat tu dari mulut sorang mamat yang berjalan dekat ngan aku untuk ke SMAWP tadi. Mana taknya, tetiba je nampak beberapa orang pak guards dengan mak guards ngah bersedia kat depan dalam 2, 3 meter dengan buku saman masing-masing. Nampak je diorang, beberapa orang yang nak pergi kelas pusing balik, termasuklah aku. Haha. Ada spotcheck lah pulak hari ni kat UIA PJ. Dahlah hari ni jugak aku tertinggal holder matric card kat mahalah. Nak taknak, terpaksa ah pusing balik pergi K-Shoppe dengan malasnya, beli yang murah-murah je.

Tak sanggup ah nak balik mahalah. Asalkan leh display matric card kat baju cukup. Malas aku nak soal jawab ngan pak guards mak guards tu. Jam waktu tu pun dah 10pagi. Lewat kang pergi kelas komputer. Lagi naya kena saman la, maksimum RM50. Tak sanggup doe. RM50 tu, boleh survive lebih seminggu. Tapi ada je yang escape dari kena saman, passing-passing matric card. Ada jugak dengar cerita bebudak Abu Bakar kena saman sebab pakai kain pelikat pergi cafe. Masalah betullah. Cafe diorang tertutup je kot. Ape la sangat. Aku pun malaslah nak layan dah benda-benda ni. Tapi so far, tak pernah kena saman lagilah. Budak baiklah kan? Haha.
by BlackJack0919 at DeviantArt
3 minggu kat sini, aku rasa wifi connection jauh lebih mengecewakan berbanding semester lepas. Entahlah mengapa. Akhirnya, terpaksa ah subscribe broadband jugak, pakai UMobile. (Terpaksalah sangat padahal before cuti semester hari tu lagi dah beli broadband) Guna plan murah je, yang prepaid punya. Agak ekonomikallah bagi aku. Pandai-pandailah decide bila nak guna wifi, bila nak guna broadband. (sebab limited plan) Kalau setakat nak bukak facebook, blogspot, pakai wifi je lah. Bypass je wifi connections yang ada. Lagi laju dari iium-community kowt. (Most of the time) Agak bestlah. Yang iium-community tu pulak, kekadang nak connect pun takes forever. Sungguh menyengalkan. Dah connected pun, cam siput. Nak laju, tunggu lah awal pagi atau lewat malam. Tapi kan, waktu bebudak balik cuti Deepavali ari tu, okey je kot. Laju.

Kat sini, dah beberapa hari dah Raudah Festival start. Nak tak nak, aku kena jugak jaga gerai. Dah selamat je escape dari MEDCY, sangkut pulak yang lain. Haha. Tapi bukan ape sangat pun. Jaga gerai je. Dahlah time kat sekolah dulu, aku tak pernah pun join jual-jual time hari sukan ke ape.

Hari ni dah 9 November. Entah dah berapa hari agaknya tak baca berita, sampaikan yang pasal AirAsia free seats tu pun dapat tahu dari orang lain. (Best kot tengok harga promo RM0 Haha) 2, 3 hari lepas asyik menyampah dengan berita-berita politik yang kurasakan kotor sampai malas nak bukak. Tambahan pula internet sengal. Tapi tu alasan je kot. Kalau nak baca sangat boleh je rembat Berita Harian percuma kat depan K-Shoppe. Tapi, kena awallah sebab dalam 7 pagi lebih dah habis la. Dan, bila sebut pukul 7 pagi ni, korang faham-fahamlah kan? Tapi, lepas je baca artikel yang Nurul Hani share kat facebook ni, Bahaya Tidur Selepas Subuh mungkin aku akan fikir dua kali terlebih dahulu. Tiga kali jika perlu.

Nampaknya entri kali ini tiada apa-apa, sekadar bebelan saja. Haha. Kepada yang ada test, quiz, oral, MUET, exam (ke korang dah habis exam? lupakah >_< ), selamat maju jaya. Aku pun tak lama lagi ada la quiz. Wowo.
via tumblr

p.s : Laju je belajar Math
p.s.s : 1 hari tak bukak Google Reader 100+ unread items. Ni hari kedua dah.

Satu Perjalanan Insani : Aku Datang dan Pergi

Langkah demi langkah kuambil, menuju ke arah pagar CFS, sambil tangan kanan menggenggam erat tali beg yang dibimbit, tidak cukup setakat yang tergalas. Beberapa orang pelajar CFS yang lain juga kelihatan berkejar keluar juga dengan beg masing-masing; ada yang besar, ada yang kecil. Ada juga yang berat begnya sehingga memerlukan kudrat tambahan dari rakan-rakan. Macam-macam ragam pula yang hendak balik bercuti semester ini.

(Ah, baku sekali! Bikin pusing otak ini.)
by tiboat8h at DeviantArt
Nak dijadikan cerita, aku pun tunggu la bas untuk ke KL Sentral dengan diorang. Walaupun aku tak kenal diorang pun, (mungkin jugak ada yang tak pernah bersua muka) okey la jugak sebab aku tak keseorangan. Hal ini demikian kerana tarikh hari ni 28 September, hari Selasa sedangkan orang lain dah pun balik beberapa hari lebih awal. So, takdelah meriah sangat. (Bajet nak enjoy dulu sebelum balik haha) Tapi, adanya diorang, sekurang-kurangnya ada jugak feeling nak balik cuti semester ni. Tambahan pula lagu The All American Rejects, Back to Me beralun merdu melalui earphoneku. Lagi la rasa nak cepat-cepat sampai rumah. Dulu waktu kecik-kecik selalu je dengar lagu Sudirman, Balik Kampung tu tapi tak pernah pulak aku hayati betul-betul. Sekarang barulah terasa.

Setelah beberapa ketika, bas pun tiba. Tambang untuk ke KL Sentral sebanyak RM1.90 dibayar dan kemudiannya bas mula bergerak menggunakan roda-rodanya yang bulat. Lagu Back to Me kuulang berkali-kali sewaktu perjalanan, sambil melihat pemandangan yang kurang hijaunya, yang akan kutinggalkan buat sebulan. Kelantan, aku datang, getus hati.

Itu cerita sebulan lebih yang lalu. Kini, aku berada kembali di sini, dikurung sekali lagi. Nak keluar kena tunggu hujung minggu. Dah tu, nak melayan pulak pak guards yang bengisnya kekadang dibuat-buat setiap kali tiba kat pagar CFS. Tapi kalau dah malas sangat usah hiraukanlah haha.
by Ferdafs at DeviantArt
Tak sampai sebulan pun lagi kat sini, tak lama lagi nak balik Kelantan sekali lagi dah. Seminggu lebih je dari sekarang. Namun, ada juga yang tak balik. Tiket habis tu masalah biasa. Ada pulak yang tak balik sebab call family kat rumah, nak tanya perlu ke balik dan dapat jawapan..
Bapak dulu time mengaji tak pernah pun balik rumah waktu Raya Haji
Tu kisah yang tak balik. Yang balik pulak..
Papa dulu time mengaji, asal ada je cuti, papa mesti balik punye. Takde cuti yang papa tak balik.
Tak kisah lah sape balik sape tak balik, yang penting aku balik haha. Takdelah. Walaupun korang tak balik, sekurang-kurangnya berkesempatan bertemu raya lagi, kan? Nasib baiklah sempat beli tiket. Kalau tak, merasalah beraya kat CFS ini yang langsung tak rasa macam raya sebab memang dah macam tak ada orang. Eh, tahu-tahu je aku kan? Dengar cerita orang je. Kepada yang berada jauh di perantauan tu, walaupun korang mungkin takde problem tiket kapal terbang habis, tapi kitorang di sini sentiasa memahami. Jadikanlah raya korang di sana hari yang penuh bermakna ye?

Memandangkan semester 2 dah pun bermula, dan sekarang sudah Week 2 dah pun, kelas pun mulalah berjalan sedikit luarbiasa disebabkan jadual yang baru, groupmates baru, lecturer baru, dan subjek baru. Tapi, ada jugak subjek yang tak start belajar pun lagi. Malah, tak kurang juga groups yang ada masalah itu dan ini segala bagailah. Alah, biasalah tu. Kalau bukan disebabkan pengurusan, masalah tu datang dari pelajar sendiri. Orang dah assign group ni, dia pi masuk group lain pulak. Tapi, biasalah tu beb, nak hiduplah katakan.
by Yuki-Yuri1312 at DeviantArt
Akhir kata, disebabkan malas sangat nak update, target aku untuk publish 10 post bulan 10 lepas pun tak tercapai. Haha. Jadi, maaflah buat pembaca sekalian sebab tak rajin-rajinkan diri untuk meng-update. (Pergh, bajet kowt hahaha) Walaupun tak ramai followers, tak banyak komen, tapi tak kisahlah kan? Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi baca rentetan hidup insan ini :)

Bertemu di lain hari, jangan lupa jaga diri.
p.s : korang, dah update :D
p.s.s : dah lama aku tak buat nota kaki kan
p.s.s.s : korban lembu! yeayyy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...