Showing posts with label 3rd P. Show all posts
Showing posts with label 3rd P. Show all posts

Yang Ketiga Ketika Pekat Malam

Mouse di tangan masih lagi rancak ditekan-tekan walau sebelah tangan lagi menahan kuap. Jam di sudut monitor laptop dipandang sekilas. Dah nak pukul dua pagi, 30 November. Task subjek Komputer punya pasal, dia bersengkang mata sebegini lewat. Kena buat presentation slide menggunakan Open Office Impress. Guna komputer punya pasal, berjaga sampai pukul 4 pagi pun dia sanggup. Kalau subjek lain, kirim salam awal-awal lagilah. Confirm tersungkur di tengah jalan punya.

Mouse ditekan-tekan lagi di meja study itu, nak pilih animation yang sesuai. Sunyi. Semua roommates dah tidur. Dalam sepi malam itu, hanya kedengaran kipas berkeriut dan speaker laptop sedang mendendangkan entah lagu nasyid apa yang ada dalam playlist. Tiba-tiba aje entah macam mana mood nasyid datang. Sekurang-kurangnya rasa dekat sikit dengan Tuhan sejak dua tiga hari dah tak dengar lagu orang putih yang terang-terangan bukan Islam tu. Kerja diteruskan lagi. Esok dah nak kena hantar.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!"

Astaghfirullah. Tersentak Farhan dari khusyuk kerjanya. Kepalanya terus berpusing ke arah Izad yang menjerit terlompat-lompat 3 meter darinya. Tidur Izad terganggu lagi. Dia meracau lagi. Dia akan datang ke sini dan gangguannya tu akan berhenti, sama seperti sebelum ni.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!" jeritan Izad kedengaran pula di compartment Farhan. Sangkaannya meleset. Salah!

Ha, sudah! Ape kena budak ni malam ni? Tangannya kelihatan cuba membuang sesuatu yang berada di badannya sedang mulut pula tak berhenti-henti berteriak sedari tadi. Izad cuba dipegang namun berkali-kali bolos. Dia terus meracau-racau, melakukan perkara yang sama di hadapan Farhan.

"Aizad!" Farhan cuba memanggil rakannya itu yang entah sedar entah tidak. Panggilannya itu hanya dijawab dengan jeritan yang berlarutan dari tadi.

"Aaaaargh!!!! Aaaaargh!!!!" sekilas, muka Izad memandang Farhan, mata bertentang. Mukanya pucat. Matanya terbuka luas. Dia terus menjerit. Seolah-olah ketakutan. Berderau rasanya darah melihat.

Sudah! Apakehal ni? Kena rasuk ke? Nak kena picit ibu jari kaki ke? Ah, tak mungkin, dengan dia meracau-racau macam tu! Nak kena baca ayat apa ni? Terlintas di fikiran untuk melaungkan azan namun mulutnya lebih pantas.

"Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!"

Sepi, tiba-tiba. Jeritan Izad lenyap terus. Diam.

Dipandangnya sahabat yang kini berdiri dengan kepala bertunduk ke bawah. Badannya kaku, tak bergerak.

"Aizad? Kau okey?" Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Izad. Takut-takut meracau lagi.

Tiada jawapan. Senyap.

"Aizad? Okey ke? Jawab."

Dia mengangguk perlahan, lalu duduk di birai katil. Senyap lagi.

"Macam orang nak perang je." Erol datang menjenguk, dengan mata sedikit kuyu. Tidur dia terganggu nampaknya.

"A'ah. Bising je." Is pula menyusul. Terjaga juga.

Kini ketiga-tiga pasang tertumpu pada Izad yang duduk tertunduk di birai katil dengan penuh tanda tanya. Masih lagi diam. Dia sengih sendiri, menggeleng kepala. Haru rasanya bila difikirkan benda yang baru jadi sekejap tadi. Haru. Dia bingkas bangun, menuju ke compartmentnya tanpa sepatah kata. Entah boleh tidur balik ke tak lepas ni.

Farhan, Is dan Erol mengekori langkahnya dengan pandangan mata. Dua pasang beralih pula kepada Farhan yang masih lagi duduk di kerusinya. Dia memandang balik, mengangkat bahu. Kedua-duanya berlalu dari situ.

Farhan menghadap balik laptop kesayangannya, menyambung kerja yang hampir siap. Kejap lagi bolehlah tidur.

***

E-Cafe kelihatan sesak seperti biasa menjelang waktu Maghrib hari Isnin. Ada yang nak berbuka puasa. Ada yang menjadi peneman kepada yang berpuasa. Ada juga yang langsung tak puasa. Saja je nak makan waktu tu. Sekali sekala kedengaran suara makcik pakcik kafe melaungkan order yang sudah siap dimasak. Bingit.

"Weh, ko apehal semalam?" Tanya Farhan membuka bicara, sambil-sambil menunggu order siap. "Kau nampak apa pulak semalam? Dengar apa?"

"Semalam?" Izad ketawa tawar. "Takdelah nampak apa, dengar apa. Tapi semalam aku rasa macam ada orang pegang aku waktu aku tidur. Macam ada tangan pegang aku."

"Eh? Habis, semalam yang tangan kau macam tengah cuba buang benda dari badan kau tu sambil menjerit-jerit, tangan tu la?"

"Oh, aku buat macam tu ke? Aku pun tak perasan." Dia pun tak sedarlah apa yang dia buat semalam. "Dah ada tangan tiba-tiba pegang aku, maunya tak menjerit-jerit, cuak. Serius, seram gila!"

"Ceyh, kau ni. Kau ada nampak tak aku semalam time meracau-racau tu?" Farhan teringat kembali muka Izad yang pucat habis dengan mata terbeliak luas memandangnya. Macam nampak hantu.

"Err, tak pulak. Maybe aku tak sedar kot masa tu. Tak ingat."

"Kau dengar tak aku takbir semalam? Yang sampai si Erol tu kata macam nak perang je bunyinye." Dia belum habis menyoal.

"Ada ke? Rasanya yang aku ingat, aku dengar kau panggil nama aku je. Lepas tu kau suruh aku jawab and aku angguk."

"Ah, pulak! Kau ni, memanglah." Nampak sangat memang tak sedar langsung member dia ni semalam.

"By the way, kau ingat lagi kan yang 1st case hari tu? Yang aku nampak tangan macam nak pegang aku kat tingkap tu." Izad membuka cerita lama.

"Eh, kau nampak benda tu kat tingkap ke? Tak tahu la pulak aku."

"Kat tingkaplah. Aku dengar cerita, RMDD (Residential, Management and Discipline Department) sebelum ni pun memang pernah dapat report ada orang nampak tangan kat tingkap."

via tumblr


Kita Jumpa Lagi Minggu Depan

Biliknya di Mahalah Umar al-Khattab itu dipandang sekilas. Kosong. Gelap. Aiman dah balik, Azri pun dah balik, Fendy pun dah balik. Dah semua rumah area Selangor je, balik awal-awallah kan. Dia juga yang kena balik rumah jauh nun di Kelantan. Ala, Kelantan je pun. Bukan kena langkau benua lain, rentas lautan apa semua. Bukan UK. Bukan US. Bukan Mesir. Bukan Australia. Kelantan. Qalbuddin yang baru tiba dari Nilai sekejap tadi pun sudah berkejar ke surau terlebih dahulu; hendak solat awal-awal dek khuatir auntie-nya tiba sekejap lagi. Pintu bilik ditutup rapat-rapat.

Kita jumpa lagi minggu depan.

***

Dah pukul 9 malam. Kelihatan ramai student CFS berkelompok di sana sini sekitar Mahallah Fatimah az-Zahra dengan beg masing-masing. Semua nak balik Kelantan. Kalau semester lepas, satu bas je. Kali ni, dah dua bas pulak. Demand meningkat nampaknya.

Farhan merebahkan badannya di atas kerusi bas. Takdelah empuk macam katil yang sedang menanti di rumah, namun harapnya takdelah merana tulang belakang malam ni. Dah serik dah kena dulu. Menunggu semua seat penuh, cukup 40 orang, bermacam-macam jenis suara mengisi ruang. Perempuan mostly. Well, biasalah tu, perempuan memang selalu bising. Selalu je ada benda nak keluar mulut.

Apekehal pulak kau ni Farhan. Bercakap dengan diri sendiri pun dah ada macam gaya Mr. K hentam-hentam kaum Hawa. Haiseyy.. Hati kecilnya berbisik.

"Sorry la ye! Bas ni bas ganti. Sepatutnya kita naik bas lain, tapi entahlah macam mana terpaksa tukar. Sorry ye!" Suara manager bas meminta maaf mengisi ruang lagi.

"Sudah-sudahlah tu. Asalkan selamat sampai Kelantan sudah." Farhan menggumam rendah. Dah serabut mendengar ayat sama yang entah buat kali keberapa.

Doa memulakan perjalanan dibacakan, lalu diaminkan ramai-ramai seraya bas mula bergerak. Eloklah tu baca doa ada background song kat belakang. Entah lagu Melayu entah apa apa entah yang dimainkan oleh TV bas. Haram langsung tak sedap. Video pun takde motif seciput. Record video perempuan lenggeng sana lenggeng sini lepas tu play secara slow motion. Ape kejadahlah punya lagu. Uncle driver bas pun satu. Dah tua-tua pun layan lagi lagu macam tu. Mau ingat sikit la. Kubur kata mari.

Tangan kanan mencari-mencari earphone di dalam bag pack. TV mula menayangkan filem ape entah menggantikan lagu tadi. Lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Sumpah, tak best langsung. Macam manalah industri filem nak maju. Memang patutlah pun mata telinga dia alergi sikit dengan cerita-cerita, lagu-lagu Melayu. Farhan tak ambil pusing. Jari-jari kanan rancak menekan buttons handphone.

Earphone disumbat ke dalam ear canal. Dunia sekeliling mula membisu. Pandangannya dilontar keluar. 30 songs in the playlist. Cukuplah untuk 2 jam sebelum terlelap. Bas terus meluncur laju dalam pekat malam. Mid-break semester dua dah bermula.
via tumblr


Heh. Datang Lagi..

"Kau je la jadi imam." Seorang bersuara, mencadangkan.

"Ler, aku ke?" Bertanya pula yang disuruh tadi.

"Ye la, kau la. Kat sekolah kau dah jadi ketua, kat sini pun apa salahnya." Seorang yang membisu sedari tadi menjawab.

Jam dah pukul lapan malam lebih. Sembahyang maghrib pun belum lagi. Maklumlah, diorang baru sampai di chalet Pantai Pasir Hitam, Langkawi tu, baru sign in. Letih pun masih lagi mencengkam diri. Penat.. penat.. Cikgu pun, kenapa la tak buat slot solat jemaah. Haisy..

"Ye lah, ye lah. Aku je." Acuh tak acuh saja gayanya.

"Orait." Tiga yang lain serentak membalas.

Masing-masing berdiri di bucu katil dengan sejadah terbentang di hadapan. Seorang di depan, tiga di belakang. Iqamat dibacakan cepat-cepat. Lambat karang, melepas maghrib.

"Allahuakbar"

Tiga di belakang mengikut. Doa iftitah dibaca dari awal sampailah habis, masing-masing. Tunggu bacaan imam pula. Tunggu. Dan terus tunggu..

Diam, sepi tak berbunyi sejak takbir pertama lagi terus mengisi ruang.

Mak ai.. Tak habis-habis lagi ke baca doa iftitah imam ni. Takkanlah panjang berjela punya doa iftitah. Sunat je pun. Resah si makmums.

"Allahuakbar" Imam di depan melaungkan takbir sambil membongkok rukuk. Aik? Mana al-Fatihahnya? Mana surah lazimnya?

Ketawa berderai di belakang, mau pecah perut ketiga-tiga orang. Nak terguling pun ada rasanya kot. Imam pula entah ke mana rukuknya tadi, turut tergelak. Batal semua punya solat.

"Okay, okay. Kita semayang sendiri-sendirilah." Cadang seorang dengan sisa tawa, memandang yang lain yang sedang pegang perut.

Memori itu terhenti di situ. Entahlah angin mana yang datang menyampuk, membawa memori waktu sekolah rendah itu menerjah fikiran Farhan. Datang tak bersalam pulak tu. Masa tu, budak-budak lagi. Muda-muda belaka. UPSR tak lagi. Tak fikir apa pun lagi pasal dunia ni. Mentah.

Alang-alang pintu dah berketuk, melayang pula fikiran ke ruang masa yang lain.

Teringat pula dia sewaktu darjah satu, classmatenya dihentak muka ke meja oleh teacher English. Masih awal tahun lagi masa tu. Entahlah sebab salah apa. Kesian juga tengok. Satu kelas membisu, sekadar melihat. Nak bersuara pun takut. Teacher garang!

Masuk darjah tiga, entah nasib macam manalah dia boleh dijodohkan lagi dengan teacher English darjah satu. Masalah... masalah.. Tapi, mujurlah taring teacher dah tumpul, agaknya. Paling teruk pun, dia sendiri pernah kena denda berdiri di depan kelas je; bersama lima lagi jejaka berumur 10 tahun. Berdiri je. Nasib baik. Maunya kena buka baju.. buka..

Fikiran melayang pula ke waktu darjah lima. Subjek bahasa Inggeris kali ni dah dapat teacher lain. Yes! Subjek yang diminati pula tu. Heaven. Tapi, heaven tak heaven pun, pernah juga merasa berbaring di koridor; tak siap homework vocabulary punya pasal. Padahal berapa patah perkataan sangatlah yang tinggal tu. Bau lantai koridor yang berhabuk tu kembali terasa menusuk hidungnya.

Ai, mahu saja kucium-cium dikau wahai lantai. Ah, takpe. Bila buat benda macam ni secara berjemaah, tak terasa sangatlah bebannya.

Layang fikiran berhenti lagi. Jauh sangat dilayan karang, entah sampai ke mana la jawabnya.

"Kau dah besar, Farhan. Dah besar.." Dia berbisik sendiri.

Namun, katanya itu bagaikan sekadar mimpi. Esok lusa dilupakan lagi. Hidupnya dia di alam mimpi. Sehari dua ini, mula lari dari realiti. Sampai bila nak jadi begini? Sampai bila wahai diri?
by Magnesina


Knock Knock, Door Of Memory

Halaman terakhirnya dibelek perlahan, slow motion habis memang sampai berjela-jela frame takde penamat dalam Sony Vegas kalau nak buat video. Puas hati, teruja rasanya. Novel [tunas] Hlovate tu dihempasnya perlahan ke atas katil. Dia rasa menyesal pulak pinjam novel tu daripada Zulhelmi. Kalau sendiri beli, bolehlah buat koleksi macam novel Harry Potter yang ada kat rumah tu, dari yang first sampai nombor tujuh. Time rasa nak baca lagi, bolehlah belek je. Kalau dah pinjam orang punya, susah.

Ah, tak apa. Kalau nak sangat beli je la kan? Getus hatinya sambil otak pula sedang mencerna ending kisah tu. Satisfied.

Dipandangnya kembali cover novel tu yang membuatkannya terkenang kembali zaman sekolah menengah dulu. A'ah, sappy kot. Dari tingkatan satu sampailah tingkatan enam, kisah dengan kawan-kawan lagi pun dah berapa banyak. Tu tak kira cerita-cerita yang tak masuk syllabus lagi. Nak ingat satu-satu, memang tak habis! Dari dulu dia yang pernah skema tahap tak habis, sampai dah transformed jadi lain.

Ceh, nostalgic la pulak kau Farhan wey. Bisik hatinya lagi.

Ya, nostalgia yang indah. Teringat pula dulu Nabil pernah quote ayat abang or kakak dia yang entahlah keberapa. Hehe.

"Korang nanti kalau dah masuk U ke, keluar U ke, kerja ke, pencen ke, konfem akan miss ah nanti time sekolah"

And yeah, he was right. Dia pun sedikit merasainya hasil penangan [tunas]. Satu zaman yang indah, juga satu zaman yang buat dia rasa tak puas hati amat dengan diri sendiri. Dia tahu bahawa jalannya sekarang bakal membuat sejarah hitam berulang kembali.

"Bukalah wahai mata, sedarlah wahai hati.."
by Valimar
p.s : apakenama la title bahasa mat saleh, content bahasa melayu. Err, mostly.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...