Assalamualaikum, pukul berapa sekarang?

Tegur seorang tua yang baru saja melabuhkan punggungnya di sebelah aku sewaktu aku sedang membaca sebuah buku (yang sampai sekarang belum habis dibaca lagi) di atas sebuah bangku di KL Sentral.

by DianaCretu at DeviatArt
"Waalaikumussalam, pukul 4.00 petang," balasku.

Sungguh cliche, namun begitulah kisah kami bermula.

"Kalau boleh, kita berbual ni janganlah ada sangka buruk. Biarlah kita berbual ni jangan berbual kosong, tapi kerana Allah. Ni nak pergi ke mana?" katanya memulakan bicara.

"Nak balik ke Kota Bharu, Kelantan." jawabku ringkas.

"Oh, dulu waktu muda-muda sebaya mu, aku pernah pergi mengaji pondok kat Kelantan. Dengan Allahyarham Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah tu" katanya lagi dalam bahasa Kelantan yang tidak fasih.

Namaku ditanya, dari mana hendak kemana, sebelum kisahnya dibuka. Katanya dia datang dari Melaka, datang untuk berjumpa doktor di hospital dan hendak berjumpa anaknya di Johor yang hendak ke Singapura namun tidak kesampaian atau entah bagaimana, aku pun tidak ingat urutan ceritanya. Ditunjuknya tiket bas bertarikh semalam sebagai bukti. Betul ke tidak, entahlah. Ditunjuk pula sehelai kertas dari sebuah hospital; tercetak erythrocytes, neutrophil, eosinophil, lymphocyte dan beberapa yang lain dengan peratusan-peratusan tertentu yang aku tidak faham. Katanya lagi, seharian dia berpuasa walaupun hari tu hari Selasa kerana kekurangan duit untuk beli tiket balik ke Melaka.

"Jadi, mu fahamlah kan?" tanyanya, tidak pula secara direct. Namun aku faham ertinya. "Kalau mu faham baguslah. Jadi sekarang sambil tunggu-tunggu ni aku nak berbuallah dengan mu."

Kutanya umurnya dan jawabnya dalam 60 hingga 70 tahun.

"Oh, tapi nampak macam gagah lagi, hehe," aku mencelah.

"Buat apa gunanya setakat gagah tubuh badan? Orang yang kuat iman, kuat takwa tu lah yang betul-betul gagah. Gagah tubuh saja takde gunanya" dia membidas.

Heh, betul juga. Aku tersenyum. Perbualan bersambung lagi, berkisar mengenai macam-macam perkara termasuklah mengenai jutawan kosmetik yang hangat suatu ketika dahulu, bagaimana anak-anak muda menjadi mangsa dan bertabarruj dengan mekap dan sebagainya.

Seorang perempuan dalam lingkungan 20-an datang duduk di atas bangku di hadapan kami. Baju putih sendat, jeans biru ketat dan berambut lepas namun suatu yang agak tipikal di ibu kota; leka bercakap di telefon bimbitnya.

"Maaflah kalau aku cakap ni macam kasar sikit. Tapi aku nak mu jaga diri mu molek-molek. Zaman sekarang ni manusia banyak dah macam telanjang je. Pakaian entah macam mana," suaranya ditinggikan, sengaja, lalu disambung lagi.

Beberapa ketika kemudian perempuan tadi berlalu pergi. Aku hanya banyak mengangguk, berkata ya. Sesekali mencelah pendek sebelum dia menyambung kembali bicaranya. Banyak juga betulnya. Mahunya dekat sejam juga mendengar sebelum aku meminta diri untuk pergi.
by FredFree at DeviantArt
Sempat kuhulurkan beberapa not kertas kepadanya sebelum berpisah. Cukup-cukup untuk duit tiketnya( + duitnya yang tinggal), dan mungkin juga sebungkus roti untuk berbuka. Berkali-kali pula ditanya duit aku cukup lagi ke tak. Rasanya kalau nak pekena subway pun boleh lagi 2 kali. Setakat ni, tu lah kali pertama dan terakhir jumpa. Kalau jumpa pun, entahlah aku ingat ke tidak.

Sewaktu berbual tu, sempat juga diajarnya satu doa untuk diamalkan di awal pagi. Katanya tu antara doa rabitah tapi aku dah lupa. Ingatkan boleh balik google tapi setakat ni takde pula jumpa macam yang diajarnya.
"Aku doakan Tuhan balas perbuatan baik mu ni dan semoga mu berjaya capai cita-cita mu"
Cita-cita aku? Ah, rumit!
via tumblr
Update : Mungkin sedikit naif, mungkin. Maklumlah, sekarang ni macam-macam orang sanggup buat nak dapatkan apa yang diorang nak. Agama pun sanggup diperkotak-katikkan. Manusia, memang boleh jadi sangat celaka. Sewaktu mula-mula ditegur pun, aku dah fikir, "Ha! Ni kes nak tipu duit ke?" Aku mungkin tak percaya ceritanya, tapi aku percaya wujudnya balasan Tuhan, bagi pun berhati-hati. Kalau dia tak setel dengan kita kat dunia, akhirat tak boleh lari lagi. Tapi, janganlah pulak balasan Tuhan dijadikan sebab semata-mata. Islam bukan naif, bak kata Ustaz Hasrizal (kalau tak silap) Jadi, pandai-pandailah dan berpada-padalah. (Dah fikir nak tulis part ni, tapi tak jadi. Lepas baca komen kudozu rasa nak tulis pulak)

6 comments:

November 13, 2010 at 11:46 PM Unknown said...

leh ko? po x bez jah wowo

November 14, 2010 at 12:10 AM Anonymous said...

sayam, mungkin pernah mung alami tapi mung akan jumpe ramai lagi orang yg macam ni di KL. takde duit and crite kisah pelbagai. untuk mung percaya terpulanglah tapi bagi aku jangan beri terlampau banyak. cukuplah if dia boleh mintak dengan orang lain pula. sebab kita tak tahu kadang2 sebenarnya kita kene pow~

-kudozu

November 14, 2010 at 12:23 AM Unknown said...

a'a. aku dah fikir pun macam tu. tapi aku percaya balasan setiap perbuatan :D

November 14, 2010 at 12:48 AM Anonymous said...

u said the same thing, sama mcm abg aku. hehe.
-kudozu

January 20, 2011 at 9:48 PM may0nis said...

stilL de ag kerr org cani?? ssah nk jmpe zmn skunk..tringin gk nk tgk rupe dye cane...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...