Aku mungkin bukan orang yang tepat untuk membuat ulasan tentang festival ni memandangkan aku pun tak betul-betul melibatkan diri dan pandangan aku pun agaklah terhad; sebagai participator yang hard-core tak, apatah lagi sebagai committee, lagilah tak. Banyak-banyak talk yang ada, ada jugak yang rasa berminat nak pergi, tapi lastnya tak pergi jugak pun. Haha. Games malas nak join, pameran kat AMF hari tu pun pergi tengok sekejap je. (cambest je) Pementasan teater pun tak pergi. (tapi dengar kata sampai melimpah AMF malam tu) Ish, semua benda tak join? Apa ni?! Haha.
Satu yang tak best, semua cafe ditutup sempena hari berlangsungnya bazar RAFEST ni, dari 12 November hingga 14 November. Tapi yang pasti, even weekend pun aku takkan turun ah ke cafe mahalah kat bawah ni, apatah lagi nak pergi cafe mahalah orang lain yang lebih kurang je. Awal-awal kat sini dulu bolehlah tahan kot tapi sekarang tak mahu dah aku. Memanglah susah nak cari cafe yang dirasakan boleh dijadikan tempat makan, semua tempat ada baik buruknya, namun, nasib baiklah kiosk wujud sebagai penyelamat. Dah tu pulak, makanan yang dijual kat RAFEST kebanyakannya cam mahal ah. Even ada satu gerai tu claim nasi diorang yang termurah kat RAFEST, serendah RM2.50 je, tapi seriusly, lagi berbaloi kalau makan kat cafe ah. (Tapi cafe tutup aa) Ada jugak makcik-pakcik luar datang berniaga kat sini. Ada satu menu tu aku jumpa, harga RM2.50 sebungkus tapi rasanya kalau kat pasar malam pun RM2.00 je kot. Memang naik la bajet makanan hujung minggu ni. Haiz. Masa ngah taip ni pun, sempat lagi chatting ngan Karmani.
Okay, mungkin sebab sewa tapak mahal la kot, kan? Kat sini semua gerai beroperasi di bawah khemah-khemah putih dan bawah setiap khemah tu pulak kebanyakannya beroperasi dua buah gerai yang berbeza, dikendalikan oleh pelajar-pelajar CFS. Tapi, seriusly, aku rasa kesian pulak tengok gerai-gerai kecil persatuan-persatuan tertentu. Diorang jual ape la sangat. Cukup ke income diorang untuk bayar duit tapak? Okey, duit tapak mungkin lepaslah, mungkin, haha, tapi cukup ke nak dapatkan balik modal? Alah, adat berniaga mesti ada untung rugi kan? Tapi, kesian la. Tu je aku nak cakap, kesian. Haha. Ada jugak nampak gerai yang bukak bekas duit jualan diorang bila pihak yang berwajib datang mintak duit sewa tapak. Kesian, memang. Kat dalam bekas tu pun ada berapa hinggit je. Alah, adat berniaga la kan? (Sekali lagi)
Asyik yang tak best je. Apa sebenarnya yang best RAFEST ni? Entahlah, korang fikirlah sendiri. Haha. Okey, cukuplah pasal RAFEST ni. Sekarang kena buat keputusan sama ada nak pergi kiosk beli makanan atau nak tunggu gerai bukak. Tapi harap-harap dapat nasi-and mee goreng free pulak hari ni cam semalam masa on the way ke gerai. Ah, nasik..
By the way, bintun Cikgu Math aku dah buang pun layout blog dia yang menyakitkan mata sebelum ni. Siap condemn aku lagi kat awal entry haha. Walaupun layout tu takdelah secantik layout blog aku ni, tapi kira okeylah kalau banding ngan yang sebelum ni. Boleh jugak nak baca and bagi komen-komen yang membina. Tapi satu je, dia letak jugak lagu yang auto-play, yang tidak digemari oleh kebanyakan pelayar blog. Kalau lagu best, boleh dimaafkanlah. Sekurang-kurangnya terbukak jugak minda sikit. Tapi Rossa? Tak layanlahhh. (Hoh niihh, baru banyok kecek hahahahaha)
Minggu depan dah raya. Nasib baiklah quiz Math and Physics lepas raya. Yezza!
4 comments:
ceyh,,,
blas dndam nampak........
mangkuk tingkat 14 tol dak nih..
xpo2...
kitew tnggu dal lihat..
[kutuk lagu rossa ak?krg asam]
he he he
orait. setia menunggu. bring it on. cewahhh. hahahaha
wahh,,
deybey desss...
xpo2...
haha...sme2...aq p0m pkir can2 gk...baek psar dr bazar...huhu..x smpai aty k0t nk kuar duet...
Post a Comment