Dia punya jiwa kedua, tempat berkongsi rasa. Pahit, manis. Derita, bahagia. Terkadang, kau iri. Bagaimana mereka boleh begitu. Sedang kau, tiada siapa.
Semua dipendam sendiri. Kelat, pedih, telankan saja. Tahan selagi mampu. Sombongkan diri dari meminjam tangan insan lain? Egokah itu? Sedang kau cuma mahu berdikari, jauh sekali menyusahkan lain insani. Buat apa kacau mereka? Buang cemburu itu jauh ke sana.
Allah kan ada.
Tuesday, April 23, 2013
0
Saturday, April 13, 2013
2
499 Hari
499 hari telah berlalu.
Hari-hari yang bisu.
Bisu dari kata-kata, bisu dari coretan rasa.
Lalu hari ini aku kembali.
Ya.
Kembali.
Pulang ke teratak lama ini.
Yang penuh dengan cerita dulu.
Aku menulis lagi, mungkin.
Siapa tahu?
Biiznillah.
Hari ini Sabtu. Alhamdulillah. Aku hidup lagi.
Hari-hari yang bisu.
Bisu dari kata-kata, bisu dari coretan rasa.
Lalu hari ini aku kembali.
Ya.
Kembali.
Pulang ke teratak lama ini.
Yang penuh dengan cerita dulu.
Aku menulis lagi, mungkin.
Siapa tahu?
Biiznillah.
Hari ini Sabtu. Alhamdulillah. Aku hidup lagi.
Thursday, December 1, 2011
2
Peeking
Hello. Sorry for the hiatus. I've been busy with stuffs (though this is only recently applicable).
It's been quite a time since I last created something using Macromedia Flash. (I don't use Adobe Flash) Well, here is one.
Kthxbye.
It's been quite a time since I last created something using Macromedia Flash. (I don't use Adobe Flash) Well, here is one.
![]() |
View it here. (Do play flash full screen) |
Kthxbye.
Sunday, August 28, 2011
1
Sunday, August 7, 2011
0
Marhaban ya Ramadhan
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda..
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”” (HR. Muslim no. 1151)
***
Pinggan itu ditariknya lebih dekat. Baunya menusuk terus ke dalam nasal cavity. Allah! Mulut pun dah tak tahan dah. Tangan menggaul-gaul pulut dengan kelapa parut menjadi gumpalan sambil mulut terkumat-kamit membaca basmalah. Rezeki jangan ditolak. Tapi satu, sayang betul sorang je. Kalau ada isteri bolehlah main suap-suap macam Rasulullah dengan Aishah. Ish, silap betul. Pulut di tangan dibawa ke mulut yang terbuka tidak sabar.
Kosong. Tak rasa apa-apa. Rafique bingung. Mulutnya dibiarkan tak tertutup. Kosong. Pulut di hadapannya lenyap. Segalanya di sekelilingnya lenyap. Pulut di tangan juga lenyap. Kat mana ni? Otaknya cuba mencerna entah di mana dia berada.
Atas katil. Bantal di tangannya yang entah bila menjelma menjawab persoalan.
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan
Opick - Ramadhan Tiba menerjah masuk corong telinga dari speaker laptop di atas meja. Astaghfirullah. Tangan kanannya meraup muka. Takkanlah sebab terlepas sahur tadi pun sampai terbawa-bawa ke dalam tidur. Sadis sungguh! Tapi bukan sahur je lah. Amal pun burnt sekali. Entah dah berapa kali agaknya. Yang hari ni, anggaplah ujian hari ketujuh Ramadan. Heh.
Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Syahru Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Irama Haddad Alwi mendendangkan Marhaban Ya Ramadhan pula menggantikan Opick. Ada suara budak-budak pulak tu. Macam comel je. Macam manalah bila dapat anak nanti. Ish, sempat lagi kepala ni! Tak cukup nak mengarut dalam mimpi je.
Jam di tangan dipandang sekilas. Dah nak Zuhur. Sudah-sudahlah tidur sunat.
Subscribe to:
Posts (Atom)