Suatu Pagi Yang Sungguh Nyaman

Kaki dihayunnya laju-laju mengambil langkah pulang ke mahallah dari Mahallah Aisyah. Rafiq yang masih lena ditinggalkan senyap-senyap. Sengaja, tak mahu menganggu tidurnya. Nak buat macam mana, dia stay up sampai dekat pukul 2 semalam semata-mata nak 'study Fizik untuk kuiz' pun dah rasa terseksa biji mata. Entahlah mengapa, waktu lain okey je. Si kawan tu pulak pi bantai online entah sampai pukul berapa, dia pun tak tahu. Dia dah landing dulu.

Pagi ni tenang je. Ramai yang masih tidur lagi. Biasalah tu. Kolej. Tak nampak kelibat sesiapa pun kecualilah seorang makguard yang sedang berjalan ke arahnya. Entahlah ke mana dia hendak pergi. Dilangkahkan lagi kakinya. Mandi pun tak lagi ni. Kantoi kang..

Kedengaran bunyi air mengalir dan secara refleks kepalanya berpusing 90 darjah ke kanan, melihat longkang. Longkang? Diamatinya sekejap longkang tersebut walaupun kaki terus melangkah. Kelihatan sedikit pelik, longkang itu. Dah berpuluh-puluh kali dia lalu sini pun, tak pernah lagi perasan longkang itu pecah-pecah. Ada air mengalir dari bahagian bawah, tapi tak dari bahagian atas. (Longkang itu berada di bahagian lereng) Yeke? Entahlah. Tapi itulah yang dia perasan. Dia tak ambil kisah sangat.

"Makcik dah agak, mesti awak akan tengok tangga tu." Kedengaran suara seorang wanita menyapa.

Pantas kepala berpusing 90 darjah ke hadapan kembali. Oh, makguard tadi.

"Eh? Tangga?" Haila, kebetulan pula longkang tu sebelah tangga. Tangga mahallah perempuan. Baru faham apa yang dimaksudkan.

"Ye. Awak tengok tangga tu tadi kan?" Makcik tu bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Taklah. Saya tengok longkang tu tadi." Dia membalas jujur. Betul! Memang longkang!

"Ye ke tengok longkang?" Dia bertanya lagi. Belum yakin, mungkin.

"Betullah. Saya tengok air mengalir tadi." Dijawabnya lagi, juga jujur. Habis, nak jawab apa? Takkanlah nak mengaku benda yang tak dibuat?

"Ye? Macam tahu-tahu aje makcik ni kan?" Dia menambah, belum mahu mengalah.

"Memanglah makcik tahu. Kan makcik nampak tadi." Terus dijawabnya. Sudah terang lagi bersuluh. Matahari pun semakin tinggi di dada langit. Terang-benderang.

Makcik tu diam, sekadar merenungnya. Dia sekadar tersengih melihat kembali. Agak-agak dia perasan tak gigi yang belum bergosok ni? Makcik ada nak kata apa-apa lagi?

"Kamu tak balik ke raya ni?" Terus berpusing topik perbualan 180 darjah dari yang asal. Esok cuti Tahun Baru Cina.

"Tak balik makcik. Nak balik pun dengar cerita tiket nak balik sini dah habis. Yang ada pun bas tambahan. Dah la.."

"Eh, kamu asal mana?" Dia memotong jawab yang belum sudah.

"Kelantan." Dah hilang segala ayat yang dikarang di dalam otak tak berkesudahan tadi.

"Oh, Kelantan. Patutlah. Kelantan memang ramai orang balik." Sambung makcik tu sambil mula melangkah pergi.

"Makcik tak balik ke?" Dia sekadar bertanya dari belakang makcik tu yang sudah meninggalkannya.

"Tak balik. Makcik tak cuti." Balasnya sedikit sayup-sayup.

Dia sekadar melihat makcik tu berlalu pergi. Tersenyum.


Alhamdulillah, entri yang ditaip bermula dengan sedikit rasa tidak puas hati kerana dituduh sembarangan berakhir dengan rasa geli hati. Yang aku gatal nak tengok longkang tu kenapa? Haha. Aku takdelah nak sangat tengok perempuan sampai macam tu makcik. Tapi, dah sebahagian daripada tanggungjawab makcik jugak ye. Nak buat macam mana. Tapi harapnya makcik boleh melakukannya dengan lebih jaya. Semoga makcik dirahmati Allah. Lain kali kalau ada masa kita bersembang panjang-panjang ye? Kehkeh.

***



by FortyHadith
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said : I heard the messenger of Allah PHUB say: "Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...