Kamera Dan Masa Hadapan

Semakin hari ni kan, semakin ramai nampaknya kawan-kawan aku yang punya kamera-kamera saiz bagak yang selayaknya dipanggil digital single-lens reflex camera (DSLR). Ada jugak yang macam beli guna duit baki beli gula-gula. Aku pun ada hati jugak la nak satu. Bukan la sebab benda alah tu dah jadi trend budak-budak zaman sekarang yang tak tahu apa pun pasal kamera asalkan boleh gantung kat leher, tapi lebih kepada sebab aperture and shutter speed. Takkan tu je sebab kot? Haha. Sumpah aku tak tahu apa-apa lagi jadi jangan tanya. Apa-apa pun, aku nak jugak benda alah tu.

Tapi, tu dulu la kot, atau mungkin tak buat masa sekarang. Tak cukup masanye aku nak top up ilmu fotografi, atau lebih tepat lagi diistilahkan sebagai malas. Minat tu ada tapi yelah, malas. Walaupun suka ambil gambar, tapi aku lagi suka ada dalam gambar haha. Poyo gila la kan? Haha. Bukan nak suruh semua orang tengok pun, aku sorang cukuplah.

by CrazyKcee at DeviantArt
Tambahan pula, sebagai sorang student, DSLR agak sedikit tidak praktikal untuk aku. Yelah, kamera aku yang sekarang ni pun (sedang sakit) selalu diguna untuk snap photo orang lain punya tutorials, assignments, dan lab reports serta lecture slides (sebab lecturer tak bagi copy file slide. hampeh). So, cuba la korang bayangkan, waktu lecture ada orang kachak! kachak! gambar slides pakai DSLR, tambah-tambah yang siap guna flash lagi. Tahu-tahu la kan?

Lagi satu, bila kita jenjalan ambik gambar, jumpa la pulak sorang ni yang kita taknak bagi dia sentuh kamera kita apatah lagi sentuh. Yelah, takut rosak kan. Apa korang nak buat? Kalau kamera compact boleh la nak sorok dalam poket ke baju ke kan? Kalau DSLR pulak, (andaikan korang takde beg pada ketika itu) korang sorok dalam baju, konfem punya la dia tanya, "Ha! Tu apa tuuuu terbonjol-bonjol??? Pinjam! Pinjam!"
by DropDeadRosie at DeviantARt
Ha, sebab tu la. Aku pulak mungkin akan perlu kamera baru sebab yang sekarang ni dah tak berapa betul sikit. Malas la nak baiki. Baiki pun entah berapa. Kamera sekarang dah banyak yang murah-murah, so kalau beli pun okay la kot. Walaupun kamera tu dah tak berapa betul, sekurang-kurangnya masih berjasa lagi setakat ni. Dapat la jugak snap dua tiga keping gambar kat Sunway hari tu. Okay, aku tipu. Semuanya 79 keping gambar tapi cam hampeh je.

Jom keluar. Pakguard takde mintak surat outing pun.
Antara gambar berhala yang ada di sana.
Dah bosan dah. Keluar le.
Yang ni cantekk.
Dah balik.
Pening kot naik cawan pusing-pusing tu kat sana. Aiman and Azri sampai nak muntah sebab aku pusing stereng tak henti-henti. Haha. Dah tu, ada jugak yang cuak naik train. Orang putih kat depan relaks gila, tak pakai seat belt pun rasanya. Dah tu dia tergelak pulak nampak kawan aku kat tepi ngah cuak habis. Haha. Sempat gak jumpa dengan Catherine and family, tapi tak sempat bual-bual lama; banyak games tak main lagi kot.
Catherine : You're gonna get really wet on this.
F : Oh, really? Now I've started worrying about this camera (my camera)
Catherine : Is it water-proof?
F : Nope.
Catherine : So, it's gonna get wet too.
F : What if I keep it under my shirt, folded?
Catherine : Still, it's gonna get wet. I'd been on this and I get really wet.
F : Okay, maybe you would have to buy me a new one :)
By the way, pasal kamera kat atas sekali tu, mengarut je kecuali perenggan 3. Till later.
Current location : Kelantan

2 comments:

October 2, 2010 at 2:54 PM arsaili said...

salam syawal..ya kamera semakin murah dah sekarang ni.....

October 3, 2010 at 8:42 PM Unknown said...

salam syawal juga. nak baiki kamera pun serba salah. baik beli baru terus. :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...