Aero Snap Untuk Windows XP & Vista

Sesiapa yang guna Windows 7, mesti korang perasan ada salah satu feature baru yang dipanggil Snap, membezakan Windows Seven dengan versions sebelumnya, kan? Err, tak tahu? Ala, yang bila korang tarik title bar window ke bingkai kiri atau kanan monitor, window korang akan te-resize kepada separuh saiz monitor korang. Kalau tarik ke atas pulak, window tu akan jadi maximized. Ha, inilah antara salah satu feature Seven yang paling kerap aku guna setiap hari, setiap masa sampaikan kekadang terbawa-bawa sewaktu guna PC ber-OS kan Windows XP. Dah fanatik sangat punya pasal sebab selalunya aku suka buka dua window skaligus. Tapi, yelah, mana nak jadi kan? Nak install Seven pun takleh, komputer kuno amat dan tak cukup requirement.

Nak dijadikan cerita, setelah sekian lama Aero Snap wujud barulah jodoh mempertemukan kami berdua. Tak heranlah kalau korang kata benda ni dah lapuk kan. Apa-apa pun, benda bagus, aku share-lah. System requirement dia pun rendah je.

Windows XP / Vista
.Net Framework 2.0 or higher
500Mhz or faster CPU
10MB RAM free
Software ni boleh di-download kat AeroSnap.de. Kepada sesiapa yang tak install .Net Framework dalam sistem korang tu, korang boleh download kat website Microsoft. Yang diperlukan hanya version 2.0 je tapi yang paling latest punya version 4 setakat ini. Kalau korang tak install benda alah ni, maka bersedialah untuk dapat error message tatkala korang cuba run AeroSnap.

Tapi, satu yang aku perasan, bila aku drag title bar ke bingkai atas, window tu takde lah pulak betul-betul maximized, cuma saiz window je yang jadik besar memenuhi ruang monitor. Err, faham tak maksud aku?

Lagi satu, apabila window berada dalam keadaan dalam gambar 2, AeroSnap takkan berfungsi sama ada dengan drag title bar atau menggunakan hotkey. Apa-apapun, aku tak tahu sama ada perkara yang sama turut berlaku kepada orang lain ataupun komputer lain. Happy Snapping.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...